Paragliding Jugra!




Assalamualaikum



9 April 2016, Sabtu. 9.00 am



Ni last aktiviti outdoor setelah aku balik dari trip trans java dan sebelum aku terkurung dan menjalani latihan ala-ala ketenteraan yang bikin mental koyak selama 2 bulan di Akademi. Fuhhh.... Yang pasti, ianya bukan Akademi Fantasia! hahaaa


Akhirnya, fly yang dinanti-nanti telah tiba! Ini adalah misi balas dendam akibat aku tertinggal flight Paragliding di Puncak Kinabalu masa bulan Januari haritu. Hahaaa....

Akibat peristiwa sadis tu, Planta pon bagi la aku flight special di Jugra & Kuala Kubu Bharu bersama dengan sekali pakej bawak geng aku si Ayu. Untunglarr ko Ayu! hahaa


I'm ready to fly! Yuhuuuu.... Ni adalah kali kedua aku fly kat Jugra. First time dulu tahun 2013 kot kalau tak silap. Masa tu aku fly sekejap sangat tak sampai 3 minit pon. Maybe nasib tak baik, coz angin tak berapa kuat. Sadissss! 


Tapi kali ni memang terbaik! Lama giler berlegar-legar kat ruang udara Jugra. Nak dekat setengah jam jugak! Aku cakap kat Planta, naik tinggi lagi dan lagi dan lagi! Fuhhh kebetulan angin pun memang kuat, memang tinggi lah Planta bawak! Memang best giler walaupon aku rasa gayat terokk! hahaa


Tapi masa tu keadaan agak jerebu skit. So view tak berapa clear sangat.


Masa nak turun, haaaa hambik ko! Planta kasi satu round buat aksi spiral! Berpusing-pusing dah macam pertunjukan akrobatik di udara! Giler pening weyh tapi syok! hahaaa.... 


Time landing memang sangat epik! Crash! Terlajak laju sampai aku terbaring kat padang tuh! Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan! hahaa


Gud luck Ayu untuk penerbangan pertama bersama Pilot Abam Planta, idola gadis-gadis! :p


Tahniah beb kerana telah berjaya mengharungi penerbangan pertama dengan cemerlang sampai termuntah di udara! kah kah kah! Maaf ye Abam Planta. Ayu tak sengaja. Biaselah pening dan gayat terbang! Mohon Planta tak serik ye nak bawak kami fly lagi! :)


Berapa harga untuk fly kat Jugra nih? 

Pakej paling sempoi, RM180 Tandem flight per pax per flight. Equipment & Video will be provided. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau nak buat event outdoor @ Paragliding boleh la email ke : trodsadventure@gmail.com atau boleh hubungi no ni 016 323 4058.


Once in a lifetime experience. Kalau korang teringin nak try fly kat Jugra ni dengan pilot yang periang, sporting, best dan gila2, cepat-cepat booking kat sini, laku keras nih :




FB : Planta Ramon aka Anwar Ridzuan




Next, nak fly kat Kuala Kubu Baru!


To be continued.....






Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha