Javatrip Part 7 : Kampung Tridi


Assalamualaikum



13 September 2018, Khamis, 9.00 am



Hari ketujuh dan terakhir dalam siri menjelajah ke Jawa Timur! Hari ni kami nak melawat ke Kampung Warna-warni!



Previous post :




Pulang dari Blawan Waterfall, nenek mas Irvan masak lagi hidangan yang enak untuk kami! Makasih buk! 


Hotel yang kami stay malam tadi. So kalau nak ke kampung Tridi ni jalan kaki jer lebih kurang 10 minit.


Kampung Tridi terletak di Kelurahan Kesatrian, Kecamatan Blimbing, Kota Malang. Lebih tepatnya pada Jalan Temenggungan Ledok, RT 1 — 4, RW 12. 


Disebut Tridi (3D) kerana dirasa lebih mudah disebut, sesuai dengan sebutan orang Jawa.


Entry fee masuk ke Kampung Tridi, 3000 Rupiah dalam RM1 jer. Murah kan! Boleh la support dorang beli souvenier hasil tangan mereka sendiri macam keychain & toys! Comel! Membantu serba sedikit ekonomi masyarakat tempatan!


Kampung Tridi (3D) atau tiga dimensi terletak di Kota Malang, Jawa Timur. Ratusan rumah yang berada di sebelah utara Sungai Brantas dilukis dengan konsep gambar mural tiga dimensi iaitu gambar yang seolah-olah hidup di setiap dinding. 


Indonesia’s 3D Village


Setiap lukisan dilukis oleh warga tempatan yang mahir menggunakan cat sembur. Sementara atapnya pula dicat dengan warna-warni.

Bright Indonesian villages painted in a rainbow of competing color schemes. 


 Hampir setiap rumah disini ada karya ‘street art’ unik yang boleh dijadikan spot atau tempat berfoto. 

Keren!

Jambatan!


Rumah-rumah lama yang dahulunya kawasan perumahan yang tidak terurus dan kotor, namun dengan usaha dan inisiatif penduduknya mereka memulihkan kembali kawasan tersebut dengan mengecat dan membaiki semula struktur lama untuk dijadikan kawasan tumpuan pelancong.


Dari atas jambatan ini, dapat dilihat dengan jelas perkampungan warna warni di kiri dan kanan sungai. Kampung Tridi Kesatrian berada di sebelah kiri (utara) sungai, sedangkan di sebelah selatan sungai merupakan Kampung Warna Warni Jodipan.


Untuk gambar tiga dimensi di kampung Tridi ada 5 konsep. Iaitu bertemakan kanak-kanak, budaya, olahraga, remaja dan alam.





eye-popping 3D murals









Beautiful rainbow village!



Gudbye Tridi Village!


Lepas melawat Kampung Tridi tadi kami pulang semula ke hotel untuk breakfast. Lepas tu kami bergegas untuk last minute shopping di sekitar bandar sebelum ke airport. Beli souvenier untuk family & kawan2 kat Malaysia! 

English style breakfast katanya


Untuk yang emosi tak stabil, jiwa kacau, patah hati ha nin dia ubat! hahaa

Moga awaa cepat ketemu jodohnya! hahaa


Untuk Jomblo happy! Baca caption aja udah geli hati dong! hahaaa.. Sis mudah terhibur! Memang habis sis borong semua coklat kat sini buat temen-temen yang masih lagi jomblo di Malaysia! hahaaa


Emang kayaknya cocok buat kamu yang galau! hahaa

Gue paling butuh yang ini dong! hahaaa.. Lepas makan cokelat ini emangnya sekarang gue udah move on dari lo! :p

Mau lari dari rumah kayaknya dong! hahaa


Gudbye Surabaya! Till we meet again!


Angkat sauh!


Tetiba beg sudah beranak! hahaa.. Sempat beli backpack kecik tu kat kedai outdoor di bandar tadi! Tampak mengancam beg tu sebab ada tulis Rinjani! hahaa.. Misi mencari Romeo Rinjani pun gagal apatah lagi mau mencari Mas Genta di Semeru juga enggak kelihatan! hahaa

Mungkin dah tiba masanya untuk sis bersara!


Thank you Mas airlines!


Layan movie seround!




Balik dari trip kebulur terok! Dah lama tak jumpa makanan Malaysia! hahaa.. Makan pula berlatar belakangkan KLCC! Oh Malaysiaku! Gue rindu banget sama kamu! hahaaa


In a nutshell, tamat sudah penggembaran kami selama seminggu merentasi Jawa Timur! Terima kasih Mas Irvan, guide yang paling penyabar di abad ini yang mampu sweep aku yang pewai bersepai ni. 

Terima kasih kawan-kawan yang kental lagi cekal, sehati sejiwa yang mampu tahan lasak dan barai bersama-sama Fuzah, Nurie dan Lalan di atas pengalaman yang sangat berharga ni! Harap tak serik & jangan pernah menyesal join trip ni! hahaa

Indonesia pasti aku akan kembali!


The End East Java Volcano Adventures!





Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS