Muzium Alamoudi, Makkah



Assalamualaikum


23 November 2022, Rabu 5.00am


Hari ketiga di Kota Mekah


Harini kami nak melawat ke muzium Alamoudi


Ootd dulu kat lobby hotel


Acah Naeloferr jap.. hehehh


Legasi Raja Arab Saudi Bani Saud. 
Dimana-mana memang akan ada 3 gambar potret rasmi kerajaan Saudi ni


Putera Mahkota Mohammad bin Salman bin Abdul-Aziz Al Saud aka Perdana Menteri Arab Saudi , 
Abdullah bin Abdulaziz Al Saud , Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud 
 

Hitam itu menawan! Gitteww



Nuansa Peradaban Arab Lama di Muzium Al Amoudi, Arab Saudi


Dari luar, Muzium Al Amoudi dibina seperti kubu Arab lama dan berwarna coklat seperti kebanyakan bangunan di sini. Khabarnya, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu campuran lumpur, jerami pelepah kurma dan susu persis rumah tradisional Arab masa lalu.

Tiket hanya berharga 3 Saudi Riyal, mengunjungi Muzium Al Amoudi sangat berbaloi. Anda bukan sahaja dapat melihat artifak-artifak bersejarah, malah dapat berinteraksi secara langsung dan mempelajari budaya Arab Saudi yang misteri ini di sini.


tempat simpan air diperbuat daripada kulit unta


buai baby zaman dulu2


Dikelolai 100 peratus oleh swasta, muzium ini tidak besar dan hanya berkeluasan 2000 meter persegi lengkap berpagar. Ia dibangunkan oleh seorang usahawan bernama Abu Bakr Al Amoudi pada 1993. Setiap seksyen muzium mempamerkan zaman yang berbeza di Arab Saudi.


Istimewanya, tidak seperti muzium lain, premis ini membenarkan pengunjung menyentuh artifak yang dipamerkan. 


Terdapat replika kedai-kedai mini seperti warung, kedai runcit dan kedai buku yang selalu ada di desa-desa Arab Saudi, boleh anda lawati. 




Berangan cium hajarul aswad. Kat lukisan 3D pon jadi la. hehee. Nak cium hajarul aswad kat kaabah tu orang punyalah ramai bertolak-tolak. Seram plak kalau terhimpit.







kerusi roda



senapang lama dan pedang langka zaman Arab purba.


Sis nak pegang senapang tu untuk bergambar dia x bagi. Lelaki je boleh. uhukkk.. 





Tujuan muzium ini dibina untuk mengenalkan warisan budaya Arab dari pelbagai daerah 


Ada singa kat belakang sis. rawrrr!!


Anda juga boleh mencuba busana dan aksesori tradisional masyarakat Saudi yang disediakan, khusus untuk sesi bergambar kenang-kenangan.


the mummy



Ya Habibti


Eh masuk TV pulak


Markazz



Di bahagian luar muzium, anda dapat melihat pelbagai bentuk dan hiasan dalaman kediaman orang Arab. 






Di penjara janjimu!.. ahakss




Ada juga fosil dinosor!


Sehari kami terpesona melihat artifak bersejarah di muzium pinggir gurun, sempadan Jeddah – Makkah.


Masjid Hudaibiyah merupakan salah satu tempat miqat yang ada di sekitaran Mekah. Letaknya yang berada 22 kilometer di perbatasan Kota Mekah menuju Jeddah, menjadi salah satu lokasi jemaah untuk berniat ihram.

Tempatnya tidak terlalu besar. Tidak seperti tiga tempat miqat lainnya, Bir Ali, Taniem dan Ji'ranah. Namun tetap menjadi pilihan tetamu Allah.


Masih ingatkah anda dengan peristiwa perjanjian antara pihak Muslim Madinah (yang dipimpin Rasulullah SAW) dengan pihak Quraisy Mekah?. Sebagaimana diabadikan dalam Alquran (QS Al Fath ayat 24). Perjanjian itu dilaksanakan di sebuah daerah bernama Hudaibiyah pada bulan Dzulqa'dah 6 Hijriah.


Menilik sejarahnya, perjanjian Hudaibiyah ini terjadi karena kaum Quraisy Mekah melarang kaum Muslim Madinah untuk masuk ke Mekah dalam rangka melaksanakan ibadah haji umrah. Pada akhirnya Nabi Muhammad SAW mengajak kaum Quraisy untuk berbincang hingga mengadakan perjanjian damai.

Rasulullah yang membawa sekitar 1,400 orang rombongan dari Madinah hendak ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Rancangan Rasulullah ini ternyata telah diketahui oleh kaum Quraisy, dan mengirimkan utusan Quraisy untuk mencegah rancangan tersebut.

Rasulullah menegaskan tujuan kedatangannya ke Mekah untuk ibadah haji dan umrah bukan untuk berperang. Namun, pihak Quraisy tidak sepenuhnya percaya dengannya, mereka pun merancang strategi untuk mengekang kedatangan Rasulullah bersama pengikutnya ke Mekah.

Nabi bahkan mengutus Uthman Bin Affan kepada kaum Quraisy untuk melakukan perundingan, namun kandas. Sampai pada akhirnya munculnya desas-desus bahwa Uthman telah dibunuh secara muslihat oleh pihak Quraisy.

Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya merasa gelisah. Untuk menunjukkan rasa solidarity yang kuat dengan saling meletakkan tangannya di atas beberapa pedang yang dibawa untuk keperluan pemotongan binatang kurban. Sumpah setia ini dalam sejarah Islam dikenal dengan nama Bai'ah Ridwan, iaitu untuk menuntut bela atas kematian Uthman.

Bai'ah Ridwan ini pun sampai ke pihak Quraisy dan menggetarkan hati mereka. Mereka segera mengadakan sidang darurat untuk mencari cara menghadapi ancaman kaum Muslimin. Kaum Quraisy kemudian gentar dan mengalami kejatuhan mental kerana masih trauma dengan kekalahan mereka pada Perang Badar.

Usman bin Affan pun akhirnya kembali kepada pihak Muslimin Madinah. Sementara pihak Quraisy akhirnya mengirimkan utusannya untuk melaksanakan perundingan dengan Muslim Madinah untuk menghindari perselisihan. Dari pihak Quraisy Mekah diwakili oleh Suhail Ibnu Umar dan kaum Muslimin diwakili oleh Nabi Muhammad SAW. 

Perundingan itu menghasilkan Perjanjian Hudaibiyah.
Pada asasnya, mereka sepakat untuk melakukan gencatan senjata antara Mekah dengan Madinah selama 10 tahun. 

Mereka boleh tinggal selama 3 hari dengan syarat hanya membawa pedang dalam sarungnya (maksudnya membawa pedang hanya untuk berjaga-jaga, bukan digunakan untuk menyerang). Selama 3 hari itu, kaum Quraisy Mekah akan keluar Mekah.

Perjanjian Hudaibiyah ini membuat sebahagian kaum Muslimin Madinah kecewa kerana isinya sangat merugikan pihak muslim. Tapi Rasulullah, melihat Perjanjian Hudaibiyah ini sesungguhnya akan membawa kemenangan nyata bagi kaum Muslimin.

Rasulullah yang sudah memahami karakter orang-orang Mekah kala itu, yakin bahwa kaum Quraisy Mekkah akan melanggar perjanjian tersebut sebelum selesai 10 tahun. Benar saja, belum genap 10 tahun, orang-orang Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah, sehingga perjanjian ini menjadi permulaan penaklukan semula kota Mekah.


Balik dari ziarah kami terus melalukan umrah kedua.


Rasa lapar pulak. Kami pergi ke tower clock untuk cari makan



Kat sini ada restoran makanan melayu. Rindu nak makan nasi lemak. hehee







sunset


Malam tu ada majlis tahlil sambil berbumbungkan langit dan disinari cahaya rembulan.


Sejuk pula suasana hening malam di padang pasirrr




Makan nasi arab beramai-ramai dengan ahli jemaah


Alhamdulillah kenyang betul




To be continued....


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS