Episod 8 : Jam Gadang & Shopping di Bukit Tinggi!



Assalamualaikum




Day 5 : 18 Ogos 2017, Jumaat


Pukul 11.00 malam selepas turun dari Danau Gunung Tujuh, kami bergerak menuju ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Jambi ke Bukit Tinggi dianggarkan mengambil masa selama 8-9 jam! Fuhhhh.. Jika sempat, esok pagi kami ingin singgah ke Danau Singkarak.



Masuk jer dalam van, semua terlentok lah cerita dia! Mengantuk terok sebab letih banget! hahaa.. Tak kira la jalan bengkang bengkok macam mana pun, supir layan laps maut, kami dalam van pun mengikut rentak pemanduan yang mara bahaya! Terhantuk kepala kat tingkap, berlaga kepala dengan member sebelah tak payah cerita! Dah benjol terok kepala aku! Mujur tak pecah je cermin tingkap tu! hahaa

Bangun-bangun terus wengg kepala! Rasa nak termuntah, pening, mabuk semua! Kah3! Sepanjang jalan, pak supir ni layan drive macam pelesit sambil pasang lagu minang! Nampak sangat dia mengantuk masa drive tu! 


Berhantu woi lagu 'Lapeh Raso' nih! Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi dalam kepala! hahaaaaa

Rayola dengan nama asli (Yola Aurelia Laksmi) atau dipanggil Yola adalah penyanyi top minang. Suaranya memang padu mendayu-dayu! Tangkap leleh! Sampai kami semua terlentok habis! Tapi lama-lama dengar sedap la pula lagu "Rantau Den Pajauah" nih! hahaaa


Kami sampai di Danau Singkarak lebih kurang pukul 5.00 pagi. Memang idok la nak nampak pemandangan danaunya! Gelap gelita lagi. Lepas tu kami pun pergi solat subuh di masjid berdekatan.

Lepas solat, kami dah sampai di bandar Bukit Tinggi. Tapi pak supir pula nak berehat katanya! Abis tak kan kami nak tercongok je tunggu dalam van sampai pukul 10.00 pagi! Masa tu baru pukul 7.00 pagi. Kami pun bagitau nak jalan-jalan kat sekitar bandar.


Lepas tu tah mana-mana la dia bawa! So kami terkandas di bahu jalan! Hanat betul la pak supir tu! Puihhh... Memang nak kena maki sebakul! Kami pun redho je la menapak jalan kaki dengan bawa backpack menuju ke tengah bandar! Backpackerz kental sangat kan! 


Hati pun panas, ditambah dengan perut yang berkeroncong! Kami pergi breakfast makan roti telur. Manis sangat roti dia! Boleh potong kaki ni! hahaa 

Roti telur : IDR15,000
Nasi goreng : IDR25,000


Jam Gadang/Big Clock, land mark of Bukit tinggi! Jam Gadang adalah menara jam yang terletak di pusat kota Bukit tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.


Kedai outdoor di Bukit Tinggi!


Shopping time!


Pagi tu, kami jalan-jalan di sekitar bandar Bukit tinggi.


Kereta kuda ku lari gagah berani!



Kalau di Kota London memang terkenal dengan Big Ben, jika berkunjung di Bukit tinggi, Sumatera Barat, ia terkenal dengan Jam Gadang (atau dalam Bahasa Indonesia maksudnya Jam Besar)

Running Man!

 Menara jam kebanggaan masyarakat Bukit tinggi ini memiliki jam dengan ukuran yang sangat besar. Dinamakannya Jam Gadang diambil dari Bahasa Minangkabau. Jam seluas 13×4 meter dengan tinggi 26 meter ini memiliki beberapa tingkat dengan tingkat yang paling atas sebagai tempat penyimpanan bandul yang sempat patah ketika terjadi gempa bumi pada tahun 2007. Kini ia telah diganti dengan bandul yang baru.


Jam ini didatangkan khas dari Rotterdam, Belanda. Yang uniknya jam ni gerakannya dilakukan secara mekanik oleh mesin yang hanya dibuat dua unit di dunia, iaitu untuk Jam Gadang dan Big Ben di London! Woww!

Vortmann Relinghausen adalah nama pembuat mesin jam ini yang berasal dari Jerman. Ia dibuat sekitar tahun 1892. Bahkan, nama tersebut juga tertera pada tubuh Jam Gadang iaitu tepat di bahagian loncengnya.


Keunikan lain dari ikon Kota Bukit tinggi ini adalah struktur jam yang bukan dibuat menggunakan besi dan simen, tetapi adalah campuran dari kapur, putih telur dan pasir putih. Amazing!


Berdasarkan sejarahnya, Jam Gadang adalah hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker, seorang Pegawai Tinggi Kerajaan atau Controleur Fort de Kock (nama lama Bukit Tinggi) di Kota Bukit tinggi pada masa Pemerintahan Belanda.


Kalau korang perasan, ada kejanggalan dalam angka penunjuk jamnya. Selalu angka '4' dalam tulisan roman adalah 'IV', di jam yang dibangun oleh arkitek 'Yazid Sutan Gigi Ameh' ini tertulis angka roman 'IIII' sebagai penanda pukul empat.

 Atap Jam Gadang berbentuk gonjong yang merupakan atap rumah adat Minangkabau. Di sekitar Jam Gadang juga terdapat taman dengan banyak bangku untuk beristirehat. 


 Lepas tu kami berkunjung ke Pasar Atas dan Pasar Bawah.


 Pelbagai jenis kain dijual disini. Biasanya kain yang dijual adalah kain sulaman khas Padang. 



Kak Jura tengah rambang mata ke tu nak pilih kain! hahaa



Lepas dah penat shopping, kami pun pulang ke hotel untuk check-in. Tapi masih awal sebab orang tu tak siap kemas lagi bilik. So mereput dulu kat lobi hotel.



Hotel Gajahmada, Bukit Tinggi.


Petang tu, lepas dah rehat. tidur semua, kami keluar balik sambung shopping! hahaa. Sebelum tu, singgah dulu kedai makan pekena ayam penyet bersama es jeruk yang enak!

Makan nasi ayam penyet : IDR25,000


Lepas tu beli Air & Aiskrim : IDR8,000


Sini ada banyak kedai. Kedai jual kain pasang, telekung, baju, seluar, kedai barang jahitan dan lain-lain. Kena teroka satu building tengok apa yang ada. 

Kat sini famous dengan telekung Siti Khadijah. Sebab asal lalu je, makcik yang jual ni mesti cakap ” Telekung Siti Khadijah ada dik”. Pandai betul nak tarik pelanggan. Aku pun terbeli la untuk aku 1, mak aku 1.


Barang yang aku sempat beli :

Telekung Siti Khadijah 2 helai : IDR500,000
Scaft : IDR20,000
Tudung bawal sulam : IDR60,000

Total : IDR580,000

Tak cukup rupiah, pakai ringgit pon boleh der! hahaa

Seluar batik : RM20
Fridge magnet : RM10


Total : RM30


Bukit Tinggi adalah paling famous dengan kain sulam. Memang cantik, rambang mata kau jah. Kalau ikut nafsu kaki shopping, memang nak borong selori! Tapi pitih pon tinggal bape sen je! Sadis! hahaaa

Tak rugi kalau beli banyak-banyak, pastu balik Malaysia jual lah kan. hahaha.. Macam Kak Jura kita! Laku keras pi jual kat ofis dia. Terbaik!


Kain sulam murah. Boleh dapat dalam IDR150,000 iaitu lebih kurang RM50 sepasang. Kalau korang beli borong memang lagi murah lah!


Cantiknya!



Teman dik Farah ni sopim! Sakan dia membeli untuk 1 family! hahaa



Suasana malam di sini adalah sangat romantis sebab pada malam hari Jam Gadang dihiasi dengan kerlip cahaya lampu berwarna warni.


Ha sebelum balik, kami sempat pergi hantar baju-baju kotor berselut masa hiking tu pergi dobi. Nasib baik sempat siap kering, berlipat malam tu juga. So balik nanti tak payah susah-susah nak tonyoh segala kekotoran degil. 

First time balik trip bawa baju bersih & wangi! Dia punya wangi bau sabun tu, memang wangi betul! Semerbak harum! hahaaaa.. Lupa nak tanya dia pakai sabun apa la nak menyental tu! haha. Memang terbaik!

Dobi baju : IDR60,000






Day 6 : 19 Ogos 2017, Sabtu


Hari terakhir kami disini.





Cover perut skit bang! :p hahaaa


Ni la buah limau yang dorang buat es jeruk kegemaran kami tu! Sedap!


Last minute shopping, misi untuk membeli kerepek!


Sini namanya Pasar Lereng. Kat sini korang boleh dapatkan barang souvenier yang murah-murah seperti T-Shirt “I Love Bukit tinggi”, keychain, fridge magnet dan lain-lain! Macam-macam la yang ada di sini! Gunakanlah skill tawar menawar! hahaa


Ootd katanya! :p



Misi success untuk membeli keperek dan pisang salai!

 Harga pisang salai 4 paket : IDR40,000.


Mai-mai sini hakak juai murah ja! hahaa





Lepas tu dalam pukul 10.30 pagi, kami bergerak dari Bukit Tinggi menuju ke Lapangan Terbang Minangkabau di Kota Padang. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Ni pun supir bawa van menggila juga! Boleh kena 'heart attack' kot tengok dorang potong kereta kat tengah jalan! Bawa mengucap pak!

Kami semua dah beristigfar dah! Astaga! Lindungi kami Ya Auloh!


Perarakan budak sekolah sempena dirgahayu Republik Indonesia! Meriah!


Makan di airport sebelum pulang ke Malaysia!



Bubye kota Padang! Till we meet again!


Ha masa nak balik ni, aku baru tau sebenarnya flight dari Padang ke KL delay! Sebatutnya flight pukul 2.55pm ditunda ke 4.05pm. Matilanak sebab flight aku ke Kota Bharu ada gap 2 jam je sebelum tu! So konon bagi menjimatkan masa, aku tak bawa balik backpack aku yang besar tu. Aku suruh Farah bawa balik ke KL & hantar ke rumah mak aku nanti. Tq so much Farah! So aku bawa beg kecik je la balik KB. Tapi bila dah sampai kat airport Padang, lagi sekali flight delay dalam 40 minit! So pukul 4.45pm baru gerak! Cisss... memang bikin wa amarah la Air Asia nih! huhh


Penerbangan mengambil masa sejam. Tapi bila dah sampai KL dah pukul 7.00pm disebabkan perbezaan masa antara Malaysia dan Indonesia! Aku dah cemas dah! Wak cuba nak menenangkan aku! hahaa.. Next flight aku ke KB pukul 7.45pm! Turun je dari flight, aku berlari marathon kat KLIA2 tu nak ke kaunter untuk next flight! Dah macam masuk Amazing Race! Fuhhhh..... Tercungap weh! Dah la dengan tersalah masuk gate! Gate aku kat tingkat atas dihujung dunia betul! Memang aku berlari pecut macam Usain Bolt dah! 


Sampai je kat gate pelepasan, mujur staff situ bagitau flight ke KB delay setengah jam! Phewwwww! Kalau tak memang dah byebye tertinggal flight, sebab dah pukul 7.30pm masa tu! Lega! Masa tu terserempak pula dengan dua orang big bos dari ofis di Kota Bharu dan Rantau Panjang naik 1 flight! Adehhh! Abis la aku kena soal siasat, pergi mana, buat apa, dengan siapa? Nak ambil statement saya ke tuan? Hahaaaa... :p Aku pun teruja la bagitau aku pergi hiking kat gunung berapi! heheww


Bos, saya nak mohon transfer balik KL boleh tak? Kbye!




Total bajet keseluruhan aku :

Tiket flight Air Asia KB-KL-KB       : RM256.01
Tiket flight Air Asia KL-Padang-KL : RM218.90
Duit tukar belanja                       : RM400
Pinjam kek mi IDR100k               : RM33
Trip hiking Kerinci, IDR1.8 juta     : RM590
T-Shirt Acah-Acah hikers              : RM15
Luggage KL-Padang                     : RM22

                                  Total lost : RM1534.91



So akhir kata, maaf ikhlas dari hati jika aku ada terkasar bahasa, jika penulisan aku merentap hati sesiapa. Aku bukannya sasterawan negara. Aku hanya manusia biasa yang menulis sekadar untuk meluah rasa yang terbuku di jiwa. Andai ada jodoh, kita ketemu lagi di lain masa. Pastikan sempurna harapan bersama!

Now it's time to move on! Gud bye uolls!





In a nutshell, thank you for all the good times! Terutamanya kepada Organizer trip, Hafizzuddin thanks for everything! Kak Aimi, Fatin, Zura, Fizin, Wak, Zek, Roza dan member sama-sama pewai Farah! hahaa... I heart you guys! Bersama teman seperjuangan, menggapai awan, menggenggam impian! Puncak bumi sakti alam Kerinci telah berjaya ditawan! 




So next trip ABC pula kan kan? (Please make my dream come true!) hahaaa



Till then, Astala vista bebeh!


Comments

  1. Replies
    1. Jom2! Tapi xtau la bila nak peginya. hahaa.. klu ade trip roger2 la!

      Delete
    2. target next year bulan 11..tp belum finalise lagi..hehe nnt sy roger ye..kalau nad ade trip ke sane pun roger jugak ea..

      Delete
  2. hotel gajahmada berapa ye semalam??

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS