Bukit Jelutong Eco Community Park


Assalamualaikum

Hari tu ada la sis ternampak orang share pasal Bukit Jelutong Eco Community Park. Dulu sis duduk kat area Bukit Jelutong tapi tak tahu pulak kewujudan taman ni. hahaaa. So saja la nak usha apa yang menarik kat sini.

Jom!


Taman ni sesuai dijadikan lokasi untuk bersantai-santai bersama keluarga dan teman-teman. Pada hujung minggu ramai juga orang yang datang dengan stroller bayi. Datang awal untuk mengelakkan kesesakkan.

100% like mama! yesss hahaa



Kami park kereta kat tepi jalan je. Better datang awal pagi la sebab agak terhad juga parking. Nak ke taman ni rupanya kena jalan ke bawah & curam. So dinasihatkan pakai pakaian sukan & kasut or sandal yang selesa.


Bukit Jelutong terletak di antara Shah Alam dengan Subang Jaya. Bukit Jelutong Eco Community Park pula terletak di Jalan Lelangit.


Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni seperti itik, angsa dan kambing. Itik-itik tu memang ada di dalam tasik. Haiwan-haiwan ternakan tersebut boleh diberi makan.

Ada dorang jual makanan itik letak duit dalam bekas RM5 so boleh bagi makan kat itik ni. Pelahap betul itik-itik ni! hahaaa


Buat pengetahuan anda, kemasukan taman ini adalah percuma. Taman ini juga beroperasi bermula seawal 7am pagi hingga ke 7pm petang. Taman ini dibuka sepanjang tahun.


Bukit belakang tu pun jadi spot untuk hiking. Dari atas boleh nampak view yang cantik lah!


Nak pergi tempat anak kambing dia tutup pulak. Maybe ada timing dia bila dia bagi makan kambing kot. Entah la


Amboihh jauh dia bawak abah dia berjalan!




Ni je la family pic yang paling helokk. hahaa


Amboihhh jeling dia..... garang nyerr!



Di Bukit Jelutong Eco Community Park ada kawasan lapang untuk korang hamparkan tikar yang korang bawa dari rumah tu. Pilih je nak lepak depan tasik atau atas bukit sikit.

Siap berkelah lagi kat pondok-pondok & bawah pokok. Ada juga yang buat birthday celebration siap bawak belon-belon.


Dah buat perangai mengamuk dia. Ada anak kecik macam ni la. Kita kena ikut timing dia. Dia dah start panas berpeluh, rimas & mengantuk. So kami pun beransur pulang.


Kawasan sini memang cantik & penuh kehijauan. Datang awal pagi atau lewat petang memang nice la. Ni kami datang nak dekat tengahari memang panas lit-lit lah! hahaa


In a nutshell, till we meet again in another park! 

Byee!







 

Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL

Jumaat Di Kota Mekah