Episod 2 : Perjalanan ke Desa Kersik Tuo, Jambi
Assalamualaikum 14 Ogos 2017, Isnin 9.00am Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Waktu di Padang adalah lewat sejam dari Malaysia. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Sebabnya semua dok mengeroh terok (Zzzzz) dalam flight! hahaaa Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatra Barat di Pulau Sumatra, Indonesia. Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ni mula beroperasi sejak Julai 2005. Apa khabar orang minangkabau? Bila nak masuk meminang? eh ehhh Adiak suko jo uda! (bahasa minang) Sesampai je di airport, kami disambut mesra oleh tour guide. Ok kami pun bersemangatlah nak menuju ke destinasi kami iaitu ke Desa Kersik Tuo, Jambi. Dah berbual-bual dan beramah mesra dengan tour guide tu, sekali dia pon tanya ini group artis da...