Day 4 : The Peak, Hong kong
Assalamualaikum.....
7 September 2015, Isnin, 3.00 pm
Hari terakhir backpack di Hong Kong.
Kitaorang nak pergi kat sini dari hari first lagi. Tapi disebabkan sesat, tak sampai pon dekat atas The Peak tu. Sesat ke mana hala tah.. Hahaaa..
So kitaorang buat research sikit, pergi naik bas coz tak larat nak beratur kat tram tu. Memang ramai giler orang.
Kitaorang naik bas No. 15 menuju The Peak. Perjalanan dengan bas selama 30 minit ni menawarkan lebih banyak pemandangan indah daripada naik The Peak Tram.
Sepanjang perjalanan bas menaiki bukit, memang agak curam dengan jalan yang berpusing-pusing. Macam ala-ala nak ke Genting Highlands. Lepas tu akan nampak beberapa rumah penempatan untuk golongan elit.
Sky Terrace 428 yang berada di puncak Peak Tower |
Vantage Points
The Peak Tower yang berbentuk andas ini mempunyai platform untuk melihat yang dikenali sebagai Sky Terrace 428, selain daripada kedai-kedai makanan dan jualan barangan.
Pemandangan indah juga boleh dilihat dari Lugard Road Lookout, Lions View Point Pavillion dan teres pemerhati di Peak Galleria. Bagi menikmati pemandangan indah lagi, korang boleh berjalan sejauh 3.5 kilometer
di Peak Circle Walk.
Pemandangan indah juga boleh dilihat dari Lugard Road Lookout, Lions View Point Pavillion dan teres pemerhati di Peak Galleria. Bagi menikmati pemandangan indah lagi, korang boleh berjalan sejauh 3.5 kilometer
di Peak Circle Walk.
Sampai jugak kat 'The Peak'! hehee.. |
Masuk dalam building sky terrace ni, naik escalator ketingkat atas untuk ke view deck. Rupanya nak keluar tengok pemandangan tu kene bayar tiket. Harga dia HKD48.
Ni rupa tiket dia |
Harga tiket |
Sampai je kat atas ni, memang ramai giler orang. Kebanyakannyer mat salleh. Korang boleh dapatkan audio Hong Kong Sky Tour, dengan headphone yang akan menerangkan pasal The Peak ni. Tapi bila pakai, bukan dengar pon ape yang dia bebel kat audio tu.. Lagi eksited nak tengok view & tangkap gambar! hahaaa..
The Peak merupakan puncak tertinggi di Pulau Hong Kong iaitu setinggi 428m dan boleh melihat pemandangan secara 360 panorama kota Hong Kong. Pastinya udara kat atas ni terasa dingin dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Cuaca pon mendung je haritu. Macam nak hujan.. huhuu
Pemandangan ni jugalah yang menjadikan The Peak satu daripada tarikan popular di Hong Kong. Pada waktu siang, mata akan terpaku melihat bangunan pencakar langit dan Victoria Harbour sehinggalah ke bukit-bukau menghijau New Territories.
Puncak tertinggi ni adalah kawasan kejiranan paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial. Pemandangan indah di sini menjadikan ia tempat tarikan ramai.
Selfie ciked! |
Nice view babe! |
My 2015 is so Awesome! I love you!
Kat atas ni juga disediakan tempat untuk menulis nota untuk keluarga, sahabat atau kekasih, bakal suami...
Ps "I LOVE YOU" Mr M...
Wo Ai Ni!... |
'In a Nutshell' was here! |
The Peak Hong Kong Checked! |
Nadz Hata |
Sky Terrace 428 Opening Hours :
10 am to 11 pm (Mon - Fri)
8 am to 11 pm (Sat, Sun & Public Holidays)
Bendera Malaysia berkibar di angkasa....
Rindu kat kekawan di Malaysia! Iolls kasi Muah ciked!... |
Touch the peak! |
Cubaan untuk mengalihkan bangunan di seberang! lol |
Awaaa, saia ta kuad tanpa awaa di sisi! koh koh koh |
Ehhh... ada beca pulak kat sini! |
Beautiful sunset!
Kitaorang dah jumpa tempat yang baik punya nak layan sunset! Boleh duduk melepak kat bangku sesambil tengok view indah! Tetiba ade free show la pulak! Aksi tak senyonyoh, seluk-menyeluk sambil 'french kiss' baekk punye! Ermmm... erm.. Ahh, Gua rase mau pijak aje 2 ekor nih dengan selipar Ah So! Adehhh... Free show di mana-mana! lulz
Lepas dah puas layan view tadi kitaorang jalan-jalan sekitar bangunan sky terrace nih!
Bruce Lee |
Muzium Madame Tussauds kat sini! Kitaorang tak masuk pon coz harga dia mahal & tak cukup masa. Tengok dari luar jer.
Time ni ringgit memang jatuh giler2! Bankrup aku nak p tukar duit! hahaaa |
Kat sini ada beberapa kedai cenderahati. So kitaorang beli poskad untuk dikirimkan dekat diri sendiri & orang-orang tersayang sebagai kenangan! :)
Postcard from Hong Kong with love! |
Nak beli setem ade jual dekat mesin dia. Waaa unik jugaklah! Selalu beli tiket train je kat mesin. hehee... Untuk hantar ke tanah air, setem HKD2.90.
Kene sediakan duit syiling yang mencukupi.
Setem dia kecik aje & comel! hehee |
Malam tu, kitaorang shopping di Ladies Market buat kali terakhir! Sempat grab beberapa souvenier, t-shirt i love Hong Kong, keychain & fridge magnet!
Gudbye Hong Kong! 'Joi Gin' Till we meet again!
Next destination, Shenzen tunggu kami datang!.....
Previous entry :
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!