Posts

Showing posts from 2022

Petrosains

Image
Assalamualaikum Hai kalini sis nak bawa dak Aleesa ke Petrosains. Jom usha apa yang menarik kat dalam ni! Petrosains, The Discovery Centre ialah muzium sains dan teknologi Malaysia terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.  Petrosains ditubuhkan pada 25 Mac 1999 menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak. Disebabkan beratur tunggu turn nak masuk lama jugak. Tido dulu la dak kecik ni. Amboih nyenyak betul! Masa beli tiket dia akan bagitau sesi kita pukul berapa untuk masuk. Dalam 2 jam jugak la kena tunggu. Jalan2 dulu la kat sekitar sini, lepak kat dalam kedai buku. Visiting hours : Monday to Friday (CLOSED on the first Monday of the month) 9.30am to 5.30pm (Last Admission : 4.00pm) Weekend, public holiday & school holiday 9.30am to 6.30pm (Last Admission : 5.00pm) Admission Rate : Child (3-12 years) - RM7.5

Pusat Sains Negara

Image
Assalamualaikum Hari ni sis nak bawak dak Aleesa ni p jalan-jalan kat Pusat Sains Negara.  Lokasi nya di Persiaran Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur. Nak tau apa yang menarik kat sini?  let's check it out! Masuk-masuk jer, pemandangan hidupan ikan air tawar tropika menanti anda. Ini adalah akuarium terowong ikan air tawar pertama di Malaysia.  Sis pun baru tahu ada akuarium kat sini! hehee Bayaran Masuk Kategori Harga (RM) Dewasa (13 tahun ke atas) 6.00 Kanak-kanak (7-12 tahun) 3.00 Warga Emas (55 tahun keatas) 3.00 Kanak-kanak & Bayi  (6 tahun kebawah) Percuma Orang Kelainan Upaya (OKU) Percuma Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru) 2.00 Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru) 3.00 Kumpulan Dewasa (minima 10 orang) 5.00 Tiket dia agak murah la. Tapi tipsnya korang kena datang awal masa bukak tu pukul 9 pagi. Kalau tak, memang ramai giler siap beratur sampai ke luar sepanjang susur pejalan kaki tu. Phewwww.. Ni kalau weekend la. Kalau hari biasa ok jer xramai orang

FUNXWORLD @ SUMMIT USJ

Image
Assalamualaikum Hi peeps! Harini sis nak bawa korang pergi kat tempat permainan indoor yang baru jer buka pada September haritu. Tempat ni memang best, bukan untuk anak-anak je. Siap mak ayah pun enjoy boleh main juga kat dalam theme park ni. Lokasi Fun X World, Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Fun X World terletak di tingkat 2, Summit USJ. berkeluasan 55,000 sq ft. Kawasannya memang Luas dan mainlah puas-puas. Tiket : Ibu Bapa/Penjaga (Tak Main Games): RM20/orang Kanak-Kanak/Penjaga Yang Nak Main Games : RM50/orang Kanak-Kanak bawah 80cm : Percuma Ni harga masa promo haritu baru buka masa bulan September.  Sekarang ni korang cuba tengok kat sini untuk apa-apa update or harga terbaru  https://www.facebook.com/FunXWorldMalaysia/ Tandas bersih dan kawasan mesra bayi. Bolehlah bawa anak-anak untuk bersuka ria.  Mak ayah pun perlu enjoy dan turut serta dengan pelbagai permainan barulah berbaloi.  Games yang ada kat Sini : Unlimite