Nabila Agro Farm, N9



Assalamualaikum


Nabila Agrofarm di Kampung Pantai di Seremban.


Lokasi hanya 15 minit dari pusat bandar Seremban menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkuda, memanah, berbasikal, mini ATV, melawat taman mini haiwan dan train joyride yang sesuai buat sesi keluarga.


Dibuka pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Nak masuk tempat ni free je. 


Dalam kawasan ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat.

Bagi aktiviti menunggang kuda dan memanah RM10 seorang, (train joyride RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak), (tresure hunt RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak) dan (mini ATV untuk kanak-kanak RM10).


Ada ayam, kambing, burung unta, kuda rabbit & rusa. Dah macam mini zoo la.





Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha.


Rabbit ni pemalu suka menyorok. hahaa



Pak mertua sis rajin bawak cucu jalan-jalan. 



Time ni dak Aleesa masih debab. Gerammm! hahaa



Gud girls!


Sis rasa gayat pulak naik kuda sebab kena pegang dak kecik ni. Rasa macam tak stabil. Adoi seriau betol kot2 tersenget pastu jatuh tersembam ke tanah. hahaa


Sis mampu naik 1 round jer pastu pas kat abah dia pulak. hahaa.. Seronok dak kecik ni dia diam jer dapat naik kuda


3 round boleh la santai-santai bayar RM10.






peha tu rasa nak kokakk! hahaa



Alaaa rindu masa budak ni seketol! Masa ni baru 7 bulan




In a nutshell, kalau nak bawa anak-anak tengok binatang boleh la datang kat sini masa hujung minggu. Kbye


 

Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Pantai Perpat, Johor

Bukit Marak, Kelantan