Bukit Keluang, Besut



Assalamualaikum



Rasa macam sudah lama tak mendaki bukit! Harapnya stamina masih lagi kekal utuh & tak ke laut! hahaa... Mountain is callingggg..... Nutshell is back gais selepas mereput buat sekian lama dari aktiviti hiking & lasak! Lepas ni aku akan banyak update pasal aktiviti aku kat belah-belah Pantai Timur ni! Selamat tinggal dengan kehidupanku di kotaraya! Uhukkkk.... Apapun, kehidupan harus diteruskan!

Harini aku nak mendaki ke Bukit Keluang. Bukit Keluang ni terletak di Besut, Ganu kiter! Perjalanan dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa lebih kurang sejam.


Permulaan pendakian agak semput sebab kena mendaki tangga yang agak curam. Lepas tu trek agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Macam kat Bukit Saga, Gunung Datuk & Angsi skit. Tapi mencanak dia tak kejam sangat. Dalam 30 minit korang dah boleh sampai kat puncak kalau tak banyak berhenti rehat. Tinggi dia lebih kurang 200m je dari aras laut. Tak sempat pun nak pewai sangat. puii.. hahaa... Ni kira pendakian santai mak jemah jer! :p


View kat atas ni memang superb!


Ni view dari puncak first!


Ni view dari puncak paling tinggi.


Ada pondok untuk berehat!

Jauh termenung tu bang! hahaaa

Pemandangan lautan biru yang luas saujana mata memandang!


So kemana kite? Seoul, Bangkok, Aceh??



Dari sini boleh nampak view Pulau Perhentian!


So disebabkan sekarang ni tengah mood beraya, moh le kite beraya di puncak bukit keluang! hahaaa.... 



Usha jodoh sat kat seberang laut sana! hahaa


Please don't try this guys! Gayat bak ang!


Bob & the geng bikin onar kat atas bukit nih! hahaa


Pinjam sat panah buat props! hahaa



Cupid Love! Jaga-jaga nanti terkena panahan cintaku! lulz :p


Gapo dio tah ni dok bersila tengah-tengah panaih! hahaaa



Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari Nutshell & Bunga Matahari Merah!


Don't mess with us! huh



Masa nak turun, kami ikut laluan lain. Laluan ni agak landai sikit. So kalau korang nak pendakian yang rileks, bolehla ikut jalan nih. Kalau berlari, 10 minit dah boleh sampai kat bawah.




The other side of Bukit Keluang!


Turun dari bukit, lepak-lepak dulu makan sata & aiskrim baba kat pantai Keluang sambil melayan angin bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa. Pantai ni agak unik kerana struktur batuan ditepian pantai membentuk gua-gua kecil. Pantai ni dulunya terkenal dengan kisah persembunyian lanun-lanun.




Di tepi bukit ni dulu disediakan jambatan kayu untuk laluan ke pantai sebelah  dimana menjadi tempat tumpuan para pelancong. Tapi sekarang, jambatan tu dah roboh mungkin sebab dilambung ombak ganas. So nak ke gua sebelah sana korang kene panjat batu sikit & masuk ke celah-celah batu yang sempit. 



Si oyen yang omey!


Kat kawasan ni pun memang terkenal dengan aktiviti payung terjun, Paragliding & Paramotor! Ok Abam Planta idola gadis-gadis, next nak fly kat sini pulak plishhh! hahaa




Kat kawasan pantai ni ada banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya parking, chalet, gerai makan, tandas awam, bilik mandi & persalinan, bangku untuk beristirehat & gewe-gewe yang molek deh. Ehhh... Memang kawasan pantai dia cantik lah! Best kat sini!



In a nutshell, Bukit Keluang checked! 

Mana lagi ye detinasi menarik untuk hiking kat belah2 pantai timur ni??




Comments

  1. view cantik tapi gayatnya aihhh -,-'' heheh alang alang photoshoot raya je kat atas tu. cantik <3

    ReplyDelete
  2. Gunung tebu, cbl ( chemerong,berembun, langsir )

    ReplyDelete
  3. Gunung tebu, cbl ( chemerong,berembun, langsir )

    ReplyDelete
  4. Hai, gambar2 awak semua lawa la, saya planning nak g esok, tapi tak sure jam berapa takut berkabus sangat view pantai pun tak nampak.. Boleh tahu awak daki jam berapa? �������� tq sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya naik dalam pukul 10 pagi. time ni sangat panas & terik! hahaa... seeloknya naik pepagi dalam pukul 7-8 tak de la panas sangat

      Delete
  5. Sy pnh hiking gunung tebu ikot lata belatan...best...leh la try klu minat xtvt hiking

    ReplyDelete
  6. So bg akak, susah tak nak daki bukit ni. Sbb saya dah plan nak pegi dgn kwn2, tp parents x kasi sbb mereka rasa saya x larat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jer. Naik rileks2 xyah rushing. Dlm setengah jam dah sampai puncak

      Delete
  7. 😂😂 nk guna info ni buat kerja khusus goeg bleh?😂😂

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Caner nak hiking kat bukit kluang erk..kene boking pape tak..ke main redah je.. info plizz

    ReplyDelete
  10. Cantikkk..berapa minit utk ke puncak ?

    ReplyDelete
  11. Hi nutshell... Is there bukit Kluang dekat dgn besut jetty or bus stan?

    ReplyDelete
  12. Sy terpengaruh untuk naik bukit keluang petang ini kerana blog awak.

    Sy fikir, ia laluan mudah kerana tengok gambar awak memakai baju kurung dan kawan2 yg lain memakai baju melayu.

    Malangnya, saya tertipu. Laluan itu sangat mencabar untuk saya yg mempunyai berat 154kg. Sy naik melalui laluan bukit dan turun di laluan bertangga.

    Alhamdulilah, sy sampai ke puncak. Dan permandangannya sangat cantik dan hebat.

    Salute dgn awk, mampu naik melalui laluan bertangga dan turun di laluan yang landai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi singgah di blog picisan ni. Keep it up awaaa.. Taniaa sampai ke puncak! Salute juga pada awaa.. Xpe yg penting naik slow & steady je xyah rushing2 sebab nak menikmati pemandangan.

      Delete
  13. In a nutshell, blh tau starting point nk hike bukit keluang.? Ada landmark tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada signboard bukit keluang. Kat situ starting point dia. Kalau tgk byk kereta parking tepi2 jalan tu pastu ada tangga tinggi kat situ lah. Selalu memang ramai orang mendaki terutama hujung minggu

      Delete
  14. Dah pegi 31 Okt 2020, indah gmbr, indah lg yg nyata..subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul sis. bila dah sampai atas tu memang cantik pemandangannya! Subhanallah. Alhamdulillah

      Delete
  15. mcm best view diaa.. nk g laa nnt..👍👍👍

    ReplyDelete
  16. Ada waktu tertentu ke boleh naik? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. better waktu awal pagi atau petang. Klu tghri panas terik terbako

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha