Javatrip Part 6 : Blawan Waterfall




Assalamualaikum


12 September 2018, Rabu, 3.00 pm


Lepas pulang dari Kawah Ijen, kami terus ke Air Terjun Blawan.



Air terjun ini terletak di Bondowoso berhampiran dengan Kawah Ijen. Yang menarik air terjun ini adalah muara alirannya yang langsung menuju ke dalam tanah seperti air terjun Niagara di Amerika. Jalan menuju ke kawasan air terjun Blawan agak mencabar juga dengan jalan naik turun tangga di antara 2 tebing.



Berhampiran dengan Air Terjun Blawan, terdapat juga mata air panas semula jadi yang tertutup dari Air terjun ni, yang mengandungi sulfur semulajadi yang mengalir dari tasik Ijen di mana para pengunjung biasanya mandi setelah selesai menikmati Pakej Tour Ijen Crater.

Sumber air panas ni mengandungi belerang, masih terjaga dan digunakan untuk berendam kaki oleh para pengunjung.

Natural hot springs! Memang panas air dia!

Air panas semulajadi ni digunakan untuk melegakan badan atau kaki setelah letih trekking ke Blue Flame Ijen Crater. Air panas ini dipercayai sangat berkesan untuk menyegarkan dari kesakitan badan.

Kalau kami ada banyak masa memang dah berendam kat sini! Kaki memang dah lunyai 6 hari mendaki berturut-turut! Tapi apakan daya, masa amat mencemburui kami! hahaa



Nak ke sini kena trekking dalam 15 ke 20 minit! Aishhh.... trekking lagi! (aku dah menyumpah dalam hati) :p

Ingat ke dari tepi jalan dah boleh nampak air terjunnya! hahaa


Dari jauh dengar bunyi air terjun menderu-deru memang teruja bak ang!


Menghampiri ke tebing!


Memiliki ketinggian 30 meter dengan deruan aliran air yang sangat deras, suasana di sekitar air terjun Blawan terdengar sangat gemuruh, dengan beberapa rimbun tanaman hijau yang tumbuh dengan sangat baik dan subur. 


Kerana mengandungi belerang, air terjun ini tidak berwarna jernih, melainkan berwarna kekuningan. Berada di sini, anda tidak dapat berenang, kerana air terjun ini berbentuk jurang. Tapi, di sini disediakan kolam untuk berendam.


Fuhh memang syok dok sini sambil layan perasaan! Rasa tak mau balik! hahaa


Memang scary bila nak tengok bawah sebab air dia sangat deras!



Dengan aliran yang hebat, suasana di sekeliling air terjun Blawan ini terasa nyaman dengan beberapa tanaman hijau yang tumbuh segar dan subur. 


The Amazing Blawan Waterfall Checked!


Rasa tak puas sebab sekejap je kami lepak kat sini. Masa pun dah semakin suntuk.


Guys, please don't try this! hahaa.. Kalau tersilap langkah sikit lagi memang terjun ke bawah! hahaa



Penampakan pelangi di situ!


So kalau korang datang ke Kawah Ijen, jangan lupa singgah kat sini!


Babai Blawan!





Next, kami pulang semula ke Kota Malang yang mengambil masa selama 5 jam perjalanan. Esok kami nak ke Kampung Warna Warni!



Previous post :








Comments

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Paintball

BAHASA HIKERS

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hidden Treasure Hunt

Bukit Marak, Kelantan

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL