Posts

Showing posts from February, 2018

Bukit Besi

Image
Assalamualaikum


Kesinambungan dari urusan balik ke KL, pendakian diteruskan pula ke Bukit Besi! hahaa.. Macam biasa join group hiking dengan geng-geng adik aku lagi. 


Bukit Besi ni terletak hampir dengan shoplot di Alam Damai, Cheras. Perjalanan dari PJ mengambil masa lebih kurang setengah jam. Landmark paling senang nak ke sini ialah Restoran Al-Mashoor dan OCBC Bank. 
Parking je kereta di kawasan sana, dan jalan kaki ke seberang jalan menuju ke lereng bukit. Di situ ada kondominium sedang dalam pembinaan. 

Address ke starting point:

Persiaran Alam Damai, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Line up untuk malam ni ramai juga. Biasa lah masing-masing datang bawa geng. Tak sangka dapat jumpa mami! Kenal masa naik Bukit Batu Gajah & Gunung Kinabalu dulu! hehee


Permulaan pendakian adalah jalan tar dan laluan ke tangki air. Jalan dia memang menaik jer... Rasa macam semput pula! :p Sesampai di penghujung jalan tar, akan bermula jalan masuk ke trail hutan.…

Asykar Pencen!

Image
Assalamualaikum

Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. 




 Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).






MOTO
KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI
(Duty, Honor and Integrity)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur.
Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah Officer Kadet. 

Sejarah 
UPNM pada awalnya adalah Akademi Tentera Malaysia (ATMA) atau Akademi Angkatan Bersenjata …