Gua Wang Burma, Perlis


Assalamualaikum



Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menyertai  'Ekspedisi dan Simulasi Menyelamat di Gua Wang Burma, Wang Kelian Perlis pada 20 – 21hb Oktober 2018. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Nadisihat dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (Storm).



Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Eksim@GUA 2018 ni boleh baca disini :



Jumaat, 19/10/2018, 10.00pm

Majlis flag off dan pelepasan peserta dengan menaiki bas dari KL ke Perlis




Wajah-wajah ceria barisan penganjur dan wakil bagi setiap agensi dan pertubuhan yang terlibat.


Perjalanan dianggarkan mengambil masa 8 jam. So naik atas bas boleh tidur.


Good Morning sunshine! 


Nak pergi Perth tak tahu lah bila, so kita pergi Perthlis dulu.. hahaa


Pekena nasi lemak royal dulu


Bergambar depan bas


Sabtu, 20/10/2018, 10.00am

Tiba di Taman Negeri Perlis



Fuhhh berkicap juga kena trekking ke tempat penginapan! hahaa



Setelah trekking lebih kurang setengah jam, kami tiba di tempat penginapan. Lebih kurang macam dorm asrama.



Depan bilik penginapan


Tempat berkumpul dan makan di Anjung Rimba


Map di sekitar taman negeri Perlis


Aktiviti petang tu sedikit taklimat dari pengurus taman negeri, sesi ice breaking & jungle trekking!




Hari ni p usha kawasan dulu. Esok pagi baru kami masuk dalam gua ni.


Sungai deras



Mengah juga bila dah lama tak hiking! hahaa


Kena cross sungai. Banyak giler pacat kat sini! hahaaa.. Bertabahlah kena gigit sang pacat!




Depa dok main seberang tasik lalu kayu balak ni. Memang tak la aku nak join sekali. Gayat siot! Salah step memang terjun tasik gayanya! hahaa


So kita lalu kot tepi ja la... hahaa.. Lebih selamat! :p



Jauh tu kena seberang ohoiii!


Ahad, 21/10/2018, 9.00am

Ekspedisi dan Simulasi Menyelamat di Gua Wang Burma

With akak-akak lawyer


Peralatan menyelamat bomba dari unit STORM




Awaa ada nampak barang saya jatuh?

Barang apa tu?

Barangkali saya sudah jatuh chenta sama awaaa... chiaaa3


With Kak Ina, pengerusi Nadi Sihat


Krew pengembaraan




Anggota bomba yang sungguh berdedikasi yang baru selesai tugas rescue kejadian tanah runtuh di Penang. Memang respek sama abam bomba!

Abam bomba i lap u!


Abam medik segak bak ang! Helokkk sungguh! muahaaaha


Canggih ni helmet abam medik macam anggota Paskal! hehee


Sis keliru nak pilih yang mana satu, abam bomba ke abam medic ni??

 Kachakk belaka... hahaa


Kami perlu membawa pengusung ni mendaki bukit dan masuk ke gua. Fuhhh berat giler weh pengusung ni lebih kurang 10kg. Gilir-gilir bawa dalam team. 



Basic six man carry.



Awal-awal dah tewas ni bang.. Belum masuk gua lagi.. hahaa


Muka jangan ketat sangat bang! hahaa


Abang Fahisha, ceo Nadi Sihat, sedang tekun mendengar penerangan dari abg bomba


Penat ye bang! hihi


Penerangan padu mengenai kaedah menyelamat mangsa dalam hutan dari abang bomba.



Traffic jam kejap nak masuk dalam gua.



Sumpah mintak nyawa juga bawa pengusung yang berat ni mendaki bukit yang curam! Tengah terbayang macam mana bomba bawa turun dengan pengusung ni kalau ada pendaki yang cedera kat atas gunung! Bukan mudah!




Depan pintu masuk gua Wang Burma



Lemme take a selfie!


Nak turunkan pengusung guna tali






Mr cameraman with ceo






stalagtite & stalagmite





Laluan angin



Perlu merangkak untuk masuk ke ruang yang sempit





Sangkut perut ke tu sis? hahaa



Katak besar bak ang!


Group photo



Kata simulasi menyelamat kan. So kena la ada seorang yang volunteer untuk jadi mangsa dok dalam pengusung tu.


Mangsa akan diikat dengan kemas diatas pengusung dan dipastikan tidak akan basah dari terkena air. Fuhhh berat betul mangsa ni. hehehh


Antara yang menjadi mangsa! Syok jadi mangsa boleh rileks jer... hahaa



Macam-macam teknik usungan dan operasi SAR yang kami belajar antaranya Centepede Carry, Half pass,line pass, crawl drag, lap pass, snake carry, turtle carry dan macam-macam lagi.













Steady abam bomba!


Bagi aku simulasi ni sangat bagus sebab dapat belajar macam mana nak rescue kalau kita terperangkap dan berada dalam 'worst case scenario'. Yes i'm looking forward kalau ada misi macam ni lagi. Sebelum ni masuk gua sekadar untuk merasai pengalaman berada dalam ruangan yang sempit. Tapi kali ni memang pengalaman yang amat berbeza dan sudah tentu amat berharga.


Been there done that :


Gua Tempurung 1.0

Gua Tempurung 2.0

Gua Kelam

Gua Batu Maloi




Berjaya keluar dari gua dengan selamat tanpa sebarang kecederaan! hahaa




Jom layan video dulu :








Terbaik abam bomba!



Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada pihak penaja dan wakil dari setiap agensi yang menjayakan Ekspedisi Gua Wang Burma ni.






Alamak kena interview dengan wartawan pula! Ape benda yang aku merepek depan kamera tu pon tak tahu la... hahaa


Behave depan kamera! lol :p




Power akak Bomba! Bukan senang nak jadi Bomba weh! Salute! Aku dengar cerita dia punya training pun rasa tak sanggup. Sama macam training Komando, Paskal bak ang! Hanya yang kental jer yang boleh. Sis ni hati tisu! hehee



Lepas balik misi ni, sis inpired giler nak jadi anggota Storm, kalau tak dapat pon, jadi Malim Gunung pon ok, atau pun Mosars, tak pun sis jadi penyelamat di hati awaaa je lah! hahaa


Acah-acah pengacara rancangan 'Explorasi'. lol


Behind the scene! hahaa


Photographer & krew dari Uitm Perak


Official video :




In a nutshell, awesome experience ever! Bubye Taman Negeri Perlis! Till we meet again!


Sebelum balik, p shopping & pekena dulu puluit mangga kat Padang Besar! Yummehh


Pemandangan matahari terbenam di negeri Jelapang Padi! Asyikkk!




Artikel mengenai Eksim@Gua2018 telah disiarkan di akhbar Kosmo pada hari Khamis, 29 November 2018 



www.kosmo.com.my/k2/horizon/ekspedisi-menyelamat-di-dalam-gua











Comments

  1. teringat dulu p time sekolah, tidoq dalam khemah. Masuk gua, nasib tak baik la cikgu perut boroi, hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS