Posts

Showing posts with the label kl perlis

Solo Trainpackers ke Araustralia!

Image
Assalamualaikum.... Aku mengembara secara solo ke Araustralia dengan menaiki keretapi. Yo, pekejadah Araustalia. hahaaa.... Tujuan aku ke Perlis adalah untuk menghadiri perkahwinan sahabat baik aku masa sama-sama belajar kat universiti dulu.  Aku saja nak try pengalaman naik keretapi yang koc katil punya. Nak naik ETS tu, harga dia leh tahan jugak dalam RM80++ untuk sehala sebab dia laju. So aku memilih untuk naik keretapi tanah melayu. Ni trip santai ajer.. Harga untuk katil bawah mahal sikit berbanding katil di sebelah atas. Tapi tak pelah demi keselesaan. Aku memilih katil bawah dengan harga RM53.00. Tapi untuk balik dari Perlis ke KL, koc katil dah habis. So amik yang tempat duduk biasa jer. Harga RM41. Bersedialah untuk kejang urat bontot. hahaaa... Untuk korang yang bercadang nak beli yang koc katil, better beli tiket awal. Sebulan sebelum tarikh nak pergi tu. Ni aku beli tiket pon last minute jugak! Perjalanan mengambil masa dalam 9 jam jugak...