Riang Ria Raya 2018



Assalamualaikum


Salam Syawal dan Salam Aidiladha 1439H!




Salam perantauan dari Pergunungan Himalaya! 

Teringin juga sebenarnya nak sambut raya di luar negara. Nak merasai pengalaman dan kemeriahan bagaimana umat Islam di seluruh dunia menyambut hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Inshaallah jika ada rezeki dan diberi kesempatan satu hari nanti untuk kerja kat oversea atau sambung belajar!


Ade harapan lagi ke nak jadi Atase di Brussel??


Wish me luck gais!



Raya Oh Yeah - Yuna


Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka-ria
Oh yeah
Raikan hari raya

Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah
Samalah kita nanti

Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi

Chorus
Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya

Cinta di hari raya
Cinta di hari raya

Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum sehingga hujung telinga
Oh yeah
Tunggu kekasih hati

Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya


Selamat hari Raya dari Hata's Legacy!


Full strength! Bukan senang nak kumpul semua sekali macam ni! hahaa


Team raya gadis-gadis!


Bakal menantu mak awaaa... ehh



Ce teka yang mana satu bakal mak mertua awaa? hehehh



Sejarah Hari Raya Aidilfitri


Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki dua hari raya, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Kedua-dua perayaan ini merupakan tradisi yang berasal dari zaman Persia Kuno. Kaum Arab Jahiliyah menyambut perayaan itu dengan tarian iaitu tarian perang dan ketangkasan selain menyanyi di samping dijamu dengan makanan enak dan minuman memabukkan. Pada zaman itu setiap kaum mempunyai hari raya masing-masing.

Setelah turunnya kewajiban untuk menunaikan ibadah puasa Ramadan pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Hadis Riwayat Daud dan Nasai)

Hari Raya Aidilfitri pertama kalinya dirayakan umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan walau 319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy. Pada tahun itu, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Antara amalan para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu di hari raya ialah mereka mengucapkan: “taqabbalallahu minna wa minka,” merujuk kepada Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.

Lalu bagaimana jawapan untuk ucapan taqabbalallahu minna wa minkum?

Dalam riwayat sahabat dan salaful salih, jawapan bagi taqabbalallahu minna wa minkum adalah dengan doa yang sama iaitu taqabbalallahu minna wa min kum juga. 

Maksudnya : semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian.


Acik's legacy with Opah




Jalan-jalan kat Taiping Sentral


Jalan-jalan di Taman Tasik Taiping


Raintree walk


Awaa kat mana awaa2 kat mana?? ehh



Sekarang dia dah tutup jalan yang ni sebab ada pokok yang cantik menjalar. So boleh la ambil gambar kat tengah-tengah jalan ni. 





Pengertian Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah turunkan sebagai hadiah untuk umat Islam bukan sahaja sebagai ganjaran kemenangan dalam bentuk kesabaran fizikal tetapi kejayaan kerana berjaya menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan secara spiritual. 


Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.


Pi beraya kat Perak


Sepupu sepapat


Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan iatu, pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya. Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah dan ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan.

Salam 0-0 ok!


Wanna Pimp my ride?


Beraya di Sungai Petani


Comeynya baby!



With adik manis tuan rumah!



Lemme take a selfie!





Sis with mama


Naik bot pergi balik RM6 seorang






Sepetang di Tanjung Dawai!


indahnya peristiwa
Cinta kita di Pantai Merdeka
Oh… oh…




Rumah terbuka di Ofis


Booth tercantik! Tahniah team dari Kota Bharu!




With my lovely housemate



Majlis di rumah bos Ecah


The Pandas

 

Lepas raya ni nak naik gunung ke naik pelaminan?? ehh


Bebudak Ofis





Geng kakak bawang! hahaa


Lepas dah membawang, bermaafan pula! 



Dengan pegawai contoh katanya! Bukan biasa-biasa IO nih!



With Mr PO yang paling sengal diabad ini! hahaaa.. Aku rasa majistreet kat mahkamah tu mesti pening dengan hujah-hujah pendakwa nih! ekekeeee


Colorful crepe!


Makan, makan, makan!



With big boss!


Selamat bersara dan selamat berpindah kepada rakan yang telah bertukar unit dan bahagian.


Pheewit!



With Ketua Pengarah


In a nutshell, syukur masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut raya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan rakan-rakan. Jika panjang umur kita bertemu lagi pada tahun hadapan. Mungkin beraya berdua pula bersama jodoh?.. ehh




Kbye!



Comments

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jumaat Di Kota Mekah

Jalan2 Perlis

Bukit Merah Laketown Resort, Perak