Posts

Showing posts from September, 2022

The Acre by FARM FRESH @ UPM

Image
Assalamualaikum Terdapat satu lokasi menarik yang baru sahaja dibuka di Seri Kembangan, Selangor iaitu The Acre by Farm Fresh. Untuk pengetahuan anda, tempat ini terletak di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM). Ada apa di The Acre by Farm Fresh?  Di sini, anda boleh meluangkan masa di ladang ataupun kafe dengan pemandangan rumput hijau yang menenangkan. Best juga datang sini sebab ada juga taman bunga yang cantik, tasik, mini zoo dan tempat makan. Kat tepi tu orang ramai tengah beratur panjang nak naik traktor. Waktu operasi The Acre adalah seperti berikut:  Isnin       : Tutup Selasa-Jumaat : 10am-7pm  Sabtu-Ahad      : 10am-10pm Harga tiket Korang akan dipakaikan gelang dekat main entrance ni. Macam masuk taman tema pulak. hehee. Ada juga traktor yang akan bawak korang keliling ladang ni. Tapi ramai gler yang tengah beratur kat luar tu. So sis malas la nak beratur tengah panas tu. Terus jer masuk dalam ni.  Jom tengok apa yang menarik dalam ni. Boleh ambil map di kaunter. So

Kuantan Getaway

Image
Assalamualaikum Apa khabar semua fans nutshell?? gittewww... hahaaa Dah lamanya tak pergi jalan-jalan kan. So harini sis nak bawak korang tengok apa yang menarik kat Kuantan ni. Watak utama semua telah beralih kepada si kecik ni. hahaaa Kami stay di Rumah Rehat Mara Kuantan. Untung orang yang kerja under Mara boleh book rumah Mara kat seluruh Malaysia. Harga pun murah RM50 satu malam. Pheww mana nak dapat?? Hotel bajet pun dah RM70-80 1 malam. Ni dapat homestay 3 bilik siap ade dapur boleh masak-masak lagi. Siap ada Gazebo leh lepak2 kat luar Kami datang waktu pagi ok lagi. Dah start tenghari & petang memang jem gler nak masuk sini lagi-lagi waktu cuti hujung minggu. Lepak kat Teluk Cempedak sambil makan aiskrim. yummeh Alooo meragam plak dia Sedapnya air bluberry yogurt tu.. Teringat pulak Tapau jer beli Mango cake kat Kula Cakes sebab teringin. Manis letingggg...  Ada street art kat lorong belakang dekat Kula Cakes tu Hallu?? Petang tu lepak kat Pantai Gelora kat belakang homesta