Melati hill



Assalamualaikum



Baru-baru ni aku pulang ke KL atas urusan kerja. Dah alang-alang tu, gian la nak pergi hiking! hahaaa... Tanya adik aku yang sekarang ni kemain sakan pergi hiking pagi petang siang malam! Fuhhhh... Ade jer geng-geng dia hajak ke situ sini. Aku pun join je la memandangkan dorang nak ke Melati Hill. Aku pun baru tau pasal bukit Melati ni. hehee


Lokasinya terletak di Desa Melati, Nilai Negeri Sembilan. Boleh la buka google map atau waze. Ikut je jalan Persiaran Golf, kemudian belok kiri. Akan nampak banyak kenderaan parking di tepi jalan. Situlah lokasinya. Ada tokong Buddha. Masa sampai tu ada jer lampu, lepas tu dia tutup pula. Memang gelap gelita skit kawasan tu. Nasib baik ada budak ni rumah dia memang area sini. Dia dah biasa naik bukit ni, so dia yang guide kami 13 orang ni.



Permulaan mendaki memang pacak jer dia bagi! Tapi kejap je dah sampai kat atas bukit yang pertama. Dalam 10 minit juga layan pacak! Agak semput juga aku, lagi-lagi hiking waktu malam. Aku ni dah la rabun malam skit! hehee


Cantik view lampu kat atas ni! Tapi kamera aku biasa-biasa je so tak dapat la nak tangkap gambar yang cantik! hahaa


Di Bukit Melati ni, terdapat beberapa bukit iaitu Bukit Lipan, Bukit Monyet, Bukit Cobra dan Bukit Nyamuk. Tracknya pun mudah untuk difahami.




Yang bagusnya kat sini ada banyak signage dan trail yang diorang siap tag kat pokok-pokok. Walaupun first time naik, tak de masalah.


Lepak lu kat puncak sambil minum milo panas!


Lepas tu ada la buat sesi ice breaking sikit. Berkenal-kenalan dengan kawan baru yang rata-rata masih lagi muda remaja. Aku pun ajet la remaja purba! hahaa



Miya & Nadz


No camera please, paparazzi everywhere! hahahhh... Acah retis! :p


Bukit Lipan weh! hehee


Sebelum balik, sesi group photo dulu!


Thanks uolls yang sporting!



Team gadis-gadis Melati! :p


In a nutshell, menarik juga Bukit Melati ni. Kalau ada kesempatan, boleh la repeat naik waktu siang pula so boleh layan view & naik semua puncak yang ada.



Comments

Popular posts from this blog

Asykar Pencen!

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung Besar Hantu, N9

Paintball

YUNNAN, CHINA

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS