Gunung Rabong

Assalamualaikum 27-29 Julai 2018 Jumaat, Sabtu & Ahad Ekspedisi Santai Pendakian ke Gunung Rabong selama 2 hari 1 malam ni disertai seramai 26 orang iaitu termasuk gogo yang kacak, Mustaqim aka Takin dan guide yang padu, Amir Kechik. Kami selamat pergi dan balik tanpa sebarang kecederaan serius. Cuma mental la ada cedera sikit sebab pewai & otot kaki tegang seminggu! hahaa Ekspedisi ni dianjurkan oleh group hiking yang tersohor di area Pantai Timur dan juga di Klate iaitu, 'Rentas Buana' Kalau nak join trip dorang boleh usha kat FB : Rentas Buana Gunung Rabong merupakan gunung yang terletak di Gua Musang di negeri Kelantan Darul Naim. Gunung Rabong mempunyai ketinggian 1,538 meter. Gunung ini dinamakan G. Rabong kerana kelihatan umpama rabong (tudung saji) bila dilihat dari Gua Musang, Kelantan. Gunung ini mempunyai dua trail, satu dari Felda Perasu dan satu lagi dari Kg. Air Manis. Trail Kg. Air Manis melalui...