Hiking Bukit Tunggul, Sepang


Assalamualaikum


Bersua kembali kita di dalam log hiking ke mana kita kalini?? 

Yang pasti bukan hiking ke hati awaaa... Cia cia cia... ehh


Bukit Tunggul ialah sebuah bukit di daerah Sepang, dengan ketinggian sekitar 278 meter dari aras laut. Ia terletak berhampiran kawasan Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Sungai Buah, dan Bukit Unggul Golf & Country Club.


Sumbangan seikhlas hati tapi, jangan bagi hati tapi bagi duit... ehh


Boleh parking dengan tenang jiwa tenteram tiada dendam... ehh


Sunrise



Ternampak kawan hiking masa zaman dulu-dulu naik gunung... Masih maintain fit dak ni buat loop naik turun bukit ni beberapa kali, sis tak sampai-sampai puncak lagi... hebat.. hahaaa



Bukit ini popular dalam kalangan pendaki tempatan kerana laluan pendakian yang pendek hingga sederhana, sesuai untuk latihan kecergasan.


Boleh lihat pemandangan kawasan sekitar Bangi, Sepang dan Putrajaya dari beberapa titik.

Laluan tanah dan hutan yang sesuai untuk aktiviti hiking dan trail running.


First checkpoint ada buai




menara pencawang menjadi mercu tanda yang sering dilalui pendaki




Trek hutan redup



Ada banyak bangku untuk beristirehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke puncak




Rama-rama bersenggama... ehh





Kat sini curam skit lah boleh pegang tali



Ni maps dia. 2.76km nak sampai ke puncak terasa jauh jugak lah sebab trek boleh tahan pacak


Puncak Bukit Tunggul checked!



Sebaiknya mulakan pendakian pada awal pagi sebab bila matahari dah naik cuaca sangat terik bila dah sampai ke atas puncak.

Bawa air minuman yang mencukupi.



Air kemenangan di puncak!


Beirut


Bukit ini juga pernah menjadi lokasi strategik sebagai peninjau atau kubu sementara semasa Perang Saudara Selangor dan Perang Sungai Ujong. Bukit Tunggul juga merupakan penanda sempadan antara negeri Sungai Ujong dan negeri Selangor pada suatu ketika dulu.






In a nutshell, total trek pergi balik lebih kurang sejauh 5.5km dan mengambil masa dalam 2 jam setengah santai-santai sambil berborak. Nice trek sebab laluan mudah cuma orang tak ramai. 

Till next hike!






Comments

Popular posts from this blog

Hiking Bukit 527, Sepang

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Hiking Bukit Sri Permata

The Mins, Kota Damansara

BAHASA HIKERS

A Decade Milestone

HIking to The Swing

Bukit Sapu Tangan