Episod 2 : Perjalanan ke Desa Kersik Tuo, Jambi
Assalamualaikum
14 Ogos 2017, Isnin 9.00am
Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Waktu di Padang adalah lewat sejam dari Malaysia. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Sebabnya semua dok mengeroh terok (Zzzzz) dalam flight! hahaaa
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatra Barat di Pulau Sumatra, Indonesia. Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ni mula beroperasi sejak Julai 2005.
Apa khabar orang minangkabau? Bila nak masuk meminang? eh ehhh |
Adiak suko jo uda! (bahasa minang) |
Sesampai je di airport, kami disambut mesra oleh tour guide. Ok kami pun bersemangatlah nak menuju ke destinasi kami iaitu ke Desa Kersik Tuo, Jambi. Dah berbual-bual dan beramah mesra dengan tour guide tu, sekali dia pon tanya ini group artis dari Malaysia kan? Kami pon terpinga kot-kot ade dalam kalangan kami ni sebenarnya memang artis. Tapi mungkin low profile jer? ehhh aku ke artis tu? krik krik krik....
Tapi rupanya salah orang daaaa... Nasib baik kami tak naik van dorang! Kalau tak kami dah ke lokasi shooting filem ke ape tah! kah3... Rupanya ni tour guide untuk artis yang kami jumpa dalam flight tadi. Ada Arjaa Lee & krew-krew produksi dorang! Aihhh confident ajer korang! Sape yang tegur dulu guide tu! hahaaa
Kau apehal Fara, lek r jangan nangis! hahaa |
Yang kami punya guide & mobilnya pula tah mana perginya? Mereput jugak tunggu kat airport tu bape jam tah! Adehhh... Panas pulak hati kita! Kita dah sampai kemain awal, dia pulak buang masa kita menunggu!
Super excited ni Fizue & Zura! hahaa |
Apa lagi kita foto-foto dulu yuk!
Fatin & Aku |
Line up dari kiri Abam Apiz gogo aka ketua rombongan, Zek Padu berdesup, Wak Sukarno, Fatin cool, Farah Radio rosak, Kak Aimi cute, Nadz in a Nutshell, Roza power, Fizin sweeper paling setia & Zura isteri solehah!
Terbaek semua! hahaa.. Walaupun aku baru je kenal & first time jumpa, tapi semua perangai giler2! kah3...
Akhirnya setelah lama menunggu, mobil kami pun tiba. Kami naik 2 mobil asing-asing pria dan wanita. Semasa perjalanan, mobil prianya meragam! Mati secara tiba-tiba! Waduh-waduh, baru start perjalanan udah bikin ribut! Jadinya sang pria yang gagah perkasa terpaksa menolak mobilnya! Tapi prianya kelihatan tenang-tenang aja. Yang wanita sudah panas hati! Bikin amarah saja itu supir! Aku hanya mampu berdiam sahaja. Sebabnya aku kan follow jer trip nih!
Tak tahulah apa masalah pengurusan guide kami nih! Jauh lagi perjalanan yang kami harus tempuh ni! Bagi melegakan hati yang tengah panas membara, kami pun singgah makan dulu & minum es jeruk yang enak bagi menyejukkan hati! hahaa
Sementara menunggu geng jejantans sampai, kita selfie dulu!
Masyarakat Minang memiliki masakan khas yang popular dengan sebutan masakan Padang yang sangat digemari di Indonesia! Lauknya diletakkan di dalam pinggan-pinggan kecil yang memenuhi segenap ruang meja! Ada juga lauk ikan kerapu bakar sambal!
Jemput makan uolls! |
Sambal ijo yang asli & super enak! Only in Padang!
Total makan semua 600,000.00 rupiah! Agak mahal juga sebenarnya. Tapi abam gogo lanje kami guna duit company! hahaa.. Thanks Gogo!
Total makan semua 600,000.00 rupiah! Agak mahal juga sebenarnya. Tapi abam gogo lanje kami guna duit company! hahaa.. Thanks Gogo!
Lepas dah kenyang, mobil pun tak meragam, kami singgah kat kedai outdoor. Menarik barang-barang yang dijual kat sini!
Rambang mata woi! Ermm... backpack aku pun tunggu masa jer nak barai! Awaaa nak backpack baru boleh?? Banyak lagi trip kita nak pergi lepas ni kan? hahaaa
Cuci mata dulu! |
Kedai outdoor dia sebelah-sebelah jer.
Aku pun sempat membeli sandal dengan harga IDR 149,000.00.
Lepas tu, kami pun meneruskan perjalanan. Pergi cari simcard pun macam-macam hal juga! hahaa.. Simcard 8 gig harga IDR 70,000.00. Sepanjang jalan, pak supir pasang lagu tangkap leleh tu. Lagu melayu rock kapak! Ni memang rare! Sekali sekala ada la juga dangdut. Kitaorang pun apa lagi, masuk aje mobil terus lentok! Diulit mimpi nan indah di siang hari! ZZzzzzz.....
Tak tahu la dah berapa jam layan jalan bersimpang siur & corner baring, kami pun sampai kat sini! Nasib gua tak mabuk dalam mobil cuma mabuk cinta je.. eh...
Kami disambut dengan suhu dingin di kawasan pergunungan. Berkabus sejuk bak ang! Sampai bergetar tulang rusukku! Macam kat Cameron Highland pula! hahaa
Dah lenguh sengal dok berjam-jam dalam mobil, haaa tu diaa keluar dah perangai masing-masing! Aksi untuk memanaskan badan! hahaaa
Behind the scene! |
Boleh buat cover album ni! Aku, dia, mereka dan kerinci...... (eh2 macam secocok pula yang dua orang paling kanan tu) |
with kak Aimi yang omey! :) |
Girls only! |
Kebetulan pula tudung dan baju aku lebih kurang sama macam kak Aimi. Macam ada chemistry jer kan! Kuat ni aura bakal kakak ipar ye dak?! hahaaaa (sorry abam gogo, gurau jer! :p)
Kemudian, perjalanan diteruskan lagi. Kami dapat lihat pemandangan yang sangat cantik! Sumatera Barat ni daerah yang kaya dengan danau. Ada lima danau di sini, iaitu Danau Maninjau, Danau Singkarak, Danau Diatas, Danau Dibawah, dan Danau Talang.
Danau yang kami nampak ni adalah Danau Kembar. Danau ni terletak di daerah Solok iaitu di Alahan Panjang.
Kenapa disebut sebagai Danau Kembar? Kerana kedua danau tersebut memiliki luas yang hampir sama (tapi lebih luas Danau Diatas) dan kedudukannya pun sangat dekat. Meskipun bernama danau di atas dan danau di bawah, namun ternyata kedua danau ini terbalik dari namanya. Sebenarnya danau yang lebih tinggi diberi nama Danau Dibawah, begitu pula sebaliknya. Jarak kedua danau ni hanya 300 meter saja, sangat dekat.
Jika kedua danau tersebut dilihat dari atas, maka akan terlihat dua buah danau mirip dengan warna air biru, seakan-akan berpasangan, jadi tak heran jika kedua danau tersebut dijuluki Danau Kembar. Kedalaman dari 2 danau ini berbeza, danau di atas memiliki kedalaman lebih dari 500 meter sedangkan danau di bawah kedalamannya hanya 44 meter.
Danau Kembar berada di dataran tinggi Bukit Barisan sehingga udara di kawasan ini begitu sejuk dengan hamparan pepohonan yang tumbuh di sekelilingnya.
Jika dilihat dari kejauhan, pemandangan Danau Kembar ni sungguh mengagumkan, terlihat hijau dan nyaman. Ini kerana di sekitar Danau Kembar dimanfaatkan oleh penduduk untuk aktiviti bercucuk tanam dan perkebunan.
Muka letih & tingtong dah semua! Tak sampai-sampai lagi homestay nya pakkk! Jauh banget perjalanannya. Udah kebas bontot om!
Om telolet om!
Om telolet om!
Singgah di rumah makan Bungo Permai untuk makan malam.
Gadis semasa! |
Pheww..... hampir 11 jam perjalanan yang penuh berliku, akhirnya sampai juga kami di Kayu Aro, iaitu di kaki gunung Kerinci. Sampai je homestay, kami berkemas untuk aktiviti mendaki esok pagi!
See ya....
11 jam?! Lamanya. But I think you spent a lot of hours on the road sebab berhenti makan and all the issues tu kot? Without issue, must be lesser.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
yup. banyak betul drama dengan pak supir tu. mobil rosak la. kena tolak kereta sume. tu smpi 11 jam
Delete