The Shore Sky Tower, Melaka



Assalamualaikum


Masa aku pergi kursus selama 2 bulan di Melaka, sempatlah aku singgah di Sky Tower ni. Sky Tower ni sebenarnya di terletak di The Shore Shopping Gallery.

Alamat :

Level 42, Tower 1, The Shore Melaka, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, 
Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia


Untuk sampai ke Sky Tower, korang perlu naik liff ke tingkat 42 bersamaan dengan 163 meter dari aras laut .Tapi untu sampai ke Sky Tower, korang kena transit di tingkat 3A.


Kalau sebelum ini korang pernah pergi One City Sky Park kat Subang Jaya, aku jamin Sky Tower Melaka ni lagi menarik. Cuma kat situ free je, tapi kat sini kene bayar.


Buat masa sekarang RM18 dikenakan kepada pengunjung yang mahu menikmati pemandangan menarik di Sky Tower ini. Sekali masuk RM18 dan korang boleh stay selama mana yang mahu.


Di bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka.



Gayat jugak nak naik tangga ni. hahaa


Jika sudah letih atau panas di atas, turun ke bawah dan shopping sakan di pusat beli belah baru Melaka — The Shore Shopping Gallery.



Dekat atas ni siap ada kolam ikan koi lagi tau. hehehh


Pemandangan dari bawah kolam ikan



Di Sky Tower ini dengan ketinggian 163m korang boleh nikmati 360 pemandangan sekitar bandar Melaka. Ok la jugak boleh lepak lama-lama atas ni daripada naik menara taming sari. Pusing kejap sangat! hahaa.. Ambil gambar seberapa banyak yang korang nak tapi ada satu spot yang korang tak boleh ambil gambar. Dekat menara tinjau dengan lantai kaca kat tepi ni.


Bukan tak boleh, tapi korang kena guna kamera mereka. Bayaran RM45 dikenakan kalau korang nak gambar yang diambil itu. Agak mahal jugak lah! 


Amik gambar curik2! Hahaaa




In a Nutshell, The Shore Sky Tower, Melaka checked!

Comments

  1. haaaa, tak suka bila part kena guna kamera org tu, pastu bayar rm45 pulak tu. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Cerita yang sangant bagus karangan pon elok

    ReplyDelete
  3. skydeck kat hatten city melaka tu pon ok gak., tp xde lantai kaca

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha