Posts

Showing posts from June, 2023

Kota Mekah

Image
Assalamualaikum 22 November 2022, Selasa 5.00am Hari kedua di Kota Mekah Harini kami ziarah di sekitar Mekah Brekfast like a king! Lepas solat subuh terus sarapan pagi. Menu sarapan kat hotel ni memang terbaik macam-macam ada! Alhamdulillah. Pemandangan tower clock dari bilik hotel. Kami ke kaki bukit Jabal Thur dimana terdapat gua, tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah. Bukit Thur atau Bukit Thursina mempunyai kaitan rapat dengan Rasulullah SAW kerana di situ lokasi baginda bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq bagi mengelak daripada cubaan membunuh baginda oleh golongan kafir Quraisy. Malah, peristiwa bersembunyi di Jabar Thur juga menjadi pencetus awal penghijrahan baginda dari Makkah ke Madinah seterusnya mengasaskan negara Islam pertama. Justeru, peluang menziarahi bukit berbatu setinggi 470 meter dari aras laut itu amat menginsafkan tatkala membayangkan perjuangan baginda demi mengembangkan agama suci. Rancan