Bukit wawasan
Assalamualaikum Trip redah mendaki Bukit Wawasan yang terletak di Puchong, Selangor. Saja nak test stamina yang dah kelaut sebab dah lama tak hiking! hahaa Lokasi: Bukit Wawasan Alamat: Persiaran Bukit, Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor. Taraf Kesukaran: Sederhana ke Susah Nak datang sini senang je. Boleh waze Taman Wawasan, Puchong. Lepas tu boleh park kereta kat tepi sepanjang jalan ni! So, let's go! Untuk makluman korang, Bukit Puchong ni dah lama wujud. Ianya merupakan Hutan Simpan Ayer Hitam yang diuruskan bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Walau pun ianya merupakan hutan persendirian, tetapi kerana treknya yang tidak berbahaya dan sering digunakan oleh penduduk di sekitarnya. Bukit Puchong ini telah menjadi salah satu tempat rekreasi dan riadah yang boleh digunakan oleh orang awam. Line up harini, Me & my lil sis! Kami sama tapi tak serupa! ...