Posts

Showing posts from April, 2022

Forest City, Johor

Image
Assalamualaikum Forest City yang terletak di Kampung Tanjung Kupang bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas pada awalnya merupakan kawasan hutan paya bakau dan didiami oleh penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani dan nelayan. Kini Forest City sedang menjalani proses pembangunan hartanah mewah dan elit. Forest City atau Hutan Bandar Johor merupakan Pembangunan hartanah serba Mewah dan Elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor, Malaysia seluas 1,370 hektar.  Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Forest City dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang tahun 2035.  Sis tengok dari jauh dah macam bangunan terbiar jer. Lama-lama memang jadi hutan bangunan ni sebab dia tanam pokok kat setiap balkoni. Kalau tak dijaga memang jadi tempat pembiakan nyamuk jer. Katanya tak sampai 20% pun yang dah tinggal kat sini, padahal tempat ini mam

Pantai Perpat, Johor

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya sis bawa mak ke Pantai Perpat. Pantai Perpat Laut atau lebih dikenali sebagai Pantai Raja Sehari merupakan pantai milik persendirian yang terletak di Rengit Mukim Sungai Punggor Batu Pahat. Sejak akhir-akhir ini lokasi pantai ini menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya penduduk di negeri ini berikutan ia merupakan lokasi popular dalam kalangan pasangan pengantin baharu untuk mengabadikan foto perkahwinan mereka. Masa datang ni dalam tengahari panas terik jugak la! Berpinau mato sis. hahaa. Air laut pun tengah surut Model of the day! hehehh Mak & sis Edisi Throwback : Sis ingat pernah pergi sini dulu masa mula-mula kawen. Picnic sambil layan angin bayu laut Picnic-tepi-pantai.html Kat depan tu meriah orang jual makanan dah macam bazar dah. hahaa.. Kalau petang2 ni memang selalu ramai orang lepak, air laut pun dah pasang. So xde la panas sangat 4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA :   Diterangkan dalam sebu

Laman Tebu Aidil

Image
Assalamualaikum Haritu kami singgah di LAMAN TEBU AIDIL ORKID yang terletak di Parit 3 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Boleh tahan jauh jugak kalau dari PJ lebih kurang 2 jam setengah gaisss. Tapi sepanjang jalan memang cantik pemandangan sawah padi yang menghijau. Kat sini anda boleh merasai keenakan air tebu fresh yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu! Laman tebu Aidil ni masuk percuma je dan di buka setiap hari kecuali hari Rabu tutup, cuti rehat lah kan. Korang boleh dapat kan info dari Facebook page depa naa untuk update terkini. Lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bagi minum dan makan-makan secara santai sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu. Malah, Laman Tebu Aidil Orkid ini juga sangat cantik dan memiliki panorama indah untuk anda jadikan sebagai port bergambar. Menariknya gerai di sini menyajikan menu-menu yang ringkas tetapi sedap, antaranya Kepak dan Tongkeng Ayam Madu, Laksa, Nasi Lemak, Nasi Impit Ayam, Air Tebu dan