Movie yang best boleh layan masa PKP
Assalamualaikum Wassap gaiss! Macam dah lama blog ni terbiar sepi! Hahaaa.. Now tengah musim kuarantin kat rumah ni la baru sempat nak update. Disebabkan ada masa terluang ni, boleh la sis marathon tengok movie yang dah lama sis nak tengok. Jom layan.... Contagion adalah filem thriller medik yang bercerita tentang virus yang berasal dari China yang dibawa oleh seorang bussinesswomen (Gwyneth Paltrow) yang kemudian pulang ke Amerika Syarikat. Pada tahun filem ini dikeluarkan iaitu tahun 2011, ia digarap kepada wabak SARS. Tapi filem ni seolah perkara yang terjadi kepada dunia harini dengan Wabak Coronavirus, Covid19 yang berasal dari najis kelawar. “Contagion” juga cuba membawa perspektif tentang usaha di belakang tabir penciptaan vaksin yang perlu dilakukan, serta yang lebih penting kajian tentang perubahan manusia yang akan berlaku, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak dan tertekan. Rating : 8.5/10 Sebuah filem Korea Selatan ya...