Asykar Pencen!


Assalamualaikum


Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. 





 Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).








MOTO

KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI

(Duty, Honor and Integrity)



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur.

Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah Officer Kadet. 


Sejarah 

UPNM pada awalnya adalah Akademi Tentera Malaysia (ATMA) atau Akademi Angkatan Bersenjata Malaysia yang ditubuhkan pada tarikh 1 Jun 1995.

Ia adalah organisasi yang bertanggungjawab dalam meningkatkan pengetahuan dan status akademik angkatan bersenjata dengan menawarkan sarjana dalam bidang teknik, ilmu pengetahuan dan pengurusan sementara tidak mengabaikan keperluan dasar dari latihan tentera.


Pada tarikh 10 November 2006, ATMA diiktiraf dan dinaik taraf ke status universiti iaitu UPNM. Pendirian universiti ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007 di Parlimen Malaysia.

ZP45, Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan

Pengambilan pertama universiti untuk sesi 2007/2008 dengan perubahan baru iaitu dengan pengambilan pertama graduan awam. Aku adalah batch kedua pelajar awam di UPNM tahun 2008-2011.


Kehidupan sebagai pelajar di UPNM berorientasikan disiplin yang tinggi. Semua pelajar UPNM akan menginap di dalam kampus kerana UPNM mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi untuk menampung semua pelajar. Tapi  diawal pertubuhan, kami pernah duduk di luar kampus selama setahun sementara tunggu bangunan asrama yang baru siap. So setiap hari berulang naik bas ke kampus.



Pegawai Kadet UPNM adalah diwajibkan menyertai latihan ketenteraan seperti yang telah ditetapkan oleh UPNM.

Manakala pelajar awam perlu mengikuti Latihan PALAPES. Latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk melahirkan graduan UPNM yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi malah mempunyai kekuatan fizikal yang jitu bagi menempuh alam pekerjaan kelak.



Semua pelajar UPNM juga akan mengalami kehidupan regimented dan kurang bebas seperti yang dinikmati oleh pelajar IPTA lain. Walaubagaimanapun, kehidupan yang kurang bebas ini telah disusun dan dikawal bagi memastikan pelajar-pelajar UPNM sentiasa berada dalam keadaan disiplin yang tinggi. Para pelajar perlu berjalan dalam kumpulan dan bergerak dari asrama ke dewan kuliah. Ini sejajar dengan amalan tentera yang berdisiplin.


Pernah la aku jalan berlenggang mak jemah jer pergi kelas, lepas tu ada officer nampak! Mampus la aku kena jerkah dari jauh! Automatik terus kawad robot! kah3...



Selain itu, waktu kuliah telah ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Manakala pada waktu petang, semua pelajar diwajibkan berada di padang untuk bersukan. Waktu sukan ni, aku selalu jer ponteng! hahahh



Pada waktu malam pula, pelajar UPNM akan mengikuti kelas ganti (sekiranya ada) ataupun mengulang kaji pelajaran. Kesemua jadual harian perlu dipatuhi oleh semua pelajar iaitu Pegawai Kadet dan pelajar awam. 

Pewai terok masa jadi student dulu! hahaaa.. So bila ada masa terluang sikit dalam kelas, memang tido jer kejenya! :p


Pelajar di UPNM telah diwajibkan untuk menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa asing (Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Rusia). Kelas bahasa asing turut dijalankan pada waktu malam kerana tenaga pengajar terdiri daripada tenaga pengajar sambilan.

Aku dulu pernah la masuk kelas Bahasa Perancis. Boleh la sebut satu ayat jer... Je m'apelle Nadz! Au revoir! hahaa.. Sebab susah sangat terbelit lidah nak nyebut bahasa Ferancisss tu, aku pun tukar belajar Mandarin. Pun susah jugak! Jeng krengg.. hahaaa


UPNM mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Sains Pengurusan dan Pertahanan. Fakulti ni menawarkan 10 program ijazah sarjana muda antaranya Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Nautika, Sains Aeronautik serta Teknologi Maklumat dan Keselamatan Ketenteraan. Ni masa zaman aku dulu. 


Sekarang ni dah ada Fakulti perubatan dan program diploma, antaranya Pengajian Pertahanan, Teknologi Sains dan Maritim, Sains Nautika serta Sains Aeronautik.



Pada asasnya kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ini adalah di kalangan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka terdiri daripada kadet tentera dan pelajar awam dengan nisbah 80:20.


Untuk batch aku terdiri dari budak asasi UPNM, lepasan matrik dan tingkatan enam.

Acah-acah kawen bawah pedang! hahaa
Zaman kekurusan!

Perbarisan Komandan Akademi Latihan Ketenteraan


Senang jer nak cam aku. Gadis yang paling tinggi antara semua! hahaa


Kat sini boleh dikatakan kami kenal antara satu sama lain walaupun kelas dan batch lain-lain terutamanya dalam kalangan pelajar awam. Senior & junior lebih kurang sama jer. Tapi gap antara pelajar awam & kadet memang sangat ketara lah masa ni. Kami tak bercampur sangat dengan pelajar kadet sebab training dorang lain-lain & lebih hardcore. hahaa. Tapi kalau kelas akademik campur jer semua sekali.

Pelajar kadet dorang ada dapat gaji dan elaun. Memang masyuk la masa belajar dah ada duit. So lepas grad nanti terus jadi pegawai tentera samada udara, darat atau laut. Tak payah susah-susah cari kerja dah. Kami yang pelajar awam tidak terikat dengan tentera pun. So boleh la nak kerja apa pun.



Dulu teringat kata senior aku, kalau kau masuk UPNM ni single, dah grad mesti  tak single dah! Hahaaa... Kesimpulannya, memang ramai la antaranya kawan-kawan aku yang kawen dengan rakan sekelas masing-masing! Masa tu memang student perempuan sikit la berbanding lelaki. Tapi ramai juga yang clash lepas dah habis belajar. Bawa haluan masing-masing.. Tak de jodoh..

Crush-crush aku pun semua masing-masing dah selamat beranak pinak! hehee

Aku & Zack

Tasya yang bersemangat askar waja! hahaa



Ex Jengking Mempaga 2010


Tetiba aku kena jadi ketua platun, haru jugak! kah3


Kem tahunan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) 



Dayang senandung! :p. Memang sunburn teruk setiap kali ada latihan. Bertabahlah!


"Reserve Officers Training Unit (ROTU)"




Acah-acah pembunuh upahan! hahaa


Tall, dark & macho! hahaaaa


Kemana tah sekarang besfriend aku ni, Mahfuzah aka Uja. Ramai dah lost contact sekarang.


Gadis-gadis kental!


Sekarang dah jadi penguasa kastam dah junior-junior aku ni. Ada yang jadi PTD, Datok Bandar, Inspektor Polis.. Hehee


Yang tengah tu pun jadi abam kastam juga & sebelah tu Leftenan Maritim.


Terjumpa gambar-gambar ni semula kat FB. Rindunya! Hahaaa.. Ni je lah gambar-gambar kenangan yang aku ada. Dulu ada external hard disk 500g untuk simpan gambar selama 3 tahun study kat UPNM. Tapi dah kena masuk virus! Hilang semua! Sedih ohhh!

Masa ni kalau aku dah ada blog, aku dah simpan semua gambar kenangan dalam blog ni & cerita pengalaman masa belajar dulu! hahaaa.. Tapi masa tu, facebook pun baru nak up. hehee



Gun & roses! hahaa


Don't mess with us!


Soldier of fortune!


Peace no war!


Lawatan ke Muzium tentera Port Dickson


Tiap-tiap hari pergi kelas kena pakai uniform macam ni. So tak payah pening-pening nak pakai baju apa. hahaa


Majlis Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Kali Ke-30


Sesi latihan kawad kaki selama 2 minggu berkampung di UTHM. 
Memang koyak mental time nih! hahaa.. Pagi petang siang malam training!

Geng kilat kasut sampai pukul 3 pagi! hahaa




Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-30 ni diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Iistiadat tersebut yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA  berlangsung pada 9 Julai 2011 .


Leftenan muda!


Segak-segak belaka!



Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 15 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut.



Ia melibatkan tiga bahagian iaitu Palapes Darat, Laut dan Udara. IPTA yang mengambil bahagian ialah UM , USM , UTM, UNIMAS, UTHM, UKM, UiTM, UUM, UMS, UPM, UPSI, UNiMAP, UPNM, UTM dan UMT. 



Ni adalah kali pertama UPNM terlibat dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ni. Team UPNM telah hantar 3 kumpulan palapes darat. Aku diletakkan pada detachment pertama, duduk di barisan hadapan sebab dia bagi semua yang tinggi sama rata. So bila kawad nampak kemas, cantik dan seragam jer semua. hahaaa. 


Dalam ni ada 3 jer perempuan. Detachment 1 dari UPNM ni telah menang secara keseluruhan! Rasa bangga jap! hahaa (walaupun aku yang selalu spoil kawad tangan bengkok & seret kaki! Pewai siaaa.. Selalu kena marah dengan RSM! kah3)


Rentung terok time nih! hahaaa


 Graduation day!



In a nutshell, I miss you guys!







Comments

  1. hi, nak tanya, as pelajar awam dekat UPNM, pakaian ke kelas mmg uniform tentera ke? and dia bagi masa pendaftaran or mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kena pakai uniform juga. Uniform tu siap selepas 2-3 bulan lepas dah ukur baju masa pendaftaran tu.

      Delete
    2. Betul ke pakai bju uniform tentera? Sbb kwn sy , pelajar awam, x pernh pulak nampak dia pakai bju tentera...

      Delete
    3. Cik Aira, sekarang sy xpasti pula mcm mana pengurusan utk pelajar awam. Tapi masa zaman saya belajar dulu, pelajar awam pun wajib pakai uniform.

      Delete
  2. Hai, pelajar awam pun perlu x-ray checkup ke or just prepare documents on registration day je? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. medical checkup tu sblum register lg. So masa register tu dia akan bg list apa yg perlu dibawa

      Delete
  3. Hi nak tanya, kalau kadet dapat gaji/elaun, pelajar awam yang masuk palapes dapat tak elaun?? Lebih kurang berapa ya dapat kalau bulanan? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat elaun palapes. Bila ada training ada elaun. klu tak silap masa tu kira ikut jam. Training slalu hujung minggu je

      Delete
    2. slalunya brapa yang akak dpt sebulan? hehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum....
    tetiba dalam banyak2 gambar kenal plak dengan CP (Flight Sargeant) tu.. hua hua hua ex-instructor saya tu.. untung la awak ada kenangan waktu training.. tetiba mengimbau kenangan jiwa waktu dalam servis dedulu.. miss the old days

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke ex instuctor.. ni je kenangan yang ada dari beribu gmbr yg hilang.. yeahh rindu betol zaman kne hell dulu2.. hahaa

      Delete
  5. Salam, nak tanya untuk kos perubatan adakah pelajarnya posting dihospital sultan mizan apabila tamat belajar nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu saya tak pasti pula. Mungkin juga akan dihantar ke hospital/klinik di kem tentera

      Delete
    2. Kebiasaannya untuk bahagian medical ni ada dua kategori.. Awam dan Anggota Tentera yg dari Kor Kesihatan.. dua dua ni akan bekerja di setiap RSAT atau HAT.. depend mana tempat yang akan dipostingkan..

      Delete
  6. Assalam. Baca pun dah tersengih sorang2 apalagi kalau dapat masuk UPNM ><. Nak tanya akak ada kata pegawai kadet akan terus dapat kerja dalam bidang ketenteraan tapi pelajar awam masih bebas.. so kat sini.. mana lagi baik? Jadi pelajar awan atau pegawai kadet? Tq ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang minat masing2. Kalau memang minat nak jadi askar boleh masuk jadi kadet. Tapi kena masuk melalui asasi UPNM. Klu yg student awam kebanyakan dari from 6 & matrik.

      Delete
  7. hai, assalammualaikum saya nak teringin nak masuk tentera, tapi disebabkan saya rabun dan tinggi saya hanya 156.5cm platform mana yang sesuai untuk saya? klau tak dpt masuk askar pun hmm dapat lalui latihan nya pun dah okay. so bagaimana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kolej atau utk hujung minggu boleh masuk wataniah. Kalau kat universiti awam boleh masuk Palapes.

      Delete
  8. Nak tanya... Kalau jadi pelajar awam... Macam mana nak masuk tentera? Kalau kadet terus ditawarkan jadi pegawai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Pelajar awam boleh masuk palapes / wataniah

      Delete
  9. Hye..sy nk tnye..kalau kadet..kne bljr dkt upnm brp thun ye supaya dpt pekerjaan tetap ? Mcm tentera laut..darat..udara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut course apa, ada yang 3, 4 @ 5 tahun. Lepas habis belajar pelajar kadet akan terus lapor diri dan bekerja di unit masing2..

      Delete
  10. Assalamualaikum,saya nak tanya.. Sy pelajar asasi sains (bukan di upnm) tpi buleh ker sy nak ambil sarjana muda perubatan kat sana ? Atau hanya pelajar asasi perubatan di upnm sahaja diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sy tak pasti. mungkin boleh call pihak pengurusan di upnm utk pertanyaan lanjut. Sbb masa batch sy xde lg course medic

      Delete
  11. Assalamualaikum..nk tnye ape beza pelajar awam dngn kadet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadet lepas habis belajar terus diserap dalam ATM jdi askar. Awam tidak terikat dgn kontrak

      Delete
  12. Assalamualaikum kak, camna nk tau dapat pegawai kadet ataupun pelajar awam masa temuduga tu? Berbeza dari segi apa yg boleh layak untuk dapat pegawai kadet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kadet kena apply dari asasi. Klu awam pula kebanyakan dari lepasan matrik & form 6. So kalau nk apply jadi kadet kena apply lepas spm

      Delete
    2. Ohh macam tu.. Terima kasih kak❤

      Delete
  13. apa beza palapes dan wataniah? kalau masuk palapes atau wataniah nanti boleh diserap masuk ke dalam atm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wataniah ni askar simpanan @ anggota sukarela dan terbuka utk sesiapa yang berminat utk sertai secara part time/di waktu lapang hujung minggu. Palapes ni attached di universiti awam seluruh malaysia. So Palapes ni dibwh askar Wataniah.

      Delete
  14. saya mcm berminat nk smbung human resources dekat upnm, agak2 susah x saya nk masuk sbb saya dri asasi luar dri upnm. brape tahunnya untuk human resources?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh apply kt UPU tp pastikan letak pilihan pertama & kedua. Dlu sy 3tahun. sekarang sy xpasti sbb semua dh diselaras 4 tahun kot utk semua kos management di IPTA

      Delete
  15. assalam..tumpang tanya,,boleh ka lepasan matriks nk masuk kadet kat upnm ..cause ade komen ckp nak masuk kadet kena asasi kat upnm,,hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh itupun kalau dia ada buka quota utk kadet. Tapi kalau betul2 nak jadi kadet kena masuk dari asasi

      Delete
  16. Hi, saya lepasan spm boleh tak buat asasi?
    Pastu, PALAPES tu kena masuk ke?
    Takde choice ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Memang asasi untuk lepasan spm. Palapes tu untuk pelajar awam wajib kena join.

      Delete
  17. Assalamualaikum, nak tanya. Kalau lepasan stpm nak mohon upnm, prosuder macam mana erk. Tak faham. And ada peluang tak nak jadi pegawai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply melalui UPU. Sama macam universiti awam yang lain

      Delete
  18. nak masuk asasi kejuruteraan xpe ke kalau rabun?

    ReplyDelete
  19. Laluan selepas diploma di upnm

    ReplyDelete
  20. Upnm ni terima ke klau rabun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima tapi tengok tahap mana rabun tu. Kalau lepas masa fizikal test ok la

      Delete
  21. Saya nk tau latihan utk kadet, ambilan asasi tu susah sgt ke? Risau anak sy jika tpilih x dpt nak tempuhi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latihan kadet memang tough. Hanya hati kental jer yang boleh tahan sampai grad. Kalau sejenis manja memang tak digalakkan masuk askar. Takut nanti study separuh jln jer.. Ramai juga batch sy yg berhenti masa kadet sbb xtahan msa training. Rugi masa & tenaga

      Delete
  22. Kalau nk jd pegawai kadet wajib masuk asasi kn..tk diberi kelonggaran ke kalau kuota pegawai Kadet masih belum Cukup...spm sy yg lain semue A, Cume math C& BI tk kredit..pada pendapat sis,patut ke sy repeat spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul masuk dari asasi. Boleh cuba nasib utk apply, kalau dipanggil utk fizikal test tu pun dah ok. Repeat SPM macam buang masa. Mungkin boleh try masuk Kolej tentera, KTU, KTL @ KTD. Ataupun sambung matrik

      Delete
    2. Ouh.. Sbb Sy memang minat pilot pejuang tp tuh lh kene jd pegawai kadet dulu...maybe tkdek rezeki kt situh..huhu

      Delete
    3. Ouh.. Sbb Sy memang minat pilot pejuang tp tuh lh kene jd pegawai kadet dulu...maybe tkdek rezeki kt situh..huhu

      Delete
  23. assalamualaikum kakk, sya berminat untuk masuk upnm nih.. klauu mau jdi kadet, mcm mna ye ?? i mean, tidak mau jadi pelajar awam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kne apply lepas spm. masuk asasi. Boleh tgk kt website upnm minimum requirement yg diperlukan dan kena lepas interview & ujian fizikal.

      Delete
    2. jdi, mcm sya nih.. lepasan stpm bhaa.. jdi, peluang utk menjadi pegawai kadet ni mmg ndada la kan ?? klauu sya mau apply juga jdii pegawai kadet ?? boleh ka ?? pakaii jakkk sijil stpm :")

      Delete
    3. sama satu soalan lagii.. akakkk tauu ka pasal KAGAT ? sbb sya ada buat research.. terjumpa KAGAT nih.. so, soalan sya nih.. klauu mauu apply KAGAT nih, ada syarat kelayakan dan mcm mna mauu apply ??

      Delete
    4. ada lagi soalan.. kalauu ambil degree, dpt kena serap pergi askar kaaaa ??? dan pelajar awam ni senang ka dpt pekerjaan bila dah graduate ??? sbb sya ada buat research kan.. lagi syiokk jdii pelajar kadet.. semua kena tanggung berbanding palapes sama pelajar awam.. klau pelajar kadet smua kena tanggung sendiri plus dapat elaun.. dan terus dpt kerja lepas grad..

      Delete
    5. ada lagi soalan kak.. klauu kos pengurusan pertahanan dan keselamatan bhaa.. apa apa yg kena belajarr ???

      Delete
    6. Klu STPM peluang mcm tipis utk jadi kadet. Jadi pelajar awam pon ok wajib join Palapes. Pelajar awam ramai dah yang berjaya bila grad dari upnm. Ramai batch sy yang dah jadi executive, manager, kerja di oil & gas, lecturer, engineer, PTD, Polis, Kastam, Immigresen, Maritim, buat business dlln. Kagat tu bila dah habis blaja boleh la apply masuk askar masuk unit Kagat. Lepas habis blaja boleh juga kalau nak apply jadi graduate officer.. Kos Pengurusan sama jer mcm universiti lain cuma wajib ambil subjek pertahanan macam military subject. Semua course kat upnm memang ada subjek pertahanan

      Delete
  24. Assalammualaikum kak kalau ad parut bole masuk x upnm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sy tak pasti. Bergantung kepada pegawai yg check masa ujian fizikal nanti

      Delete
  25. Maaf menganggu ka. Saya lepasan stpm, kalau nak ambil pegawai kadet nie mesti dari spm dulu ke kak , i mean asasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Kalau masuk dari STPM boleh juga tp itupun kalau dia ada buka quota utk kadet. Jadi pelajar awam pon ok je dik, boleh masuk palapes.. Training sama je macam kadet

      Delete
  26. Assalamualaikum kak..saya berminat sangat nk masuk upnm tapi gred. stpm saya tetap2 dengan course yg saya ambil.. Pada pendapat akak upnm ni saya patut buat pilihan yang ke berape mase isi upu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib kena letak pilihan pertama & kedua. Kalau tak memang tak akan dapat.

      Delete
  27. pointer kalau 3.0 lepas tak nak masuk upnm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah boleh kalau lepas interview & fitness test

      Delete
  28. Assalamualaikum kak. Nak tanya...sy dpt temuduga asasi upnm bln 4 ni sy mmg jls2 x dpt kadet sbb x menepati kriteria mcm tinggi n bkaca mata. Jika sy nak temuduga as pljr awam..adakah ketinggian n berkaca mata tu diambil kira juga? Ada ke pljr awam yg bkaca mata terpilih masuk upnm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya semua tu memang diambil kira. Tapi kalau sbg pelajar awam ok jer.. Sama macam student universiti lain dan tidak terikat untuk join latihan tentera

      Delete
  29. Assalamualaikum. Nak tnya larian untuk asasi kejuruteraan brpe KM dan anggaran masa tu brpe lama ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya kena lari 2.4km kurang dari 15 minit. Cuba tengok kat website UPNM untuk syarat-syarat kelayakan dia.

      Delete
  30. assalamualaikum kak.sy nak tanye.agaknya berapa ketinggian yg diperlukan kalau nak daftar sbgai pegawai kadet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk kat website UPNM untuk syarat-syarat kelayakan dia. Tapi selalu utk masuk tentera ketinggian minimum lelaki 1.62cm wanita 1.57cm

      Delete
  31. Assalamualaikum, saya nak tanya masa interview (lepasan spm) kalau nak jadi pelajar awam sahaja, macam mana ya? saya dapat asasi pengurusan dan strategi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagitau masa interview tu nanti dengan panel

      Delete
  32. Slm ... aunty nak tya ni kalau pakai cermin mata lps tak iv nnt dan kena pakai ke tidak semasa iv nnt pada 20/4 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dia akan tengok tahap mana rabun tu. Masa interview tu nanti pakai je.

      Delete
  33. A.salam..nk tnya dh kalau sy tk lepas dpt kos asasi..so sy amik kos diploma msih bleh join pegawai kadet lagi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kalau lepasan diploma tiada ambilan untuk pegawai kadet. Memang kadet kena masuk dari asasi shj.

      Delete
  34. Satu lgi bleh ke lepasan spm join KTU ( Kolej tentera Udara ) tnpa bljr kt upnm...terus bljar sane ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kolej tentera adalah untuk lepasan SPM yang berminat untuk jadi kadet tentera dan akan sambung pengajian ke peringkat Diploma. UPNM pula untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

      Delete
  35. Assalammualaikum, nak tanya wktu temu duga tu nk bawa apa? Saya lepasan spm dpt asasi kejuteraan dan teknologi

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum. Pelajar KV boleh ke apply UPNM?

    ReplyDelete
  37. Kak nak tanya...aliran asasi sahaja ke yang ada temuduga? Kalau yang diploma kira pelajar awam kan? Jadi akan ada temu duga ke atau tak ye? Maaf ayat saya agak berbelit­čśé

    ReplyDelete
  38. Slm ... nak nnt lps check up tinggi bmi dan mata kalau salah 1 ni tak lps trs blk atau kena ada ujian fizikal dulu baru tahu berjaya utk peringkat seterusnya atau tudak

    ReplyDelete
  39. Slm .... saya nak tya lps check up tinggi bmi dan mata kalau salah 1 tak berjaya kena trs blk atau ada ujian fizikal dula baru tahu kita berjaya atau tidak ke peringkat setrsnya .

    ReplyDelete
  40. Salam sis, kalau dpt Lulus temuduga pelajar asasi upnm otomatik dpt Ke pegawai kadet ataupun ada kemungkinan akan jadi pelajar awam di UPNM ...

    ReplyDelete
  41. Rata2 yang pergi interview UPNM pada 20/4- 23/4 dah selesai kan...tahniah pada yang berjaya lepas saringan kesihatan .

    ReplyDelete
  42. Akak sya dpt asasi kejuteraan tp klau nanti degree sya xnk jdi pgawai kadet blh ke? Pastu upnm nih tough tak? Sya dh biasa kawad nih tp tough sngat ke

    ReplyDelete
  43. Salam
    Sy telah berjaya mengikuti program asasi kejuteraan dan melapor pd 17/6/2019..masa sy iv,saya ada bg tau nak masuk kadet.tetapi skrg sy x pasti samada sy ni awam atau kadet kerana tiada di jelaskan didalam borang tawaran.so adakah chances sy utk menjadi kadet tinggi?

    ReplyDelete
  44. Assalammualaikum kak saya nak tanya macammana nak masuk kadet kalau saya dri aliran matriks emmm boleh ke

    ReplyDelete
  45. Salam kak saya nak tanya saya dapat kos ijazah pengangkutan dan logistik maritim sebagai pelajar awam...saya nak tanya iv tu dia masih tgk bmi jgk ke? Kalau bmi lebih mmg tak lepas eyh?

    ReplyDelete
  46. Orang lembut ada masuk ke UPNM tu tpi dis tak pondan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembut bole tapi hati kena kental, mental kena kuat jangan koyak..

      Delete
  47. Bole akak Tau...asrama pelajar upnm dorm atau bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa zaman saya 12 tahun dulu duduk dalam dorm. Sekarang dah banyak bangunan baru dorang duduk bilik. 1 bilik 4 oang

      Delete
  48. Assalamualaikum, saya nak tanya, akak dulu as pelajar awam nk masuk upnm kn kene iv..iv dia dlm bahasa inggeris or melayu? Boleh ceritakn sikit pengalaman iv akak? Lagi satu, course pengajian strategi tu mcm mana ye?tahu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview campur english & bm. Lebih kepada kenapa nak pilih belajar dekat upnm drpd universiti yg lain. Kena bagi point2 yang kukuh & mantap. Kena tunjukkan minat yang mendalam kepada upnm. Psl pengajian strategi tu lebih kepada taktikal untuk perang. Sapa yang kerja dalam bidang tentera boleh relate. cuba baca kat sini utk lebih pemahaman http://zp44.blogspot.com/

      Delete
  49. salam.. sy lepasan SPM 2019, kelulusan sy alhamdulillah layak utk apply asasi UPNM. sy nak tnya, adakah ketinggian akan jd faktor terpenting utk apply kadet? atau mungkin blh dpt tolak ansur sikit sbb tggi sy 156cm je tp zaman sek sy mmg aktif dgn unit berunifom dan sy berpangkat Koperal utk Kadet Bomba Negeri Selangor. Sy ada berbagai sijil berkaitan n sy penerima anugerah Tokoh Kokurikulum sekolah sy. sy mmg minat sgt2 nk apply kadet di UPNM ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul ketinggian antara faktor yg penting. Tp dia akan tgk juga yang lain2 seperti fitness & kokurikulum. Masa interview awak kena bgtau semua tu yg awak aktif mase sekolah dlln. Jika rezeki tak kemana inshaallah boleh jer.

      Delete
  50. Slm..kak saya nk tanya nie..kalau saya ambil jurusan diploma kat upnm...kalau habis belajar kat diploma jer boleh jadi pegawai tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengenai diploma sy tak pasti sebab masa sy dlu xde jurusan diploma. Mungkin boleh tengok di website UPNM untuk info yang lebih lanjut

      Delete
  51. salam kak, nak tanya... sy teringin nk masuk upnm dlm diploma dan akak ada sebut klau jadi pelajar awam
    wajib masuk palapes. berdasarkan apa yg sy baca palapes ni untuk pelajar2 degree dari univerisiti2. dieorg grad je degree ada perbarisan tamat latihan tu. sy nk tanya yg mcm pelajar diploma upnm ni mcm mana pulak? dieorg perbarisan tu masa tamat diploma kem? atau tamat degree bersama2 dgn palapes2 dari universiti lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul palapes untuk degree shj & perbarisan tamat latihan akan gabung dgn semua universiti awam 1 malaysia. untuk diploma di upnm sy tak pasti kerana masa saya dlu xde lg jurusan diploma. Tp klu di IPTA or IPTS lain untuk jurusan diploma dorg ada askar wataniah.

      Delete
  52. Assalamualaikum kak,saya lepasan spm 2019 saya nk tanya interview bagi pelajar awam macamana ye dan pelajar awam dia tgk bmi kte jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview dia sama jer macam penambilan kadet. Ye dia akan tgk bmi semua dan fitness test

      Delete
  53. asslm kak saye nak tanye training PALAPES ok lagi dari training kadet ke? dan satu lagi kalau nak join sukan menembak kat upnm macam mane? sebab saye ada penglibatan sukan menembak kat sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Training Palapes lebih kurang sama jer macam training kadet. Cuma kadet training dia lebih ketat. Setiap hari kena rollcall dan sebagainya. Training Palapes pula pada hari sabtu & ahad. Untuk join sukan sukan menembak tu sy tak pasti macam mana.

      Delete
  54. Salam and hi, saya nak tanya soalan. kalau macam saya Pelajar Awam and ambil course Sarjana Muda Kepolisan, Keselamatan Global and Perisikan tu boleh ke habis je saya belajar apply untuk Pengawai Polis? and kalau pelajar awam kalau nak terus serap berkerja dalam ATM boleh ke? and macam mana? tu sahaja soalan saya. Thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jadi polis, boleh apply di SPA. Course awak memang sangat sesuai untuk jadi pegawai polis. Tapi tertakluk juga dengan syarat pengambilan di SPA. Boleh rujuk laman web SPA untuk maklumat lanjut. Untuk pelajar awam yang ingin jadi pegawai tentera pun boleh apply kadet graduan ATM melalui online. Kena lepas ujian temuduga & fitness test.

      Delete
  55. bleh sy tnya
    asasi perubatan upnm asasi trtutup ke asasi trbuka
    i mean klau ambik asasi prubatan pstu bleh ke smbung ijazah di universiti lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kerana masa saya dulu tiada asasi medik. Mungkin boleh rujuk di website UPNM

      Delete
  56. BERAPA TINGGI NAK MASUK UPNM NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk syarat kelayakan di website UPNM. Tapi ketinggian biasanya sama macam pengambilan tentera ATM.

      Delete
  57. assalam akak,saya nak tanya kalau masuk upnm memang jarang ke boleh balik bermalam di rumah waktu hujung minggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sebab setiap hujung minggu akan ada training palapes. Jarang la dapat balik rumah

      Delete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Hi cik adik.. Akak nk tnya, upnm ni ada tawar tuk pengajian jarak jauh x?? Or separuh masa mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Utk pengajian sarjana & PHD. Utk asasi & degree sepenuh masa. Akak boleh rujuk di Portal UPNM

      http://www.upnm.edu.my/mobile/index.php?req=104

      Delete
  60. hi kak maaf bertanya,
    besar tak peluang pekerjaan untuk pelajar awam? memandangkan pelajar awam tiada jaminan kerja seperti pelajar kadet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah rezeki kerja ada di mana2 ada. Cuma perlu usaha & jgn putus asa. Tapi kebanyakan nya memang budak awam masa batch saya ramai yang dah berjaya & kerja hebat2 dalam bidang swasta & juga awam.

      Delete
  61. salam, nak tanya.. Kalau jadi pelajar kadet, lepas degree automatik dapat masuk askar kan? contract terikat dengan university tu berapa tahun ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul kalau kadet terus jadi askar. Terikat dengan Angkatan Tentera Malaysia. University hanya tempat belajar. Boleh rujuk di sini tengok bila tempoh persaraan bagi anggota ATM.

      http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/kerjaya/ringkasan-kerjaya-pegawai

      Delete
  62. salam, nak tanya. kalau amik asasi pengurusan dan strategi di upnm, boleh sambung degree ke ipta lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti sebab kos di upnm agak berlainan dari universiti lain kerana perlu ambil beberapa Military subjek. Tapi bagi saya satu kerugian jika dah dapat masuk asasi tapi kemudian bertukar ke ipta lain untuk sambung degree.

      Delete
  63. Salam dik. Akak nak tanya sikit. Anak akak dpt tawaran belajar di upnm peringkat degree (awam). Kerisauan melanda akak sebab baca pengalaman belajar di upnm ni. Maklumlah upnm x mcm ipta yg lain. Undang2nya ketat sikit. Ikut ketenteraan juga walaupun sebagai awam :

    1. Course yg dia dpt ialah bachelor of computer science (honours). Susah ke?
    2. Sekarang ni tinggal di dorm atau bilik. Kalau bilik tu berapa org ya?
    3. Boleh pakai kemeja yg ada atau ada kemeja yg khas utk kelas dan outing?
    4. If sis ada nasihat tambahan yg lain, boleh juga kongsi dgn akak.

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Course computer science tu sy x pasti sebab sy dlu kos management. Tp mengikut rakan 1 batch kos dia mmg agak rumit sbb belajar mengenai sistem2 coding computer. Tp klu dia minat insyaallah boleh habiskan dgn cemerlang yg penting kena usaha sungguh2, jgn give up, slalu buat study group, rajin jumpa lecturer.
      2. Sy rasa sekarang dorang tinggal di bilik sbb dh byk bangunan bru. Selalu 1 bilik 4 org.
      3. Slalu pakai kemeja biasa jer kalau pergi kelas hari2. Kemeja yang khas maybe time outing jer tp tu kalau kadet. Kalau awam pakai bebas jer kalau outing. Klu sekarang sy xpasti sebab ni masa sy study 10 tahun dulu.
      4. Kne blaja bersungguh2. Mental jgn koyak sebab university ni xmcm yg lain2 sebab yg paling utama kena jaga disiplin. Kena ikut peraturan. Tak boleh keluar sesuka hati sebab dalam kem askar kan. Wajib kena ambil military subjek so dorg ade extra knowledge bila dh graduate nt. All the best utk anak akak ye.

      Delete
    2. lupa nak bagitahu ya maam saya ditawarkan ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia di upnm....

      Delete
  64. Selamat pagi Maam, Saya lepasan asasi pengurusan upnm (awam) 19/20 baru-baru ini dan saya bersyukur saya ditawarkan ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia. Maam saya sebenarnya berminat untuk menjadi PTD@Pegawai Tadbir dan Diplomatik, saya ingin bertanya kepada Maam berdasarkan pengalaman Maam sendiri apakah peluang saya untuk menjadi PTD selepas saya tamat dalam bidang pengajian saya. Terima kasih Maam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dh dpt tawaran utk degree.. Tahniah dik. Berdasarkan pengalaman saya dh beberapa kali jawab exam PTD. Insyaallah peluang tu memang ada cuma persaingan utk jawatan PTD tu mmg sgt2 sengit. Kena jadi yang the best antara semua calon. Kena betul2 all out sebab dia ada byk peringkat bermula dari exam online, assesment, fitness test & interview. Kena banyak membaca, kuasai ilmu pengetahuan am dan sejarah. Insyaallah klu dah memang rezeki boleh dapat. Ramai juga batch sy & batch yg seterusnya yg dapat jadi PTD.

      Delete
    2. Terima kasih banyak2 Maam. Ohhh okok saya faham Maam, terima kasih atas nasihat daripada Maam serta pengalaman yang Maam ceritakan. Saya akan berusaha untuk mencapai keputusan yang baik untuk degree nanti dan tauliah sebagai pegawai Palapes and hope for the best kalau2 saya ada rezeki untuk jadi PTD nanti. Semoga Maam sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera :-)

      Delete
  65. saya nak tnyaa, saya nak apply upnm tahun depan tpi klu nak jdi pegawai kadet rsanya tak lepas sbb tkk cukup syarat so mcmna kita nak jdi pelajar awam and how nak tahu kita dipilih utk jdi pljr awam,,btw blh tak klu sya tknk masuk asasi tpi terus nk amik program diploma sbg pelajar awam?

    ReplyDelete
  66. mcmna ye pemakaian pljr awam dekat sana? lifestyle pljr awam pun mcm bakal pegawai kadet jugak ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Gunung Berembun & Telapak Burok

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Bukit Gasing 2.0

Bukit Botak

Hiking Gunung Datuk!

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Gunung Besar Hantu, N9