Putuo Village


Assalamualaikum


Welcome to PUTUO VILLAGE!


Tempat ini didiami oleh penganut ajaran Buddha yang mempunyai banyak sejarah dan lagenda. Terletak di kawasan hutan buluh dan diletakkan Dewa Guanyin di dalam kuil. 


Oleh itu, perkampungan Putuo ini dibina atas tradisi unik dan kemewahan kaum Buddha dari segi seni dan penceritaan bagi menarik pelancong yang inginkan keindahan dan kedamaian alam semula jadi.



Ade budak nangis pulak.. uhukkk



 Waktu Operasi: 8:30 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)


📍Alamat: Lot 1488, Jalan Inas Taib Andak, Off Jalan Kulai Kota Tinggi, 81000 Kulai Johor


☎️ No. Telefon: 07-213 3398




Pintu masuk depan



Sini ada banyak Insta-Worthy Spot gaiss! hehee


Sis suka dengan suasana pokok buluh di sini. Nyaman dan menenangkan. Taman Putuo Village ini di bina bersebelahan dengan Kuil Buddha bagi masyarakat TiongHua. Jadi tidak lah menganggu untuk kita bergambar di tamannya. (sebab di luar kawasan kuil)


Harga tiket masuk RM5 seorang. Murahkan.. Ok lah berbaloi dengan tempat.. Banyak juga tempat2 hot spot yang cantik untuk bergambar..


Cian dak kecik ni meragam pulak hari ni. Cuaca agak panas.


Aloloooo...


Untung maksu dia ringan leh naik buai ni. Tapi gayat sebab tinggi.
Kalau sis yang naik ni roboh terus nanti. hahaa



Rainbow walk!

Lenguh pinggang oiii dukung dak debab nih. hahaa


Thanks my sil, ican yang bawak kami datang sini.


With my family in law yang rajin bawa kami jalan-jalan bila balik kampung! 
Muahh cikeddd..


Sunflower baby!


Amboi kemain posing. Model part time ke tu... hahaa


Manjo atok!


Big panda!


Teringat macam rumah Kapsul dalam cerita Dragon Ball dulu2.. hahaa

Dalam tu ada angin macam belon. Kalau bukak zip tu nanti abis kempis.. hahaa


Like a boss dak kecik ni! hahaa


love Instagrammable spots


L.O.V. E.


Mood dia ok dah si comels ni... eeeee geramm!




Ada banyak sarang burung kat sini. hehehh



Buai laju-laju... Dak Aleesa nak kawen dengan anak rajaa.... ehhh :p


Ada taman permainan jugak kat sini. Sakan la budak-budak yang datang


Tapi tengok abah dio yang sakan men gelongsor... hahaa


Seronok mak-mak posing kat sini. haha


Kamceng betul dua2 mak dah leh jadi bff.. hahaa


Anak Jepun ke ni? hahaa




Hutan buluh yang cantik!


Have a scenic weekend!


Feeling2 macam kat Bali... gittewww!



Ni rasa macam kat Nepal pulak ade banyak2 prayer flag.. hehee

Namastee!


Grumpy la baby nih! muka ketat xde mood. hahaaa


In a nutshell, Putuo Village Kulai is your next short weekend destination. Memang syok datang sini untuk tangkap gambar. Orang pun tak ramai sangat. So kalau korang yang nak datang sini better pergi waktu pagi sebab tak la panas sangat nanti.


Till we meet again in Johor! 

Jom layan video :






















Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS