Gunung Rabong



Assalamualaikum



27-29 Julai 2018

Jumaat, Sabtu & Ahad



Ekspedisi Santai Pendakian ke Gunung Rabong selama 2 hari 1 malam ni disertai seramai 26 orang iaitu termasuk gogo yang kacak, Mustaqim aka Takin dan guide yang padu, Amir Kechik. Kami selamat pergi dan balik tanpa sebarang kecederaan serius. Cuma mental la ada cedera sikit sebab pewai & otot kaki tegang seminggu! hahaa


Ekspedisi ni dianjurkan oleh group hiking yang tersohor di area Pantai Timur dan juga di Klate iaitu, 

'Rentas Buana'


Kalau nak join trip dorang boleh usha kat FB : Rentas Buana




Gunung Rabong merupakan gunung yang terletak di Gua Musang di negeri Kelantan Darul Naim. Gunung Rabong mempunyai ketinggian 1,538 meter. Gunung ini dinamakan G. Rabong kerana kelihatan umpama rabong (tudung saji) bila dilihat dari Gua Musang, Kelantan.


Gunung ini mempunyai dua trail, satu dari Felda Perasu dan satu lagi dari Kg. Air Manis. Trail Kg. Air Manis melalui air terjun dan pendaki perlu abseiling. Untuk trip ni kami masuk melalui Felda Perasu.




Aku yang berada di Kota Bharu telah bertolak sehari lebih awal bersama dengan Afiq, Nik dan Syukor. Tempat berkumpul adalah di rumah Amir di Felda Perasu, Gua Musang. Jarak perjalanan kami menuju ke Felda Perasu adalah sejauh 165km iaitu lebih kurang 3 jam dengan pemanduan yang berhemah oleh adik Fiq. 


Kami bermalam di rumah guide, Amir. Family beliau menyambut kedatangan kami dengan begitu mesra sekali. Terasa bagaikan berada di rumah sendiri. Rumah Amir sering kali dijadikan homestay tempat hikers berkumpul setiap kali trip ke Gunung Rabong ni.

With Abe Guide, Amir Kecik

Line up trip ni bukan dari sep-sep kito geng pantai timur je, tapi dari pelbagai tempat. Ada yang datang dari KL, Selangor, Kedah, Ganu, Perak dan yang paling istimewanya ada peserta import dari Nigeria yang bernama Gabriel! 

Kami konon acah speaking english berabuk, skali Gab ni pandai cakap melayu la! hahaa.. Terboekk! 

Gabriel dan Takin

Sebenarnya ni first time aku dengar nama Gunung Rabong. Tu pun masa pergi hiking ke Gua Kambing di Kok Lanas, jumpa dengan Nik. Dia cakap ada buat trip ke Rabong. Aku macam teruja pula dengar cerita Nik pasal gunung ni. 




Aku pun teringin nak join. Aku cuba la search pasal gunung ni, macam mana trek dia, camp site semua. Tapi tak jumpa sangat info pasal gunung Rabong ni. Rare juga gunung ni sebab tak ramai yang pernah naik. So aku pun redah je la. hahaa.. 



So here we go gais!


Peserta yang baru tiba berkumpul di Masjid Perasu untuk solat subuh dan kemudian pembahagian ration untuk pendakian oleh gogo Takin.

iolls ambil yang paling ringan sekali! hahaa


Kemudian kami semua berkumpul dan parking kereta di rumah Amir. 


Selfie dulu!


Aten, Adda, Kak Siti & Aku


Dorang bertiga datang dari KL.


Loading beg dalam 4 wheel dulu

Gerak lu pape roger boh!


Geng retis Beto Khusairy!



Geng ustat padu berdesup!


Kami geng gugurl duduk kat dalam 4x4 ni. Sek jate yang kat luar belakang powil tu memang dah riuh rendah bila kena cros sungai, laluan berlumpur habis merecik tanah kat baju dorang. Tak start hiking lagi dah kotor habis baju! Bertabahlah! hahaaa


Laluan nak ke starting point perlu melalui ladang kelapa sawit dalam 45 minit juga. Lepas tu perlu meredah 3 buah sungai yang agak dalam. Excited & scary juga masa nak cross sungai sebab takut tersangkut kat tengah tu sebab powil ni muatan berat! hahaa

Powil akan turunkan kami di Kem Milo untuk start trekking.

Teruja!


Abe gogo, Takin aka retis Hairul Azreen, tengah bagi sedikit taklimat mengenai trek pendakian yang akan kami lalui.


Bacaan doa diketuai oleh Ustat.


Sop kok lu! Vitamin katanya. Lepas ni memang berdesup perginya! hahaa


Kena cross sungai, nasib baik boleh jalan atas batu. So kasut tak basah.


Angkat sauhhh!


Hiking Log Pendakian hari pertama


28 Julai 2018, Sabtu 8.00 am - 5.00 pm


10.25 - kem milo 200m (powil drop point)
11.08 - cp1 jln balak 
11.51 - lorong tikus 535m
13.45 - kaki kor 734m
14.30 - dari kaki kor
16.06 - kem kor 940mdl
16.03 - permatang 1080 mdpl
16.33 - kem buluh 1140 mdpl
16.38 - helipad 1200mdpl
16.50 - kem taman 1280mdpl

The troops!



Checkpoint 1, jalan balak. Langkah diatur berhati-hati agak kaki tidak tergelincir selain mengelakkan sebarang kecederaan. 


Awal-awal trek ni masih lagi boleh ceria dan bergelak ketawa sebelum kemurungan kejap lagi layan trek pacak dalam hutan! hahaa

With abe gogo, idola gadis-gadis!

Permulaan trek lebih kurang sejam layan trek balak. Walaupun nampak macam santai tapi jalan balak dia licin nak mati sebab permukaan dia batu dan dilitupi daun-daun kering. Kat sini dah start saiko sebab trek dia terbuka, agak panas dan boleh nampak ke tinggian bukit tu secara direct. Kat sini juga aku banyak kali tergelincir dan tergolek! hahaa

Lepas tu dah timbul penyesalan, apehal aku nak join trip nih! Baik aku dok bersantai kat umah tengok tv.. Adehh... Lepas tu dah start pewai sebab bawa beg berat. Berat air je pun! sis ta kuad.. hahaaa.. Yang lain-lain tu dah laju ke depan!  Aku macam biasa geng dengan sweeper, Abe Nik & Fiq.



Lepas tu nasib baik, ada adik Peja yang baek hati nak tukar beg dengan aku. Ringan skit beg dia. Terharu sis tau! Thank dik Peja jadi porter sis! Nanti datang KB sis lanje makan ok! hehee


Take 5 dulu sebelum meneruskan pendakian ke checkpoint 2, lorong tikus.


Abe gogo menceriakan suasana! haha



Memang kena menyelinap macam tikus nak masuk lorong nih! Sebabnya laluan sempit. hahaaa.. Kat sini dah start trek pacak giler-giler!

Adik Peja, my porter yang gagah! hehee

Steady kak siti!
  

Start dari Lorong Tikus dah masuk trek hutan. Masuk trek hutan ni lega la skit sebab tak panas sangat. Tapi trek pendakian Gunung Rabong ini sangat mencabar. Lepas naik, naik, lepas naik, naik.



Dia punya trek mencanak-canak tak de diskaun beb! Lutut bertemu dagu! Memang bersepai sedara! hahaaa

kemon abe helmi!


cendawan

Check point seterusnya Kaki Kor.

Group photo dulu
  
Semat jetak blako sek demo!


Seterusnya Kem Kor. Aku pon dah konpius banyak sangat kor. Tau la gunung ni memang hatkorrrr (hardcore)! hahaa

mimpi gapo tu abe hasrol?? hahaa

Whatsup bro? Hakuna matata! Aku banyak mencelah tanya pasal Gunung Kilimanjaro kat Gab. hahaa


Ni ustak Syah bukan biasa-biasa! Suko nyakat sambil bagi tazkirah sepanjang trekking! hahaa.. Sambil huha-huha ada la sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang bermanfaat.


Eh macam kembar ustak jer.. Doh konpius kawe! hahaa


Lepak dulu berehat. Kata pun trip santai. Banyak betul dia punya rehat! So tak de rushing pun nak kejar timing ke nak sampai cepat ke. Laju-laju nak pi mano terr? hahaa


Lepas dah kenyang makan lunch pack, sempat lena sungguh demo-demo nih! hahaa

dik air liur tu meleleh... hihii

Berehat agak lama kat sini sebab kepenatan mendaki. Penat betol tu kak siti! hihii


Sis cuba bertenang. Tak nak layan sangat pewai tu! Rileks-rileks sudah. hahaa


With Abe Nik, Abam Sweeper yang sweet! Tak boleh dekat-dekat sangat nanti bersemut! hahaa



Sambung semula perjalanan


Layan pacak lagi dan lagi dan lagi


Checkpoint seterusnya Permatang. Rehat lagi kat sini sementara tunggu group yang kat belakang sampai.

Tido lu!


Next, Kem Buluh

Abih cute dah tu Abe Syahmi! hahaa
into the woods!


Next station, Helipad! Kisah mistik tempat ini, dikatakan ada satu lembaga tua yang menjaga dan menghuni disini. Pendaki tidak digalakkan berehat dan bermalam disini kerana dikatakan 'kawasan keras'.

Sampai kat Helipad tak stop dah, terus henjut ke camp site sebab dah dekat sangat ni. 

Mystical forest!


Kem Taman yang terletak pada ketinggian 1,280 meter terkenal dalam kalangan pendaki kerana terdapat punca air dan kami akan bermalam di sini.


Finally, dalam pukul 5.00 petang kami sampai di kem site. Cuaca pun dah start mendung dah ni. Sampai2 letak beg dan terus prepare apa yang patut.


Azuan Rahman aka sprinter Gunung Tahan sedang fokus pasang fly! Abih macho terrr!



Setel setup campsite ingat nak mandi-mandi dulu, sekali hujan turun dengan lebatnya! So mandi hujan je lah nampaknya! hahaaa.. Ingat ke sekejap je hujan, tapi sampai esok paginya..

So malam tu tak banyak aktiviti pon boleh buat. Lepas makan, sembang-sembang bawah fly. Dorang ni seronok menyembang dengan Gab, yela orang Nigeria pandai cakap melayu! heheee.. Jenuh Gab nak melayan pertanyaan dorang! Gab dah 3 tahun duduk kat sini sejak study dan sekarang kerja di Kedah dalam bahagian construction. 

Nice to meet you Gab!

Makan megi bawah fly dalam hujan! Asyikkkk

ni la kawasan setinggan kami! hahaa


Kami ladies tido dalam khemah. Dah macam sardin kami berhimpit dalam ni! Nasib baik semua slim! hahaa.. Malam tu tido dalam keadaan sejuk dan lembab sebab hujan sampai ke pagi!  

Rasa macam dah berenang dalam khemah tu! Sleeping bag pon dah basah lenjun sebab air masuk dalam khemah! Itulah nikmatnye bila masuk hutan. hehe... Tapi ok semuanya selamat tak de yang lemas! ekekekee


Good morning from kemsite! Bangun dengan keadaan cargas. OK dah set mind hari ni nak menuju ke puncak kejayaan! ehh..



Hiking Log Pendakian hari kedua

29 Julai 2018, Ahad 7.30 am - 7.30 pm

Summit puncak

7.30 - start naik
8.45 - sampai puncak
11.15 - start turun dari puncak
12.30  - smpai kem taman, lunch
15.29 - start turun
19.15 - smpi kem milo (powil pickup point)



Ni karang gunung katanya. Bagus untuk merawat sakit batu karang. Untuk pencegahan awal pun molek. Cara penyediaannya dengan membuang kulit oren tu. Dalam dia macam ubi dan rebus isi dia kemudian minum.


Batu dinding ni kene panjat berhati-hati. Kalo jatuh terus masuk gaung belakang tu.


Gayat namatey weh! Sis ni dah la spesies gayat terok bak ang tapi bila nampak kamera, muka kena steady! hahaa

Mantap ustak!


Mossy forrest!


Cantik lumut kat sini. Macam karpet kat padang bola yang empuk!

terbaek boh!

Besar giler periuk kera ni! Lebih besar dari saiz tapak tangan guide kami


Hampir sejam lebih pewai mendaki, akhirnya kami berjaya tiba di puncak Gunung Rabong tepat jam 8.45 pagi disambut dengan view awan karpet yang amat mengancam!


Pendaki boleh lihat Banjaran Gunung Tahan dari Merapoh mahupun dari Kuala Koh dari puncak Rabong ni! 

Awesome gais!


Berada di puncak gunung membolehkan kami menikmati panorama yang begitu menarik dan mengagumkan.



Air kemenangan tanda dah sampai puncak! Walaupun air teh je, tapi bila minum kat puncak gunung, lain machiamm sedapnya! hahaa

Pendekar bujang lapok! hihii


U jump i jump!


Jump higher!


Sampai puncak horay-horay amik gambar layan air teh amik gambar lagi horay-horay lagi. Suasana kat puncak sejuk berangin, banyak pokok bonsai dan periuk kera. 


Fiq aka cameraman yang kuat membebel pasal trek padu sangat! hahaa.. Tak pe Fiq, pelan-pelan kayuh. Tak lari gunung dikejar. :p

Masak breakfast katanya!


Kawasan kat puncak gunung ini kecil je.



Sambil berehat, kami ada sesi ice breaking sikit. Ingat nak buat malam semalam tapi kan hujan lebat. So sambil makan, sempat la berkenal-kenalan antara satu sama lain yang datang dari pelbagai latar belakang.


Barisan menuju ke tangga kejayaan! hahahhh

Why so serious guys??
Say cheese!



Balakku tertinggal di Gunung Rabong! ehhh.. Puncak setinggi 1538m menjadi saksi cinta kami! Aummm.. So sweet! Pray for Aten & Amer! #AA.. 
(jangan marah nanti kena jual) ekekee

Nanti majlis jangan buat kat atas ni ye.. Cukup la skali aku naik trek penyesalan ni. hahaaa



Tq Abe Hasrol bagi pinjam Ipong untuk tangkap gambar! hehehh


Awan 'cotton candy; kat belakang tu! Terboek!

Gua Musang Hikers!


Group photo dulu sebelum turun.

Free style


Team gadis-gadis!


Wakanda forever!

 
Kita penantang impian
Di atas awan kita kan menang
Kita penakluk dunia
Di atas awan kita kan menang!

selfie dulu dengan abe gogo
  



Kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman. Tapi kalau dah terlebih manis nanti kena potong kaki! hahaaa



I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason





Lebih kurang sejam lepak kat atas ni, dah jom turun!


Dah sampai kemsite, kemas-kemas dan pack semula barang-barang.

Geng akak bawang! hahaa

nasib baik tak putus hammock! :p

Abe chef tengah membawang

Gogo & krew-krew tengah prepare makanan dan lunch pack sebelum kami turun semula ke kem milo. Sedap weh abe gogo masak! terbaek! hahaa

Geng Hammock!


Aku kalau panjat gunung time naik ok lagi, tapi kalau time turun ni yang sakit skit. Jari kaki sakit sebab main brek2 time turunkan. Nak turun dah la curam giler trek dia pastu lutut pun rasa longgar dah! Banyak kali juga tergelincir masa turun! Lepas sorang, sorang tergelincir! hahaa.. 

lena diulit mimpi indah nampak! hahaa

Trekking turun ni agak memeritkan sebenarnya. Sebabnya turun tak sampai-sampai! hahaa.. Total jarak pendakian pergi balik lebih kurang 12km.



Ternampak kesan cakaran beruang semasa turun antara kem kor dan kaki kor! Fuhhh seram!

Masih fresh ni! Mujur tak jumpa teddy bear ni depan-depan! Kalau tak, mau tak cukup tanah nak lari! hahaa



Tapak kaki winnie the pooh!




Masa turun ni, hujan turun dengan lebatnya! Dah macam lalu kat air terjun trek dia. Sangat licin!


So group memang dah berpecah. 




Last-last dah penat jalan slow-slow, main sliding jer kat air terjun nih! Syokk wooo! Nasib tak rabak seluar! kah3


Tapi tak boleh lama-lama sangat berhenti sebab banyak pacat kat sini! Berpesta la pacat dok gigit kami ditambah dengan hujan lebat lagi! hahaa


Air sungai pun dah naik sampai ke paras pinggang! Seram juga masa nak cross. Sebab arus deras!




Comeynya Takin! kah3


Last group yang keluar lebih kurang pukul 7.30 malam.


Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik. Trek dia mengimbau betul macam kat Gunung Rajah! Tapi bagi aku, Rabong lebih mencabar sebab dia punya trek sangat pacak dan licin! hahaa




Guide, gogo dan krew yang jaga kami semuanya baik belaka. Tak de push kitorang untuk gerak laju. Yang penting selamat sampai. Thanks pada Fiq, Nik, Azuan Rahman, Sukor, dik Peja, Ustat Syah dan lain-lain yang sudi sweep aku yang pewai bersepai ni! Jasamu dikenang!


Otw balik tu pergi kutip buah durian kat dusun & pesta makan durian! Aku spesies yang tak makan durian, so tengok je la demo2 ni makan. Hantu doyan sume nih! hahaaa


Selamat sampai semula di rumah Amir pada pukul 9.00 malam. Family Amir sempat jamu kami untuk makan malam. Thanks kepada Amir & Family yang sangat baik dan sporting. Thanks juga kepada pihak penganjur, Rentas Buana, Takin, Kak Siti, Adda, Atin, geng Ustat, wan, pa, nik, sukor, abe hilmi, fiq, fifi, awie, alief, gab dan semua yang telah menjayakan pendakian ni.

Kemudian kami bergerak balik ke KB dan selamat sampai di rumah pada pukul 4.30 pagi! Esoknya kena kerja ohoiiii! Last-last tak larat nak bangun pagi pergi kijo amik EL! 

Sorry bos! hahaa


Jom layan video!




In a nutshell, Gunung Rabong 1540 meter checked! Ekspedisi Gunung Rabong ni meninggalkan seribu satu pengalaman menarik yang pasti akan terus segar dalam memori. Sehingga ketemu lagi di lain trip!



Adios!
















Comments

  1. bila nk ontrek lgi ni Nad? Jom Silipat bln October ni..

    -KAK CT (Rabong)

    ReplyDelete
  2. Dua kali da ushar blog ni sblum hiking. Tq for all details information. Bulan 11 time cuti deepavali xde plan nk hiking ke? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde paln pon.. gantung kasut dah dek penangan Rabong yg hatkurr nih.. hahaa

      Delete
    2. Kami nak naik gunung bah gading 3-5 November ni. Nak join ke? Haha 😆😆😆 xcukup 5 orang lagi ni, aiyark

      Delete
  3. Sis..pm no guide gnung rabong...kami plan nk naik lpas raya haji nt.tq..01112985257

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..kalau nak pinjam photo skit dr blog ni boleh??

    ReplyDelete
  5. Tahniah awak dan team..saya ke gunung rabung tahun 97,dah lama dah.kami menapak dari last perkampungan(x ingat nama kampung) hingga ke sungai yg pertama,tdo kat situ.paginya mula menapak ikut jln balak tp tersesat(setelah l/kurang 4jam lebih berjalan) then patah balik nasib baik jumpa jalan.jumpa sekawan gajah depan mata.pkl 9mlm baru sampai ke camp site.alhamdulillah semua selamat sampai puncak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa abam lejen nih! hahaa.. Time tu sy baru darjah 1 ke 2 kot!

      Delete
  6. Seronok gila baca entry ni. Singgah sini pasal Amir kecik suggest tgok hiking log ni dulu kalau nak join trip Rabong. Smlm baca dari phone Amir tapi tak berapa focus. Sebab letih tk hilang lagi turun dari Gunung KOB. Harini baca kt PC office. Tunggu Amir open trip Rabong jer ni. Confirm terus ONZZZ hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca blog picisan ni.. hehee.. hope dpt serba sikit gambaran mcm mana trek dia. Masa sy naik tu mmg main redah jer xtau trek dia hardcore mcm ni sbb jrg org tulis pasal gunung ni.. hehee

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Paintball

BAHASA HIKERS

Gunung Silipat, Betong Thailand

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Alor Setar

Taman Tasik Perdana KL