The Acre by FARM FRESH @ UPM


Assalamualaikum


Terdapat satu lokasi menarik yang baru sahaja dibuka di Seri Kembangan, Selangor iaitu The Acre by Farm Fresh. Untuk pengetahuan anda, tempat ini terletak di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM).


Ada apa di The Acre by Farm Fresh? 

Di sini, anda boleh meluangkan masa di ladang ataupun kafe dengan pemandangan rumput hijau yang menenangkan. Best juga datang sini sebab ada juga taman bunga yang cantik, tasik, mini zoo dan tempat makan.


Kat tepi tu orang ramai tengah beratur panjang nak naik traktor.


Waktu operasi The Acre adalah seperti berikut: 

Isnin       : Tutup
Selasa-Jumaat : 10am-7pm
 Sabtu-Ahad      : 10am-10pm

Harga tiket

Korang akan dipakaikan gelang dekat main entrance ni. Macam masuk taman tema pulak. hehee. Ada juga traktor yang akan bawak korang keliling ladang ni. Tapi ramai gler yang tengah beratur kat luar tu. So sis malas la nak beratur tengah panas tu. Terus jer masuk dalam ni.

 Jom tengok apa yang menarik dalam ni.



Boleh ambil map di kaunter. So boleh la plan nak ke mana dulu. Nak tengok lembu dulu ke or tengok binatang lain.


Ada arnab



Ayam the sesame street! Saiz dia dua kali ganda dari ayam biasa, besar betul ayam ni. Berbulu lebat sampai ke kaki. Unik betul. hehee



Ikan Laga & Ikan Koi

Di The Acre ini terdapat satu bilik khas di mana mereka mempamerkan ikan laga yang berwarna-warni. Bagi peminat ikan laga, tentu menarik sekali bilik ini. Seperti yang kita tahu, ikan laga tidak boleh berkongsi akuarium, jadi mereka diasingkan setiap satu.

Di pameran ini, anda juga boleh mengenali latar belakang dan cara-cara menjaga ikan laga yang betul. Di ladang ini juga terdapat sebuah kolam ikan koi yang mengandungi ikan-ikan koi pelbagai warna. Duduk bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan kolam ikan ini.


Dah sampai ladang lembu kena sanitize dulu kasut korang celup tapak kasut kat span dia. Untuk jaga kebersihan ladang ni & elak penyakit kat lembu-lembu ni. Masa kat car entrance tadi pun kereta kena celup tayar dulu kasi sanitize. Lalu dekat lopak air sabun. Sis dah rasa macam bawak kereta ford 4x4 redah air sungai plak.. hehehh


Syok dia tengok lembu.. moooooo



Kat sini cuaca agak panas la. Sian dak kecik ni dah berkicap berpeluh! hahaa


Lembu tengah makan rumput



Kedai Aiskrim

Pastikan anda turut singgah ke kedai Aiskrim mereka bernama Cream Hauz. Aiskrim mereka diperbuat dari susu segar mereka tau.


Kemain budak kecik ni makan aiskrim macam tak de hari esok! hahaa


Sedap aiskrim dia lagi2 makan masa tengah panas kat luar tu kasi sejuk tekak! yummehh


Dah dapat kaki dak kecik ni tak terkejar dah sis budak ni dok berlari-lari! 
Semput mak nak! hahaa





Lepak dulu dalam ni sebab ada aircond sejuk. hahaa

say milk!

cantik weh tunnel ni!


Redup skit lalu bawah tunnel pokok ni. Rasa nyaman jer

Feeling macam kat New Zealand plak.. gitteww


Kat tengah ni ade macam kandang yang besar. Semua binatang dia longgok dalam ni. Ada ayam, itik, arnab, burung, rusa. Tengok harmoni jer dorang dok berteduh bawah pokok tu beramai2. hahaa


Kat belakang ni ade taman bunga, kaktus, tumbuhan herba & hidroponik


Kasi can la mama dah lama tak ootd. hahaa



Ada la bunga purple ni jadi props untuk bergambar. hehehh


Kepada anda yang tak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana sekitar Lembah Klang, bolehlah berkunjung ke The Acre by Farm Fresh untuk menikmati pemandangan rumput hijau di ladang sambil menjamu selera di restoran mereka. 

Tapi harga makanan dia agak pricey skit la. Nasi kukus RM15 sebungkus, burger ramly RM15, pizza RM40. Ade juga la makanan ringan yang lain macam nugget, kentang dlln. Kopi pun harga macam kedai hipsturr la.

Acah-acah macam kat Kundasang.
Tapi ni dah tengahari panas terik oiiii! hahaa



Kalau korang nak pengalaman yang lagi best kat ladang lembu, siap boleh perah susu lembu guna tangan, leh pergi kat Thailand. Farm dorang lagi syokk wehh! Banyak bunga-bunga. Paling syok ade ladang bunga matahari! Fuhh lawa terokss! Tapi kena pergi ikut musim dia la. Kalau musim bunga tu dah layu tak syok jugak. hehehh






In a nutshell, kalau korang nak bawa anak jalan-jalan tengok binatang sambil nak OOTD kat ladang boleh la datang sini. Enjoy! Bolehlah nyanyi lagu “Old McDonald Had A Farm” beramai-ramai nanti. hehee





Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS