Assalamualaikum Kerinci!



Assalamualaikum



Baru-baru ni aku telah mendaki ke gunung yang tertinggi di Indonesia! Ha macam tak percaya kan! Aku sendiri pun macam tak percaya yang aku dah menjejakkan kaki di Gunung Tertinggi di Indonesia yang dikenali sebagai Atap Sumatera ni!

Kerinci is calling guys!


Kisahnya begini :

Ada rakan sepergunungan yang contact aku ajak naik gunung ni. Tony (bukan nama sebenar) mesej aku cakap nak naik tak Gunung Kerinci? Aku macam what?? Fuh, Kerinci tu! Tarikh dia sekian2! Ermmmm.... Aku ragu-ragu juga pada waktu tu. Bukan apa, aku dah plan lama dah nak pergi bercuti di Filipina masa tu. Tarikh pergi Gunung Kerinci pula sebulan selepas aku balik trip Filipina. Agak-agak bos boleh approved tak cuti aku? Dah la kalau nak pergi oversea banyak prosedur kene isi borang la ape la. Hahaaa


Aku pon ambil masa lama juga untuk berfikir. Tapi aku macam terkezut juga, apa mimpi si Tony ni nak ajak aku?! Mungkin dia dah buat istikharah kot! Hahaaa... Selama ni aku dok tengok jer dia pergi mana-mana trip tak pernah pun nak ajak aku! Mungkin sebab trip dia memang hardcore kot! :p Selalu pun bila aku ajak join trip aku, pelawaan aku sering ditolak! K fine! Hahaaa.. 


So masa pun berlalu. Aku pun tetiba bagi jawapan aku nak ikut pergi Kerinci tu. Tu pun konon lepas aku balik dari trip mendaki Gunung Rinjani. Aku rasa aku boleh sampai puncak Rinjani, inshaallah puncak Kerinci pun boleh kot! Tapi jenuh gak aku ajak mana-mana member yang ada tapi sorang pun tak nak teman aku! Aku pun bertabahlah. Aku pun bagitau Tony yang aku sorang je yang join. Tapi u kene la bertabah kalau i punya pace slow! Hahaa. Lagi nak naik gunung yang paling tinggi kat Indon! Ok Tony pun bagi la kata-kata semangat yang dia akan sweep aku sampai puncak! Tak lari gunung dikejar! hahaa... Ok aku pun rasa lega sikit kat situ. Tapi kita tengok nanti boleh pakai tak janji-janji manis seorang pendaki nih?? Ermm...


Aku pun start la search & study pasal trek gunung Kerinci. Aku baca kat blog-blog, katanya trek dia hardcore dan lagi susah dari Gunung Rinjani & Semeru! Aku macam OMG! Betul ke keputusan aku nak mendaki gunung ni! Kalau kata nak cancel trip, tiket flight ke Padang pun dah beli! Cuti pon dah apply. Tapi kalau cuti aku bos tak approved pon aku redho jer! Mungkin tiada jodoh antara kita! Hahaaa.. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan! Bos aku pun approved cuti aku. Siap bagitau lagi, lepas ni boleh la bercuti pergi Europe pula! Eh ehh bos ni perli aku ke ape? hahaa... Boleh jer p tour Europe kalau bos nak sponsor! :p kah3 


So lepas balik dari trip Filipina, aku pon konon lah bertekad nak training sebab gunung yang aku nak naik ni bukan biasa-biasa! Ada sebulan je lagi masa. So aku pun pergi la joging kat taman. Mulanya berkobar-kobarlah semangat nak berlari. Tapi tak konsisten sangat. Mungkin tak de moral support dari Tony! Kah3! Geng2 yang lain boleh la training sesama sebab semua duduk kat area KL. Aku jer dok jauh kat sini. Kalau rasa rajin baru pergi joging! So redah je lah di hari kejadian nanti. 


In a Nutshell, here am i!

Puncak Indrapura checked!


Another achievement unlocked!


Puncak Kerinci telah berjaya aku tawan! Yeayhhh!


Untuk kisah selanjutnya, perjalanan berliku ke Desa Kersik Tuo, detik-detik pendakian, tunggu episod akan datang! Hahaa

(btw untuk korang yang menantikan entry trip Filipina harap bersabar ye uolls!)
















































































Comments

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS