Pusat Sains Negara
Assalamualaikum
Hari ni sis nak bawak dak Aleesa ni p jalan-jalan kat Pusat Sains Negara. Lokasi nya di Persiaran Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur.
Nak tau apa yang menarik kat sini?
let's check it out!
Masuk-masuk jer, pemandangan hidupan ikan air tawar tropika menanti anda. Ini adalah akuarium terowong ikan air tawar pertama di Malaysia.
Sis pun baru tahu ada akuarium kat sini! hehee
Bayaran Masuk
Kategori | Harga (RM) |
Dewasa (13 tahun ke atas) | 6.00 |
Kanak-kanak (7-12 tahun) | 3.00 |
Warga Emas (55 tahun keatas) | 3.00 |
Kanak-kanak & Bayi (6 tahun kebawah) | Percuma |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | Percuma |
Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru) | 2.00 |
Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru) | 3.00 |
Kumpulan Dewasa (minima 10 orang) | 5.00 |
Tiket dia agak murah la. Tapi tipsnya korang kena datang awal masa bukak tu pukul 9 pagi. Kalau tak, memang ramai giler siap beratur sampai ke luar sepanjang susur pejalan kaki tu. Phewwww.. Ni kalau weekend la. Kalau hari biasa ok jer xramai orang.
Sekarang musim cuti sekolah ni rasanya memang ramai la.
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dibuka pada Sabtu hingga Khamis 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Pukul 4.00 petang adalah waktu terakhir pelawat masuk ke Pusat Sains Negara.
Tutup pada hari Jumaat.
Teruja budak kecik ni tengok fish! Dah pandai dah sebut fish!
Pusat Sains Negara (atau PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi. Pusat ini juga adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).
Disebabkan orang terlalu ramai so sis banyak skip jer pameran interaktif. Nak main pun orang beratur. Pi kat tempat budak2 je la untuk budak kecik ni main.
macam tak terangkat jer diri sendiri tu... hahaa
Menarik di Kidzworld Alam Kanak-kanak
Aplikasi konsep bermain dan meneroka sambil belajar. Galeri ini melibatkan kemahiran pergerakan motor dan minda khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
Seronok betul dak Aleesa ni kat sini.
Ada piano. Sis baru nak mainkan lagu sekali ade budak lain sibuk berebut nak pijak piano ni jugak! hahaa
Kalau nak tengok pameran dinosour kena bayar lain.
Dewasa RM15 kanak-kanak RM12. Tapi kami tak masuk pun.
For more info & latest update korang leh usha kat sini :
In a nutshell, sempena cuti sekolah ni, untuk semua yang ada kesempatan ke Selangor atau Kuala Lumpur boleh lah datang melawat Pusat Sains Negara ini dengan keluarga atau sahabat handai.
Happy holiday guys!
terima kasih atas perkongsian menarik mengenai pusat sains negara yg terletak kat bukit damansara . walaupun dekat ngan kawasan perumahan tapi x pernah sekali rasa nak jejak kat dalam tu hgahaha . terima kasih atas penulisan blog yg teratur dan kemas . dan sentiasa aktif menulis lagi .
ReplyDeletenote - murah dan berbaloi harga yang mereka tawarkan .
sama-sama sudi singgah blog sy.. sy pun first time jejak sini sebab nak bawa anak berjalan. tempat yang menarik & tiket pun murah.. hehee
Delete