Javatrip Part 6 : Kawah Ijen


Assalamualaikum



12 September 2018, Rabu, 4.00 am



Hari ke 6 menjelajah ke Jawa Timur. Next mountain to conquer, Ijen! Jarak perjalanan daripada destinasi terakhir kami di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ke Kawah Ijen roughly 260KM jauhnye dan mengambil masa lebih kurang 6 jam.


Lepas balik dari Madakaripura Waterfall tu, kami singgah di rumah Mas Irvan untuk bersiap ke Kawah Ijen. Kami akan menempuh perjalanan malam yang panjang ke Kawah Ijen. Kami tidur dalam mobil aja.. Tapi itu pun tak boleh tidur sangat sebab jalan yang berliku!


So sebelum gerak, kami isi perut dulu! Sedapnya lauk yang dimasak oleh nenek mas Irvan! Enak banget!

Kalau nak dibanding kan dengan Jalan di Malaysia, jarak sedemikian maybe boleh dilakukan dalam masa 3 jam atau kurang bergantung kepada kelajuan. Tapi ni bukan Malaysia ya, takde highway and mostly perjalanan kami melalui kawasan luar bandar, perkampungan & agak terpencil. Dan jalan raya pun tak berapa nak proper.

Kami gerak agak lambat sebenarnya pukul 11 malam. So kami sampai lebih kurang pukul 4.00 pagi. Cuaca sejuk giler! Kami pun fikir sempat ke tak nak tengok blue fire ni? Sebab kalau nak tengok api biru ni kena start trekking pukul 12.00 malam ke 2.00 pagi! hahaa


Trek ke kawah Ijen jaraknya lebih kurang sejauh 8km dengan jalur pendakian yang agak curam. Perjalanan mendaki dari kaki gunung Ijen menuju ke kawah Ijen memakan masa sekitar 2-3 jam  ikut fitness level masing-masing. Aku try nak jalan laju-laju ternyata tak mampu sebab trek dia boleh tahan padu mencanak! hahaa... Dengan udara yang begitu sejuk mencengkam tulang! 

Hari pun dah semakin siang! Memang harapan tipis la kami nak tengok 'Blue Fire'! Giler sedih bai! Fuzah dah menangis dah sambil baling treking pole sebab masih jauh lagi nak sampai ke area kawah! Aku pun cuba menenangkan beliau! Selaku kepala untuk trip ni, aku cuba berlagak cool walaupun dalam hati aku dah koyak! Uhukkkk.... hahaaa

Aku pun cuba chill. Tak pe la tak de rezeki kita nak tengok 'Blue Fire' Kalau rushing pun memang tak sempat dah sis! So kita jalan jer pelan-pelan kayuh asal sampai ye! Aku harap beliau tak maki aku walau dalam hati! Memang trip ni trip cari pasal paling hardcore sepanjang hidup aku! Sebabnya hiking back to back sampai jelly dah kaki! hahaa


Trekking down to kawah Ijen was really challenging melalui batu-batu kawah gunung berapi ijen yang agak curam. Laluan nye juga agak sempit, kalau berselisih, salah sorang terpaksa mengalah nak kasi laluan kepada yang lain. 



Melalui info yang aku baca, bau asap sulfur di bawah sana tersangatlah kuat/tengik. Mendedahkan diri kepada asap sulfur untuk satu tempoh yang panjang boleh merosakkan sistem pernafasan terutamanya paru-paru. Aku terfikir macam mana dorang boleh tahan sebab baunya yang busuk.

 Memang dorang berani meletakkan diri dalam keadaan berisiko dan sanggup menggalas tugas membawa muatan sulfur seberat 80kg ke 100kg dari kawah sulfur naik ke atas dan kemudian turun sampai ke Pos Paltuding untuk dikumpulkan. Ini bukanlah satu kerja yang mudah - bahkan ini adalah kerja yang paling teruk di dunia (but technically ia lebih mulia dari orang yang hidup senang dengan cara yang salah).


Sisi Gelap Kawah Ijen

Di sebalik keindahan memukau yang menyimpan fenomena alam yang luar biasa, tempat yang menjadi buruan para pengembara ekstrim untuk menimba pengalaman ini juga sebenarnya merupakan tempat pekerjaan yang paling buruk di Asia. Tahukah anda, pelombong di sini terpaksa bergadai nyawa hanya untuk sesuap nasi?

Bayangkan, untuk sampai ke sini sahaja anda terpaksa berjalan kaki sejauh 8 km pergi balik. Namun bagi pekerja di lombong ini, ia merupakan rutin biasa buat mereka. Lebih sadis, perkerjaan melombong sulfur ‘merbahaya’ ini harus mereka lakukan seawal pagi.

Seperti yang diterbitkan di laman web Chanel News Asia, para pekerja di sini terpaksa memulakan pekerjaan ketika hari masih gelap iaitu seawal jam 2 pagi bagi mengelak cuaca yang panas terik. Tugas mereka adalah untuk mengekstrak sulfur berwarna kuning yang terhasil secara tidak henti di tepi kawasan tasik dan membawanya ke atas.

Tidak hanya itu, segala kerja-kerja melombong serta memecahkan sulfur ini dilakukan secara manual tanpa bantuan mesin termasuk memikul sulfur yang kadang-kala boleh mececah berat sehingga 80 kg di atas bahu. Permukaan jalan yang tidak rata dan kawasan curam menyebabkan perkerja di sini terpaksa menanggung risiko untuk berlakunya kemalangan jiwa yang boleh terjadi pada bila-bila masa.

Menurut salah seorang pekerja di sini, rasa sakit di bahagian pinggang dan bahu menambahkan lagi derita pekerjaan mereka. Itu belum lagi bila cuaca buruk. Apabila hari hujan, pekerjaan mereka akan bertambah sukar. Mereka terpaksa berhadapan dengan jalan licin, asap tebal diikuti angin yang membawa toksik. Ini menyebabkan mata serta hidung mereka terasa pedih, kadang-kadang boleh membawa muntah dan mengalami rasa sakit di bahagian dada.

Menjadi pelombong sulfur di sini bukanlah satu pekerjaan yang mudah, jika diberi pilihan pasti tiada siapa yang sanggup. Kesan daripada menyedut asap sulfur setiap hari menyebabkan gigi mereka terhakis. Ini kerana ia mengadungi asid yang sangat tinggi. Namun begitu, rata-rata pekerja di sini tidak menghiraukan tahap kesihatan mereka. 

Dari segi bayaran gaji pula, Al-Jazeera melaporkan, purata seorang pekerja boleh mendapat bayaran sebanyak 6 USD (untuk setiap 100 kg) setiap hari iaitu lebih kurang RM25.00 sehari. Dalam kiraan kasar, jika setiap pelombong mampu bekerja penuh setiap hari selama sebulan dengan hasil lombongan seberat 100 kg sehari, mereka akan dibayar sebanyak RM750.00 sebulan.

Satu nilai yang terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan tugas serta risiko yang terpaksa mereka hadapi setiap hari.


Sumber : The Vocket


“Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?”


Tidak patutkah kita Bersyukur Kepada-Nya?
Ucapkan Alhamdulillah. Berhentilah mengeluh, apatah lagi membanggakan diri. Dan Jalani Hidup ini dengan ikhlas, tawadhu sebagai dari ”Rasa Syukur”.


 Secara peribadi aku memang respect sebab mereka sanggup bekerja sebegini teruk demi mendapatkan rezeki yang halal. 


 Sumpah aku sedih tapi tulah rutin harian mereka disini. Memang sis ni hati tisu! uhukkk.. Mereka pertaruhkan nyawa setiap hari hanya untuk sesuap nasi. No work no food. 


Kawah Ijen juga merupakan tasik berasid paling tinggi di dunia. Asid di kawah ini boleh melarutkan pakaian dan bahkan tubuh manusia dengan cepat. Suhu air boleh mencapai 200 darjah celcius. Bukan itu sahaja, Kawah Ijen juga merupakan tempat perlombongan sulfur yang memiliki kandungan sulfur yang cukup tinggi dan sering melepaskan gas vulkanik bersama bau yang kurang menyenangkan.

Terdapat satu fenomena alam yang menakjubkan di kawah Ijen iaitu ‘Blue Fire’. Fenomena ini dapat dilihat pada waktu senja atau malam. Fenomena ini menjadi tarikan utama pelancong datang ke kawah ijen ini. Percikan biru di kawah Ijen ini sebenarnya bukanlah api. Percikan biru ini merupakan hasil reaksi dari gas bumi yang bertemu dengan oksigen pada suhu tertentu. Panorama di kawah ini sangat cantik dan luar biasa. 

Di dunia hanya terdapat dua tempat sahaja berlaku fenomena ‘Blue Fire’ iaitu di Kawah Ijen, Jawa Timur dan Iceland!


Rasa macam tak percaya yang di depan mata aku sekarang ialah Kawah Ijen. Tempat ni betul-betul cantik, air tasiknya biru kehijauan. Jauh ke bawah di pinggir tasik kelihatan satu kawasan berwarna kuning. Kawasan ini merupakan kawasan di mana batuan sulfur digali keluar. 

Dari atas kita boleh nampak pergerakan manusia di sekitar kawasan tu. Pekerja-pekerja lombong tengah sibuk memunggah bongkah sulfur untuk dibawa naik ke atas.


Kawah Ijen terletak di puncak Gunung Ijen di Wilayah Banyuwangi. Kawah Ijen merupakan danau kawah terbesar yang ada dipulau Jawa dengan ketinggian 2,443 meter. 


Kawasan yang kami berdiri dan ambik gambar ni sebenarnya adalah laluan yang digunakan oleh pelombong-pelombong sulfur untuk berulang-alik, jadi kita perlulah sentiasa alert dengan keadaan sekeliling dan beri laluan bagi memudahkan pergerakan mereka.



Dinasihatkan supaya membawa trekking pole kerana ia amat membantu dalam pendakian sebab kebarangkalian jatuh terduduk amat tinggi terutama sekali sewaktu menurun. Yang penting sekali pastikan anda memakai kasut dengan permukaan tapak yang sesuai kerana keadaan trek yang agak berdebu dan licin.



 Anda disarankan untuk membawa makanan ringan dan air minum secukupnya serta buff / mask penutup hidung untuk mencegah masuknya asap belerang ke paru-paru. 

Meskipun pendakiannya cukup mengerah tenaga, tetapi akan berbalas dengan pesona keindahan danau belerang yang berwarna hijau tosca yang amat mengagumkan. 



Dikatakan atau tidak ini tetap cinta,
Diungkapkan atau belum ini tetap rindu!

'Ijen' kan daku mencintaimu.... Aummm




Masa kat sini ada jumpa beberapa orang Malaysia yang sama trip naik Semeru tempoh hari. Dorang sempat la tengok blue fire tu sebab sampai awal pagi. Tapi dorang cakap sikit jer apinya. Mungkin sebab sulphur pun dah semakin sikit. So kami pun tak de la rasa terkilan sangat tak dapat tengok api biru tu.. Tak pe la nanti kita pi tengok 'BlueFire' kat Iceland pula ye! Tapi tak tahu la bila.. hahaa



Kawah Ijen checked!



We came, we saw, we conquer!

Lan, Abi, Nadz & Fuzah



Turun pandai nak naik balik pewai! Fuhhh giler mencabar weh! Kawah Ijen ni bukan biasa-biasa gaiss! 


Bawa turun bakul kosong untuk masukkan suphur




Mining Sulphur in Kawah Ijen, one of Earth's most dangerous jobs!


Aku sendiri pun tak mampu nak angkat bakul ni. Kau bayangkan pak cik tua yang sebaya bapak dan atok kau menggunakan segala sisa-sisa kudrat tu angkat! (Sambil lap air mata yang sedang menitik)




Kami mampu angkat replika bakul ni jer.. Serius comel giler! hahaaa... Kawan aku ni beli sulphur yang dia buat macam-macam bentuk kura-kura, bunga dlln! Tapi pastikan korang simpan kat luggage nanti! Ni dorang hand carry masa kat airport lastly tak boleh bawak balik sebab benda bahaya! Sulphur kan! Adehhh sedih tak pasal kena buang! Ke tong sampah akhirnya! Maka kami pun berhuhuu.....

Too cute too carry! haha


Lepas dah explore kawah, kami decide nak naik ke puncak tertinggi Ijen sebab dari atas boleh nampak view mengamcam lagi menggoda bak kata Mas Irvan. Tapi kena mendaki lagi lebih kurang sejam! Adehhhh jauh jugak! hahaa


Finally sampai juga kat atas ni! Memang gayat bak ang! Dengan kaki jelly ditambah lagi lutut goyang! ermmm...



Jalur gemilang berkibar megah semegah angin yang kuat menerpa kami! Sikit lagi kami pun rasa nak melayang dek angin kencang dia! hahaa


Pemandangan pada waktu ini begitu cantik dan kebetulan langit tersangatlah biru, rugi kalau tak amik gambar kenang-kenangan.




Ranting yang eksotik memukau pandangan!



Time for airbag sofa! hahaa


Kau yang terindah kan selalu indah! Ohh asyik banget!



Fuhh memang heaven lepak atas gunung ni? Adakah ini syurga??




Awan karpet gaiss!


Katanya dari sini boleh nampak Gunung Raung kat belakang tu! Adakah Raung is calling??? Ohh no... Cukuplah kot setakat ni jer pendakian sis! Sis nak bersara dah hiking-hiking ni! Masa untuk gantung kasut gais!






Nak turun ni boleh tahan mencabar juga! Sebab jalan dia tak rata dan curam! Dan jalan rasa macam dah berjam-jam tapi tak sampai-sampai! Bila mau sampai da... Dalam hati dah menyumpah apehal buat terok nak naik gunung! Tapi sekarang dah rindu! puihhh... hahaaa


Ni la Taksi aka teksi untuk naik gunung! Lebih kurang macam kereta sorong. So nanti ada sorang yang tarik dari depan dan yang sorang tolak dari belakang untuk memudahkan anda nak naik gunung! Sebenarnya ni untuk bawa Sulphur tu turun gunung tapi dorang dah modify jadi teksi.

Aku tengok pelancong gunung mat salleh la ramai yang naik! Poket tebal apedehal!


Masa pagi tadi gelap-gelap banyak la dorang offer untuk naik ni. Upah dia lebih kurang RM300++ one way! hahaa.. Berbaloi la kot sebab kau duduk saja goyang kaki kat atas tu dengan tenaga yang perlu mereka kerah mendaki trek curam yang amat untuk bawa kau naik gunung! Memang kau ibarat raja! hahaa

Perjalanan dari 2 jam pun boleh jadi setengah jam je. Dorang dok ikut je kami rapat-rapat! Dengar dorang memanggil-manggil rasa macam kesian! Ke dorang yang sebenarnya kesiankan kami yang macam dah tak larat nak mendaki! hahaa

Taksi.... taksi... Ibu ayuhh buk naik taksi! 

Aku macam pikir kalau naik ni sempat ke idok eh nak kejar blue fire?? Tapi bila tengok poket nipis tak mengizinkan, lalu ku pendam je la hasrat murni nak naik teksi ni! Kata hikers sejati kan! Puihh... hahaa.. Padahal dah pewai terok! Saiaaa ta kuadd awaa!




Wajah-wajah perampok gunung! :p





Petik buah rasberry liar berlatarbelakangkan pemandangan gunung ganang! Rasa dia agak kelat sikit! Harap cukup la tenaga nak turun sampai bawah! Serius kaki sudah lunyai! hahaa


Gud bye Kawah Ijen! Repeat? Nooooo.... hahaaa

Next, going to Blawan Waterfall!



Previous entry :








Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS