Posts

Showing posts from July, 2023

Ada apa di Taif?

Image
Assalamualaikum 24 November 2022, Khamis 5.00am Hari keempat di Mekah kami melawat ke Kota Taif. Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin. Perjalanan  mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota suci Makkah. Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas. Kami singgah di Masjid Abdullah Ibni Abbas berdoa kerana di situ terletaknya makam Abdullah yang merupakan sepupu Rasulullah. Abdullah memilih untuk tinggal di Taif kerana tidak sanggup dengan balasan di Mekah bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Bukan sahaja berbuat kebaikan mendapat pahala 100,000 kali ganda tapi jika berbuat dosa juga, balasannya juga berganda. Nabi Muhammad SAW datang ke Taif untuk tujuan berdakwah tapi kedatangan baginda

Muzium Alamoudi, Makkah

Image
Assalamualaikum 23 November 2022, Rabu 5.00am Hari ketiga di Kota Mekah Harini kami nak melawat ke muzium Alamoudi Ootd dulu kat lobby hotel Acah Naeloferr jap.. hehehh Legasi Raja Arab Saudi Bani Saud.  Dimana-mana memang akan ada 3 gambar potret rasmi kerajaan Saudi ni Putera Mahkota Mohammad bin Salman bin Abdul-Aziz Al Saud aka Perdana Menteri Arab Saudi ,  Abdullah bin Abdulaziz Al Saud , Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud    Hitam itu menawan! Gitteww Nuansa Peradaban Arab Lama di Muzium Al Amoudi, Arab Saudi Dari luar, Muzium Al Amoudi dibina seperti kubu Arab lama dan berwarna coklat seperti kebanyakan bangunan di sini. Khabarnya, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu campuran lumpur, jerami pelepah kurma dan susu persis rumah tradisional Arab masa lalu. Tiket hanya berharga 3 Saudi Riyal, mengunjungi Muzium Al Amoudi sangat berbaloi. Anda bukan sahaja dapat melihat artifak-artifak bersejarah, malah dapat berinteraksi secara langsung dan mempelajari budaya Arab