KL getaway

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak jalan-jalan kat KL. Haritu family mertua datang ke KL & menginap di Kampung Baru Legacy service apartment. Kami pun join la sekaki. hehehh


Infinity pool dia memang nice mengadap KLCC!




Dary balcony Bilik pun cantik boleh nampak view seluruh bandaraya KL


Paling syok dak kecik ni la dapat jumpa cousins dia!


Yang bestnya nak ke Pintasan Saloma atau Saloma Link Bridge dekat je dari apartment. Jalan kaki jer dalam 10 minit.


Kalau nak bergambar dengan lampu, take note yang lampunya dibuka sekitar 7 malam hingga 12 tengah malam.


Bapak anak 3! tiberrr..... hahaa


Info Ringkas Tentang Saloma Link

Projek ini berjumlah 31 juta Ringgit Malaysia! woww

Design Pintasan Saloma mengetengahkan reka bentuk unik yang inspirasi dari sirih junjung, iaitu seni gubahan adat Melayu.


 Pintasan Saloma tidak dibuka selama 24 jam, tetapi mengikut waktu operasi perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya yang akan berakhir tengah malam. Ianya bagi mengelakkan perbuatan vandalisme.


Hari tu malam minggu ramainya manusia! Sampai berlaga nak lalu lalang kat sini. Semua nak bergambar dalam jambatan ni & depan KLCC tu.


Ada maskot plak kat sini!


Tengah malam di kota raya. Saja jalan-jalan ingat nak cari sate wagyu. Tapi tutup! Adehhh teringin nak rasa..


Tudiaaa kat Bukit Bintang ni memang tak pernah sunyi. Padahal dah pukul 1 pagi. Dah lama sis tak merayap macam ni. hahaa. 

Dak kecik tu dok ngan tokwan, atok & sepupu2 dia kat apartment.


Layan busking 


Kita try Shawarma. Beli 1 jer sebab besar jgk saiz dia








Memang tengah hangat viral sekarang orang ramai tengah tergilakan makanan daripada Arab ini iaitu Kunafa. Kunafa kini boleh di dapati di mana mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Ada juga yang viral di Bukit Bintang.








Lepak depan Pavi. Makan shawarma. Rasa dia ok2 je la. Sebabnya dia xde sos. 
So macam tawar skit. 

Sedap lagi kebab kat pasar malam! hahaa


Kunafa pon ok2 la. Tak manis sangat. Buat ghaso2!




Dah siang baru nampak view kubur rupanya bawah ni.






Seronok la dak kecik ni dapat mandi kolam!



Tq kakak Sufi rajin melayan dak Aleesa!



In a nutshell, till we meet again!



 

Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL

Jumaat Di Kota Mekah