Ada apa di Taif?


Assalamualaikum


24 November 2022, Khamis 5.00am


Hari keempat di Mekah kami melawat ke Kota Taif.

Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota suci Makkah.

Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas.


Kami singgah di Masjid Abdullah Ibni Abbas berdoa kerana di situ terletaknya makam Abdullah yang merupakan sepupu Rasulullah. Abdullah memilih untuk tinggal di Taif kerana tidak sanggup dengan balasan di Mekah bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Bukan sahaja berbuat kebaikan mendapat pahala 100,000 kali ganda tapi jika berbuat dosa juga, balasannya juga berganda.

Nabi Muhammad SAW datang ke Taif untuk tujuan berdakwah tapi kedatangan baginda telah mendapat tentangan hebat dari Bani Thaqif. Abu Suffian dari orang Mekah telah terlebih dahulu datang ke Taif dan memburuk burukkan baginda kepada orang Taif.

Orang Taif telah menolak sehingga baginda dan Saidina Zaid dikejar dan dibaling dengan batu, kayu dan tulang. Baginda dan Saidina Zaid cedera sehingga berdarah. Masjid ini tempat baginda berlindung ketika dikejar Bani Thaqif dan masjid ini diberi nama Masjid Siku kerana terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda di sini.


Kehadiran Rasulullah di Taif yang disambut dengan kebencian para penduduk Taif rupanya dilihat oleh dua orang anak Rabi'ah iaitu Utbah dan Syaibah. Kedua anak itu menaruh hiba atas apa yang dialami Rasulullah dan memanggil seorang hambanya yang bernama Addas memerintahkan supaya mengambil setandan anggur dan memberikan kepada Rasulullah. Addas pun mematuhi perintah majikannya, dengan segera mengambil anggur dan menghidangkan pada Rasulullah

Rasulullah pun mengambil anggur tersebut sambil mengucap lafaz basmalah sebelum makan anggur tersebut. Addas pun terkejut mendengar lafaz yang diucapkan oleh Rasulullah. Addas mengatakan lafaz tersebut belum pernah diucapkan oleh penduduk Taif.

Rasulullah pun menjawab dengan menanyakan Addas dari mana asalnya dan agamanya. Addas pun menjawab bahawa agamanya Nasrani dan ia berasal dari Ninawa. Rasulullah pun berkata bahawa ternyata Addas berasal dari negeri seorang lelaki soleh bernama Yunus bin Matta. Addas pun terkejut dan bertanya kepada Rasulullah apa yang diketahui Rasulullah tentang Yunus bin Matta.

Rasulullah pun menjelaskan bahawa Yunus bin Matta adalah seorang nabi sebagaimana baginda. Mendengar penjelasan Rasulullah itu, lantas Addas menundukkan tubuhnya dan mencium kepala, kedua tangan, dan kedua kaki Rasulullah.

Sementara melihat apa yang dilakukan Addas, salah satu majikannya mengatakan bahwa Addas telah rosak akalnya. Kedua majikannya itu pun mencaci Addas karena mencium tangan Rasulullah. "Tak ada sesuatu pun di muka bumi yang lebih baik dari pada orang itu. Dia telah memberitahu aku tentang sesuatu yang hanya diketahui oleh seorang nabi," kata Addas. Addas pun mendapat hidayah di tengah tengah penduduk Taif yang membenci dan mengusir kedatangan nabi.


Sempat kami solat sunat disini


Ramai yang tanya apa yang menarik di Taif? 

Selain buah-buahan dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Dakwah Rasulullah di Taif bermula setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy.

Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani Zaid Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif yang berjarak tidak sampai 100 km dari kota Makkah.


Mak & mak cik


Adik & sis kami terpisah dengan mak & mak cik yang naik bas lain. 
Sepanjang perjalanan kami, mutawif cerita kan sirah nabi yang berdakwah ke Taif. Sebak betul rasa sebab nabi cedera teruk akibat dibaling batu oleh penduduk Taif.

Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.

Meski begitu, Rasulullah tetap menaruh belas kasihan dan berharap ada salah seorang di antara orang-orang Taif itu yang beriman kepada Allah. Atas sebab itu, Rasulullah menolak tawaran malaikat Jibril yang siap untuk menimpakan gunung pada penduduk Taif yang telah menyakiti Rasulullah.





Kami tak berpeluang ke pasar buah kerana cuaca tak mengizinkan. Lepas dari sini memang hujan lebat betul. Sampai menggigil kami kesejukan



Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi di mana di sinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh dengan segar. Mungkin ianya juga faktor cuaca di Taif yang lebih sejuk. 


Pelbagai cenderamata yang boleh dibeli disekitar sini








Sejuk kat sini sampai menggigit tulang ohoiii! 

Nasib baik sis bawak windbreaker





Kedudukan Taif kira-kira 60-80 kilometer dari tenggara Mekah. Oleh kerana terletak ketinggian 1879 meter dari aras laut di Banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan Al-Hada. 

Kawasan ini selalu dituruni hujan dan mempunyai iklim dingin sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan dengan suhu 26-32 celsius dan pada musim sejuk adalah suhu 4-6 celsius.






Rasanya ni la original kunafa yng paling sedap aku pernah makan. Memang fresh from the oven baru lepas masak panas lagi. Memang tak cukup 1 kena order lagi!


Kunafa dia rasa creamy dan tak terlalu manis. 
Ermm rindunya nak makan kunafa lagi



Lunch kita makan nasi Mandy ayam







Terdapat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat di sini untuk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Itulah sebab di sini terkenal dengan kawasan pemprosesan minyak wangi ros pink.








Sempat la beli sebotol. Nasib baik lepas bawak balik ke Malaysia 






To be continued....

Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS