Camping with baby @ Teratak Tok Mat
Assalamualaikum
Rasa macam dah berhabuk blog ni dah lama tak update. hahaaaa.. Almaklumlah sis busy skit sejak kebelakangan ni. Tengah nak tulis buku. hehee..
Nanti korang boleh la dapatkan buku sis tau khas untuk fans2 nutshell yang dah lama follow sejak dari zaman tok kaduk! hahaaaa...
Ni first time nak bawa my baby Elsa pergi camping! Yeayy excited betul dia. Sis pun beli khemah tu kat shoppee jer mur2 je gais RM50 boleh muat 4 orang khemah tu.
Mak sis pun excited juga first time nak follow kita camping & siap masak bekalan untuk dibawa ke campsite nanti. Fuhhh sedapnya! Walaupun masakan yang simple jer, sambal telur tapi bila mak kita yang masak tu memang tiada tandingan lah! Sis dah la hantu sambal! hehee
Campsite Teratak Tokmat terletak di Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Perjalanan dari PJ ke sini lebih kurang sejam jugak lah.

Kena book awal kat sini. Sewa tapak RM50. Ada plugpoint. Tandas dia bersih dan sungai yang cetek mesra kanak-kanak.
Our tent for 2 days 1 night camping
Oren Ais time camping memang padu lah!
Tengah panas terik dapat minum air sejuk fuhhhh! Nikmat gaisss...
Lepas setup khemah kita makan dulu.
Mantap!!
Next, aktiviti terjun sungai lah! hahaa.. Budak-budak kalau dapat main air seronok betul!
Hammock girls!
Esoknya, menu nasi ayam cook by bro in law! Terbaiklah chef nih!
Makan lagi & mandi sungai lagi! hahaaa
Till next camping guys! See ya!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!