FUNXWORLD @ SUMMIT USJ


Assalamualaikum


Hi peeps! Harini sis nak bawa korang pergi kat tempat permainan indoor yang baru jer buka pada September haritu.

Tempat ni memang best, bukan untuk anak-anak je. Siap mak ayah pun enjoy boleh main juga kat dalam theme park ni.


Lokasi

Fun X World, Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor


Fun X World terletak di tingkat 2, Summit USJ. berkeluasan 55,000 sq ft.

Kawasannya memang Luas dan mainlah puas-puas.


Tiket :

Ibu Bapa/Penjaga (Tak Main Games): RM20/orang
Kanak-Kanak/Penjaga Yang Nak Main Games : RM50/orang
Kanak-Kanak bawah 80cm : Percuma

Ni harga masa promo haritu baru buka masa bulan September. 

Sekarang ni korang cuba tengok kat sini untuk apa-apa update or harga terbaru https://www.facebook.com/FunXWorldMalaysia/


Tandas bersih dan kawasan mesra bayi. Bolehlah bawa anak-anak untuk bersuka ria. Mak ayah pun perlu enjoy dan turut serta dengan pelbagai permainan barulah berbaloi. 


Games yang ada kat Sini :
  1. Unlimited arcade. Boleh main puas-puas.
  2. Fairyland Bumper Car. Wajib main tau.
  3. Castle Adventure Skate. Main roller blades, skuter kat sini puas2. Available utk dewasa & kanak-kanak. Besar giler tau kawasan dia.
  4. Forest Escape Playground. Luangkan masa dengan anak-anak kat sini. Anak seronok, parents pon seronok kat sini.
  5. Makanan luar tak dibenarkan masuk tapi tak perlu risau. Anda tak akan lapar. Kat sini ade Food Garden Cafe.
  6. Setiap sisi view tempat ni memang instagrammable sangat. Cantik!
  7. Stroller tak boleh bawa masuk. Perlu letak di entrance
  8. Wajib pakai kasut bertutup dan berstokin. Stokin boleh beli RM5.


Seronok main slides!





Masuk gua jap sebab haritu team Portugal Kalah! uhukkk


Mak ko hijo ni! hahaa


Lemme take a selfie!


Naik buai!






Cantik kalau nak OOTD kat sini!


Makan dulu. Menu dia banyak makanan ringan jer untuk alas perut.



Mamam dulu


Kalau korang nak makan kat luar pun boleh lepas tu boleh masuk balik. Kalau nak solat dulu ke bagitau nanti nak masuk balik. 


Lepas ni kita sambung main lagi ye


Mengamuk tak nak lepas skuter dia. hahaa


Nak amik gambar pun tak nak. Mengamuk lagi! Sabo je la. hahaa


King of the Knight Army. :p


Syok main roller blade. Tapi lantai dia licin weh. Sis pun tergolek gak sekali. hahaa. 

Main skuter pun kena hati-hati jugak sebab tak de break takut terlanggar orang dengan lantai dia smooth sangat! hahaa


Kiut jer skuter baby tuh! hahaa


Love at the first sight! Giteww!


Budak ni kecik lagi tak reti main. Jenuh la abah dia tolak dia atas skuter tu. Seronok dia! hahaa


Skeleton!


Bumper car



Budak yang terpaling happy hari ni!


In a nutshell, bukan anak jer enjoy mak pak pun enjoy jugak kat sini. hahaa. Boleh la bawak anak-anak datang sini bermain sempena cuti sekolah ni! 

See ya in the next round!

Kbye




Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Asykar Pencen!