Posts

Showing posts from 2018

Javatrip Part 3 : Mahameru Part 3, Summit Attack!

Image
Assalamualaikum


10 September 2018, Isnin, 0.00 am

  Kalimati - Arcopodo - Puncak Mahameru - Ranu Kumbolo - Ranu Pani  (18 jam)


Lepas sampai Kalimati, kami berehat & makan-makan lepas tu terus masuk tidur lebih kurang pukul 7.00 malam. Suasana kat luar memang sangat-sangat sejuk dengan angin kencang macam nak terbang khemah! Tapi nasib baik kami punya sleeping bag tebal siap ada bulu-bulu lagi. So boleh la tido beberapa jam sebelum nak summit attack pukul 12.00 tengah malam nanti.


Pukul 11.00 malam semua dah bangun. Bangun-bangun terus buat apa yang patut. Kami tak perlu bersiap sangat sebab malam tadi sebelum tidur memang dah prepare siap-siap dengan kelengkapan nak hike pagi ni.
Supper pagi tu kami dihidangkan dengan bubur kacang hijau + pisang. Sempat masuk dua tiga sudu, tekak dah rasa lain macam. Macam tak lalu sangat makan tengah malam ni. hahaa.. Sebab aku tak makan banyak, so aku bawa gula-gula & chocolate jer. Takut nanti pancit pulak tak cukup energy. Tapi sebenarnya memang…