Javatrip Part 7 : Kampung Tridi
Assalamualaikum 13 September 2018, Khamis, 9.00 am Hari ketujuh dan terakhir dalam siri menjelajah ke Jawa Timur! Hari ni kami nak melawat ke Kampung Warna-warni! Previous post : Javatrip Part 6 : Blawan Waterfall Pulang dari Blawan Waterfall, nenek mas Irvan masak lagi hidangan yang enak untuk kami! Makasih buk! Hotel yang kami stay malam tadi. So kalau nak ke kampung Tridi ni jalan kaki jer lebih kurang 10 minit. Kampung Tridi terletak di Kelurahan Kesatrian, Kecamatan Blimbing, Kota Malang. Lebih tepatnya pada Jalan Temenggungan Ledok, RT 1 — 4, RW 12. Disebut Tridi (3D) kerana dirasa lebih mudah disebut, sesuai dengan sebutan orang Jawa. Entry fee masuk ke Kampung Tridi, 3000 Rupiah dalam RM1 jer. Murah kan! Boleh la support dorang beli souvenier hasil tangan mereka sendiri macam keychain & toys! Comel! Membantu serba sedikit ekonomi masyarakat tempatan! Kampung Tridi (3D) atau tiga dim...