Nabila Agro Farm, N9
Assalamualaikum Nabila Agrofarm di Kampung Pantai di Seremban. Lokasi hanya 15 minit dari pusat bandar Seremban menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkuda, memanah, berbasikal, mini ATV, melawat taman mini haiwan dan train joyride yang sesuai buat sesi keluarga. Dibuka pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Nak masuk tempat ni free je. Dalam kawasan ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat. Bagi aktiviti menunggang kuda dan memanah RM10 seorang, (train joyride RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak), (tresure hunt RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak) dan (mini ATV untuk kanak-kanak RM10). Ada ayam, kambing, burung unta, kuda rabbit & rusa. Dah macam mini zoo la. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha. Rabbit ni pemalu suka menyorok. hahaa Pak mertua sis rajin bawak cucu jalan-jalan. Time ni dak Aleesa masih debab. Gerammm! hahaa Gud girls...