Posts

Showing posts from November, 2023

Forrest Skywalk, FRIM

Image
Assalamualaikum Hari ni kami nak healing kat atas Jejantas Rimba gais!  Nak tau kat mana? Jom ikut sis Jika sebelum ini Frim terkenal dengan keindahan serta kehijauan semulajadi, juga tenang dan damai dengan alunan air terjunnya, kini Frim telah membuat satu lagi tarikan baru iaitu ‘Forest Skywalk’ atau juga dikenali sebagai jejantas rimba.  Forest Skywalk telah dibuka pada 31 Ogos 2020. Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.  Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian jejantas ini .. selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya kuala lumpur walaupun dari jarak jauh. Waktu Operasi: 8am – 5pm No Tel: 03-62797592 Alamat: Forest Skywalk Kepong, Taman Botani Frim, 68100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Nak masuk kena bayar tiket per entry Taman Botani Frim & parking.

Hiking ke kebun Che Mah

Image
  Assalamualaikum What'sup gaiss! Bertemu lagi kita dalam episod hiking with Dak Elsah! Kali ni ke mana kita ye?? Korang pernah dengar kebun Che Mah tak? Ni bukan takat kebun biasa-biasa. Nak sampai sini tu pacak ye dia punya trek. hahaaa Dengan bawa muatan berat 13 kilo ni kita tengok la macam mana perginya ya.. hahaa Lorong nak ke Kebun Che Mah ini sama lorong dengan ATV Adventure Park, lalu sebelah Zoo Negara. Kemensah ini banyak kawasan cantik-cantik. Kami sampai pun dah lewat dalam pukul 8.30am memang penuh la parking. Memang park hujung sekali yang paling jauh. Untuk ke sini, korang boleh Waze sahaja Kebun Che Mah. Nanti korang akan lalui kawasan perumahan orang kayo (Tiara Kemensah 3). Kalau korang nampak satu lorong tu banyak orang parking tepi-tepi tu tanda destinasi korang nak tuju tu dah sampailah maknanya.  Parking tak kena bayar, so boleh park tepi ini. Nanti korang akan jumpa official papan tanda Kebun Che Mah, maka bermulalah pendakian anda semua.  Tengok entrance tr