Laman Tebu Aidil


Assalamualaikum


Haritu kami singgah di LAMAN TEBU AIDIL ORKID yang terletak di Parit 3 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.


Boleh tahan jauh jugak kalau dari PJ lebih kurang 2 jam setengah gaisss. Tapi sepanjang jalan memang cantik pemandangan sawah padi yang menghijau.


Kat sini anda boleh merasai keenakan air tebu fresh yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu!


Laman tebu Aidil ni masuk percuma je dan di buka setiap hari kecuali hari Rabu tutup, cuti rehat lah kan. Korang boleh dapat kan info dari Facebook page depa naa untuk update terkini.







Lokasi ini sangat sesuai untuk anda kunjungi bagi minum dan makan-makan secara santai sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu.

Malah, Laman Tebu Aidil Orkid ini juga sangat cantik dan memiliki panorama indah untuk anda jadikan sebagai port bergambar.


Menariknya gerai di sini menyajikan menu-menu yang ringkas tetapi sedap, antaranya Kepak dan Tongkeng Ayam Madu, Laksa, Nasi Lemak, Nasi Impit Ayam, Air Tebu dan buah buahan serta banyak lagi. Harga mur-mur je antara RM2 ke RM5 sahaja.


Macam baby koala plak dia melekat kat badan abah dia. hahaa


Laman tebu Aidil ni berada di tengah sawah di tepian parit air dengan tarikan utamanya deretan pokok-pokok tebu yang menjadi port viral instaworthy untuk bergambar. 

Kalau tak ramai orang cun lah dapat angel yang sesuai kan. Kalau ramai tu pandai-pandai lah cari spot yang tak nampak kelibat orang yer... hahaa





In a nutshell, kalau anda penduduk di sekitar Selangor atau Lembah Klang yang teringin nak cuba sendiri pengalaman minum air tebu segar di tengah-tengah rumpun pokok tebu seperti ini, jangan lupa datang ke Laman Tebu Aidil Orkid yang beroperasi dari pukul 2 petang hingga 7 malam.


Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS