Hiking Gunung Datuk!


Assalamualaikum.....


Kali ni aku nak mendaki Gunung Datuk iaitu Gunung yang terletak di Rombau most wanted yaw, Nogori Sembilan. Ni memang trip main redah jer! hahaa

Perjalanan dari Petaling Jaya hingga ke kaki Gunung Datuk sekitar 2 jam jugak la. Gogo untuk trip ni ialah si gadis Ayu. Aku pulak jadi sweeper, Yaya dok tengah2! hahaa.. Kitaorang memulakan pendakian ke puncak pada jam 8.30 pagi dan sampai ke puncak sekitar jam 11.30 pagi.


Bayaran permit sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap pendaki dan nama juga perlu direkodkan di pondok ranjer sebelum memulakan pendakian.

Map


Kos tersebut adalah untuk memelihara alam agar tidak tercemar selain menampung kos operasi tandas yang berada di kaki bukit dan sebagainya.


Trek masuk akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian. Laluan treknya tidaklah terlalu ekstrem. Treknya yang agak lurus serta jelas dengan tanda membuatkan ianya senang untuk diikuti tanpa memerlukan khidmat guide.


 Permulaan pendakian bagi tempoh satu jam yang pertama dengan melalui trek yang mencanak naik sememangnya cukup memberi cabaran kepada setiap pendaki sebelum menempuh trek yang lebih landai dan santai.


Kat sini memang trek menaik, pacak dia mencanak-canak! Semput jugak kitaorang nak layan pacak! Pewai!




Trek sepanjang 2.8 km dari bawah hingga ke puncak akan mengambil masa sekitar 2 jam setengah ke 3 jam bergantung kepada stamina individu. Kalau korang betul-betul fit, sejam pon dah boleh sampai atas. 


Adelah sorang jejaka ni, dah dua tiga kali dia berlari naik turun, naik turun melintasi kitaorang! Dahsyat betul! Dia training untuk climbathon ke, atau trail running agaknye!

Kitaorang bertiga ni tak sampai2 lagi kat atas! Kononlah daki santai-santai aje, padahal semput mak!.. hahaa... 

This way!

Uishhh, bestnyer hakak2 tu tido kat situ! Ni mesti dorang mendaki malam tadi! Bagun-bangun, siang sudah menjelma! Gemowning!


Nak ke puncak, kene naik tangga2 nih!

Apo Kono Eh Jang!

Cabaran terbesar mendaki Gunung Datuk adalah apabila hendak sampai ke puncak Gunung yang berbatu. Pendaki perlu menggunakan tangga yang merupakan 'near-death situation' andai korang tersilap langkah. So berhati-hatilah ye setiap langkah!

Tunggu turn nak naik tangga!


Bapak la scary wa habaq ang masa nak naik tangga nih!. Dah lah vertical nak mampus. Macam mana nak naik Everest nih kalau ni pon dah ketaq! lol. Bergoyang2 seirama dengan goyang lutut aku! hahaa

Menyesal gua tolak tawaran Hang Tuah nak binakan Jambatan Emas khas untuk kegunaan aku ke puncak! bhahaaa.... ;p




Hikers semua wajib menaiki tangga-tangga kejayaan ni untuk menuju puncak, Gemilang cahaya~.... Gemilang lah sangat! bhahaa...



Memang agak seram untuk naik ke puncak bagi mereka yang mempunyai masalah gayat dan paling seram lagi apabila perlu memanjat tangga menegak dengan sudut 90 darjah yang bergoyang walaupun telah diikat menggunakan tali.


Disebabkan Yaya mempunyai sindrom gayat yang kronik, dia ambil keputusan untuk tunggu kitaorang kat bawah jer! Sikit je lagi beb, nak sampai puncak! Tapi tak pe lah... Kang nak turun balik tangga tu lagi gayat teruk! hahaa..

Happy feet!

 Aku rasa memang cukup berbaloi bila dapat berdiri di Puncak Gunung Datuk sambil menikmati permandangan 360 darjah yang mengelilingi gunung ni. Awesome weyh, padahal gayat nak mam! ;p hahaa...


Di puncak Gunung Datuk terdapat banyak batu-batu besar dan juga ada kawasan lapang untuk berehat sebelum naik ke puncak yang paling tinggi ni!


Ruangan di puncak tidaklah sebesar mana. 
Kalau mendaki pada hujung minggu, korang akan mengalami keadaan yang sesak macam ni lah, disebabkan pengunjung yang ramai. hehee...

Mission Accomplished!
Gunung Datuk Checked! Muah cikedd.

Gunung setinggi 885 meter telah berjaya kitaorang tawan dengan senyuman yang paling menawan! lol ;p.. Abang-abang jangan tertawan pulak! hahaaa...


2900kaki dari aras laut, ku hanya nampak jerebu! Sedih! huhuu...

Antara keistimewaan yang terdapat di puncak Gunung Datuk ialah kesan tapak kaki Lagenda Pahlawan Melayu, Datuk Laksamana Hang Tuah dan juga permandangan 360 darjah sehingga boleh kelihatan kapal yang sedang belayar di Selat Melaka jika cuaca tak jerebu lah! 

Menurut sumber yang aku perolehi, hanya terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki Hang Tuah di atas batu besar iaitu di Tanjung Tuan, Port Dickson dan di Gunung Datuk, Rembau.


Menurut ade abang tu kata, yang ni baru tapak kaki dia. Yang atas tadi tu bukan! 

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Hang Tuah melompat dari Gunung Datuk ke Tanjung Tuan tetapi kesahihan kisah ini tetap menjadi misteri sehingga sekarang dan sering dipertikaikan samada ianya adalah sejarah ataupun mitos.

Ia a Nutshell was here!
Ayu was here!
Geng-geng rombongan anak Rombau!

Jom layan group selfie ngan geng abang seluar asykar!


Selfie depan belakang! hahaa..


Dorang ajak selfie sekali, kitaorang layan je lah! Dapat jugak berkenalan dengan group2 hikers yang lain! hehee...


We did it! Yeahhh!


I'm here babe!

Hajat gua mau ketemu Datuk-Datuk di puncak Gunung Datuk nampaknya tak kesampaian disebabkan nilai IPU udara yang tinggi! Jarak penglihatan agak terjejas teruk! Mungkinkah datuk tu berada di celah-celah batu?? Kalau tak, turun2 je aku dah dapat gelaran Datin! lol

Tapi kepada En Jo, Tinggi mana pun nilai IPU, tinggi lagi nilai cintaku padamu! hahaaa... #pickuplinesjerebu


Sempat berkenalan kejap dengan abang guide baju kuning ni.. Sembang-sembang, tapi lupa nak tanya nama! hahaa


Ermmm, anak sapo lah punya kojo dok conteng2 kat papan tanda nih! Kalau dah kreatif sangat, bawak lah board sendiri. Macam white board kecik aku bawak tu! Siap boleh passing2 lagi kat hikers lain, dorang nak pinjam board aku! hahaa... So suka hatilah nak conteng apa pon! lol


Balik guna jalan yang sama tadi. Dah macam suster ngesot pulak! Curam woi nak turun! hahaa...


Memang banyak pokok-pokok besar di Hutan Lipur Gunung Datuk.


In a Nutshell, Gunung Datuk memang best! Happy hiking gais!



Comments

  1. Pergi tadi ke? Sy baru cadang nak p esok. thanks for the info.. :D

    ReplyDelete
  2. last hiking bulan 2 tak silap...
    waaaa..rindu nye nak hiking...
    Bila la boleh gi gunung datuk ni..

    Tahniah, sampai puncah dah..

    Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab dah berjaya ke puncak Gunung Datuk... :D

    ReplyDelete
  4. Akk naik gunung, tudung still maintain. heeeee

    ReplyDelete
  5. We're going there today, thanks
    Daniel n Shirley

    ReplyDelete
  6. We're going there today, thanks
    Daniel n Shirley

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info...awesome! I'm going tomorrow! For the second time! First climb was 3 or 4 years ago!

    ReplyDelete
  8. MADNESS ADVENTURE(FB)
    MOUNT GUIDE SERVICE
    All mount
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -mount guide
    -1st aid kit

    Anas - 01110327474
    WASAP/MSG/CALL

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum klo pergi solo hiking selamat x

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. boleh pergi solo tp better pergi time weekend sbb rmi org boleh jer folo dorg. Klu hari biasa xramai org kdg trek dia pun agak keliru.

      Delete
  12. Hi..wondering the permit we have to apply 1st before going or once reach ter can apply permit?

    ReplyDelete
  13. assalam kak..bole tak nak minta no guide gunung datuk tu

    ReplyDelete
  14. Salam.. semua yang pernah pergi situ mesti tertanya2 betul ke kesan tapak kaki kat batu tu? Ada satu kawasan yang korang semua tak dapat acces kat situ.. mostly yang saya tanya, yang pernah naik kepuncak, tak pernah oergi ke tempat yang saya pergi.. kecuali seorang nenek 80 tahun yang ditemuramah oleh wartawan, ada bercerita berkenaan temoat tersebut. Sampai sekarang saya masih menantikan jika ada pihak yang akan mengambil gambar tempat tersebut. Tempat yang saya maksudkan adalah diantara batu2 tersebut terdapat sebuah gua. Dalam gua tersebut dipenuhi dengan bekas tapak tangan termasuk dinding bumbung gua.. kesan manusia berlatih hikmat. Kalaulah ada orang yang berjaya berjaya masuk dalam gua tersebut dan ambil gambar. Makin ramai yang akan naik . Sebab ianya lebih menarik berbanding satu kesan tapak kaki. Kali terakhir saya naik pada tahun 1997.

    ReplyDelete
  15. tahun ni buka lagi ke gunung datuk ni ?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS