Brekfast like a king!
Lepas solat subuh terus sarapan pagi. Menu sarapan kat hotel ni memang terbaik macam-macam ada! Alhamdulillah.
Pemandangan tower clock dari bilik hotel.
Kami ke kaki bukit Jabal Thur dimana terdapat gua, tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah.
Bukit Thur atau Bukit Thursina mempunyai kaitan rapat dengan Rasulullah SAW kerana di situ lokasi baginda bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq bagi mengelak daripada cubaan membunuh baginda oleh golongan kafir Quraisy.
Malah, peristiwa bersembunyi di Jabar Thur juga menjadi pencetus awal penghijrahan baginda dari Makkah ke Madinah seterusnya mengasaskan negara Islam pertama.
Justeru, peluang menziarahi bukit berbatu setinggi 470 meter dari aras laut itu amat menginsafkan tatkala membayangkan perjuangan baginda demi mengembangkan agama suci.
Rancangan membunuh baginda dicadangkan Abu Jahal dalam mesyuarat dalam kalangan pembesar Quraisy ketika itu yang disokong seorang lelaki tua yang sebenarnya jelmaan iblis.
Pada malam dijanjikan, 11 pemuda Quraisy mengepung rumah Rasulullah dan merancang membunuh baginda pada waktu Subuh ketika mahu ke masjid.
Bagaimanapun, pada hari berkenaan, Rasulullah keluar dari rumah bersama Saidina Abu Bakar tanpa disedari pemuda terbabit yang tertidur akibat terlalu mengantuk, manakala tempat tidur baginda di rumah itu digantikan Saidina Ali bin Abi Talib.
Berikutan kegagalan rancangan membunuh Rasulullah, maka pembesar Quraisy sanggup menawarkan hadiah 100 unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah sama ada hidup atau mati.
Seterusnya kami ke Jabal rahmah
Gunung Arafah atau Gunung Arafat ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah, Arab Saudi. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah).
Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia.
Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.
|
usha jodoh ke tu sis?? hehee |
Berkisah di sebalik Jabal Rahmah sebagai bukit jodoh, ceritanya bermula apabila bukit kecil itu dikaitkan dengan kisah pertemuan semula Nabi Adam AS dan Hawa setelah dikeluarkan dari syurga.
Kedua-duanya telah tercampak ke dunia selepas tergoda dengan hasutan Iblis iaitu melanggar perintah Allah dengan memakan buah khuldi.
“Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga kesuatu masa (mati).” (Al-Baqarah:36)
Walaupun, tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh Adam dan Hawa terpisah namun, keduanya menyesal dengan perbuatan tersebut lalu memohon ampun kepada Allah sebagaimana dalam surah al-A’raaf ayat 23,
“Ya Tuhan, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk dalam orang-orang yang rugi.”
Bertahun-tahun mereka berdua memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah SWT sebagaimana terakam dalam al-Quran. Maka, Allah mengampuni keduanya, lalu dipertemukan mereka di sebuah tempat di Arafah.
Jadi, kebanyakan kita percaya Jabal Rahmah merupakan simbolik kepada kuatnya jodoh diantara Adam dan Hawa seperti mana yang diimpikan oleh setiap manusia.
Di lembah Jabal Rahmah berlaku tiga peristiwa agung membabitkan tiga nabi Allah SWT.
Peristiwa pertama, di sinilah kawasan pertemuan Nabi Adam dan isteri baginda, Siti Hawa selepas sekian lama berpisah sebaik mereka dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke muka bumi.
Peristiwa kedua pula kisah mimpi Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangan baginda, Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS mulanya sangsi dengan mimpi itu namun sudah dua kali baginda bermimpi perkara sama.
Kemudian tiba di kawasan Jabal Rahmah, Nabi Ibrahim sekali lagi mendapat mimpi yang sama dan kali ini yakinlah baginda yang perintah dalam mimpinya itu benar-benar daripada Allah SWT.
Peristiwa ketiga pula turunnya wahyu Allah SWT yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW.
Jabal Rahmah sebenarnya berada di lingkungan yang sama dengan Padang Arafah dan di sinilah juga baginda mendapat wahyu yang cukup ‘memilukan hati’ sahabat, khususnya Saidina Abu Bakar dan Umar al-Khattab kerana mereka mengerti makna tersirat di sebalik turunnya wahyu tersebut iaitu petanda bahawa baginda akan meninggalkan mereka menemui Allah SWT.
Awas kepada mereka-mereka yang melebih-lebih (ekstrem) dalam meletakkan kepercayaan kepada bukit cinta. Ini kerana, terdapat segelintir dari jemaah yang boleh dikatakan sebagai ekstrem kepada bukit itu sehingga mengundang kepada perbuatan syirik (menyekutukan Allah).
Ianya tidak menjadi masalah apabila kita ke sana dan hanya berdoa. Selebihnya cukuplah kita berserah kepada Allah. Tidak dapat dinafikan, terdapat di antara jemaah yang mencapai tahap seakan memuja-muja bukit tersebut seakan ia ‘bertuah’ dan berkuasa dalam menunaikan permintaan manusia.
Pelbagai kerenah dan ragam manusia yang dapat dilihat tatkala berada di atas bukit berkenaan. Tak kurang juga, ada yang menampal gambarnya dan pasangan, mengharapkan itu adalah jodohnya hingga ke syurga.
Terinjaknya kaki di Jabal Rahmah seolah-olah mengajak diri kita kembali menghayati sirah Nabi Allah SWT.
Lalu di kawasan Mina
Malam tu lepas Miqat di Masjid Ja'ranah, kami sempat untuk buat umrah kali kedua
Alhamdulillah dah selesai umrah kami berjalan-jalan sekitar masjidil haram.
Subhanallah ramai betul umat manusia tengah tawaf malam tu. Rasa macam musim haji pula
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!