Farm in the city


Assalamualaikum

Harini sis nak bawak dak Aleesa tengok binatang di Farm in the City!

Jom tengok apa yang menarik kat sini.. ayuh


Alamat :

Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia


OPERATING HOURS

WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm
WEEKENDS: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.


Harga tiket RM39 per pax dewasa.

kanak-kanak bawah 11 tahun, free. Atas 11 tahun RM32.


Tempat ini dibuat seakan-akan seperti sebuah kampung.

Jadi, binatangnya dibiarkan berkeliaran.


Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.

Selain kawasan petting-zoo sebegini, ada juga kebun buah dan kawasan haiwan lain seperti burung, arnab, kura-kura dan musang.


Haaa kiut betol racoon nih! Sebab dia bulat gemok! Tangan kecik pastu masa dia nak amik makanan tu comel betol! hahaaa.. Tapi bau busuk skit la.. hehehh




Makanan untuk binatang ada disediakan sebelum nak masuk dan ada juga dekat persekitaran zoo dalam mesin. Harga makanan haiwan dalam RM2 ke RM10. Tengokla binatang tu sesuai makan apa.


Cantik burung nih!




Ni musang apa tah nama dia. Tengah tido. Ekor dia cantik belang2


Nampak dak kecik ni tak takut haiwan pun. Semua tempat yang disinggah, yang dapat pegang, bagi haiwan makan dia akan bagi makan sendiri. Animal lovers la dia ni! Alolooo....




Kura-kura gergasi ??

Ye betul besar sungguh saiz kura-kura yang ada di sini. Ada beberapa ekor kura-kura exotic dan rare yang jinak dan kuat makan. Giant tortoise ni ada yang dah berusia 40 tahun dan merupakan yang kedua dan ketiga spesis terbesar di dunia.


Korang tahu tak yang alpaca ni hidup kat tempat sejuk. Bila di bawa ke sini, kandang diorang ni kena sediakan portable aircond. Diva sangat kann… Tapi ok la… Tak sediva macam panda kat zoo negara tu… Haha..


Ehh pandai plak Alpaca ni tengok kamera!


Ehh sibuk plak kambing ni nak main belon jugak!


Memang balik umah bau kambing dak kecik ni! hahaa


Bagus dia tak takut dengan binatang. Ada budak lain tu terjerit2 dalam kandang ni takut dengan kambing. hahaaa.. 


Kambing kat sini agak agresif, siap curik makanan orang dalam bekas. Lapar betol! hahaa

Sis nak bagi dia makan pun risau takut tergigit tangan sis! Kebulur kambing2 ni kesian.. 


Kura-kura pun nak menyelit jugak


For more info leh usha website dorang :



Hello, is it me you're looking for?


In a nutshell, memang menarik datang sini bawa anak tengok binatang sebab dapat pegang & tengok dengan lebih dekat dengan binatang yang jinak-jinak!

Disamping tu, boleh didik anak-anak dari kecil lagi untuk menyayangi sesama makhluk Allah.


See ya!








Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak