2018 In a Nutshell



Assalamualaikum



Tahun 2018 ni penuh dengan suka duka dalam hidup aku! Ada la juga pencapaian yang boleh dibanggakan dan banyak juga episod kekecewaan! lol


What an awesome, amazing, adventurous and fabulous year it’s been!



Kenangan paling manis, of course la pasal dapat pergi Annapurna Base Camp (ABC)! Trekking di Himalaya dengan view yang paling cantik yang pernah aku tengok sepanjang hidup aku! Rindunya nak main salji lagi! hahaa..



Achievement unlocked at 4130m!

Last minute trip, dapat menawan puncak tertinggi di Jawa Timur, Mahameru. Mendaki Gunung Batok & Kawah Ijen! Ni pun memang trip paling hardcore juga sepanjang hidup! Konon nak move on! hahahhh.. Back to back mendaki gunung & waterfall hunting sepanjang seminggu kat Surabaya! Lunyai kaki! hahaa





Tahun ni juga aku dapat menulis blog, artikel dan travelog dengan lebih banyak dan tersiar di website, majalah dan surat khabar. Menjadi suatu kepuasan bila aku dapat share pengalaman dan pengembaraan aku dengan lebih ramai orang. Thanks kepada anda yang sudi baca artikel aku. Paling indah, gambar kat ABC jadi cover page untuk majalah Backpackerz! 

Epic moment!





Alhamdulillah, permohonan aku untuk pindah semula ke KL diluluskan! I'm back guys! Lepas ni boleh la planning pasal masa depan! Selamat tinggal Pantai Timur! Terima kasih diatas segala suka duka duduk di perantauan selama 2 tahun 6 bulan ulang alik drive sorang-sorang. Kental tak kental jugak lah mengadap 7-8 jam perjalanan! hahaa

Rindu geng Pandas!

Tapi sebelum dapat tahu pindah, sempat la aku explore beberapa tempat yang rare di negeri Cik Siti Wan Kembang. Antaranya Bukit Marak, Bukit Gua Kambing, Bukit Panau, Gunung Rabong di Gua Musang dan Gunung Tebu.


Tempat kerja baru, rupanya dekat je dengan tempat kerja lama aku. Tempat paling best yang aku pernah kerja, Sime Darby Plantation! Menggamit memori betul! hahaaa.. 

Bila dah pindah sini, cabaran dan tanggungjawab yang dipikul memang lebih berganda. Berada di Zon Tengah II, di kota metropolitan, traffic jam dimana-mana! Bertabahlah! Skop kerja juga lebih padu! Masuk bahagian yang agak kritikal pulak tu. Aku yang bukan budak akaun ni kena buat Auditan! Kutip hasil negara. haaaa... hambik kau! Start from Zero! hahaaa.. Merangkak beb nak belajar! Dengan operasi setiap bulan! Tetiba rindu pula kenangan jadi IO & buat IP! :p


Pasal soulmate, just go with the flow. Aku just nak advice kat gadis-gadis diluar sana, better watch out la dengan jantan yang bermulut manis! Sebabnya dia punya sayang tu is 'too cheap'! Talk shit! Disana sayang, disini sayang! puihhh... Kebanyakannya nak test market jer. Inilah namanya jantan tagunee! hahaa


“Do not be in a hurry, the right man will come at last”





Sebenarnya, aku macam dah tak de passion sangat nak kejar aku punya bucket list lepas balik dari trip Mahameru. Sebab sumpah bagi aku Gunung Semeru sangat hardcore, menjadikan aku serik untuk mendaki sebab aku dah tak berapa fit kot! hahaa.. 


Entah lah mungkin juga sebab faktor usia yang dah semakin meningkat. Aku fikir nak settled down everything dan beli rumah. Lepas aku dah beli rumah, memang aku totally stop la travel & hiking kot! uhukkk...

Tapi sebelum tu, aku ada last trip nak naik Gunung Ais. Ni lebih kepada technical climbing kena pakai kapak ais, crampon etc. Haishhh, harap aku tak pewai terok la nanti! Kena training hard la nampaknya. Misi kurus & pipi cengkung on! hahaa... Nak tau lokasinya... Haaa tunggu la tahun depan gais! hehee.. 


Tapi bukan ke Everest Base Camp. Misi ke EBC via Gokyo Ri aku tangguh dulu la sebab tak de bajet dan cuti. Sebenarnya aku impikan trip 'honeymoon adventure' dengan encik suami. Inshaallah kalau dah sampai jodoh! Amin





In a nutshell, see you next year 2019! Please be nice!




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

Paintball

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS