Hiking Bukit 527, Sepang

Assalamualaikum

Harini kami nak hike ke Bukit 527, Sepang.


Bukit 527 (atau “Peak 527”) terletak di Sepang, Selangor. Lebih spesifiknya dekat kawasan Bandar Baru Salak Tinggi / Salak Perdana.


“Exploring the world together, one hills at a time.”


“Started young, born to climb.”


“Raising a wild soul, one trail at a time.”


“Some of the best childhood memories are made on the trail.”




Pemandangan dari puncak boleh nampak kawasan sekeliling Salak Perdana & bandar Baru Salak Tinggi.


View macam dekat Bukit Sri Bintang pun ada. Hahaaa








Elok datang pagi, udara lebih sejuk, laluan kurang ramai, dan nampakkan pemandangan yang jelas (tak kabur sebab kabus/haze).


Trail tanah merah dan laluan boleh jadi sangat licin bila hujan. Kasut yang ada grip dan pakaian yang sesuai sangat membantu. 


Bawa air yang mencukupi & sedikit kudapan, nak hiking kadang rasa haus cepat terutama bila ikut laluan curam.










Kat puncak macam-macam ada. Siap ada kerusi meja untuk lepak-lepak. Paip air untuk basuh tangan. Air teh o panas. Kat sini dorang ada komuniti yang bukak kawasan hiking ni. So dorang memang jaga kawasan ni dengan elok. 

Rasa macam bertandang kat rumah orang pulak. hahaaa siap jamu air. Makanan pun ada semua free jer.



Aiskrim kemenangan di puncak! hahaa


Thank you Aunty Dilla lanje dak ni aiskrim. Haa kat puncak pun ada jual aiskrim tau!


Santai dulu. Puncak ni macam tempat rehat para hikers sebelum dorang nak pergi trek lain pulak. 

Actually trek kat sini ada banyak. Tapi kami pergi ke puncak 527 je lah. Tak larat la nak pergi tempat lain dah sebab boleh tahan jauh jugak trek yang lain tu. Sesiapa yang nak training buat loop tu memang sini sesuai lah.





“Together we climb, together we shine.”


Peak 527 checked! Thanks to Tebas Hikers yang jaga kawasan ni dengan baik.




Turun bukit dengan cuaca panas terik dapat minum air kelapa sejuk so refreshing! lega tekak


In a nutshell, hiking sini santai jer memang sesuai nak bawak kids. 

Ok guys till next hike!











Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Arte Cheras, KL

BAHASA HIKERS

Jade Dragon Snow Mountain (JDSM)

Camping with baby @ Teratak Tok Mat

Gunung Silipat, Betong Thailand

Bukit Sapu Tangan

Gunung Besar Hantu, N9