Episod 8 : Jam Gadang & Shopping di Bukit Tinggi!

Assalamualaikum Day 5 : 18 Ogos 2017, Jumaat Pukul 11.00 malam selepas turun dari Danau Gunung Tujuh, kami bergerak menuju ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Jambi ke Bukit Tinggi dianggarkan mengambil masa selama 8-9 jam! Fuhhhh.. Jika sempat, esok pagi kami ingin singgah ke Danau Singkarak. Masuk jer dalam van, semua terlentok lah cerita dia! Mengantuk terok sebab letih banget! hahaa.. Tak kira la jalan bengkang bengkok macam mana pun, supir layan laps maut, kami dalam van pun mengikut rentak pemanduan yang mara bahaya! Terhantuk kepala kat tingkap, berlaga kepala dengan member sebelah tak payah cerita! Dah benjol terok kepala aku! Mujur tak pecah je cermin tingkap tu! hahaa Bangun-bangun terus wengg kepala! Rasa nak termuntah, pening, mabuk semua! Kah3! Sepanjang jalan, pak supir ni layan drive macam pelesit sambil pasang lagu minang! Nampak sangat dia mengantuk masa drive tu! Berhantu woi lagu 'Lapeh Raso' nih! Sampai sekarang tern...