Pulau Nami Kelantan!



Assalamualaikum


Hari ni aku nak jalan-jalan di Pantai timur. Kat sini memang ada banyak pantai-pantai yang menarik. Sebenarnya aku nak ke Pulau Nami Malaysia. Nak tau kat mana? Jommm...

Tapi sebelum tu nak pergi kat Pantai Cahaya Bulan (PCB). Perjalanan dari Kota Bharu ke PCB lebih kurang 15 minit je. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.



 Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ni pada masa Perang Dunia II. Pada masa tu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama  ni.


Persisiran pantai ni adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ni terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ni lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan, gerai, dan tandas awam.



Pantai Senok ni terletak di Tawang, Bachok Kelantan. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ni, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial atau lebih tepat lagi kuasa viral. 


Sebenarnya sebelum ni, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ni untuk sesi fotografi sebagai kenangan sepanjang hayat. 


Namun, pada waktu tu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati pantai dan keindahan laut.
Picnic buddies!
Nice angle!
Puzzle tree!
Ajet-ajet macam kat Pulau Nami! :p
Pokok rhu yang ditanam dengan jarak yang sama dan ia cantik tersusun. Daun-daun rhu kering dan luruh menjadikan pemandangan tampak menarik.

Usha Oppa tengah lalu sat! Lulz
Aishah, Nadz, Ros


Pantai Senok ni cantik dengan deretan pokok-pokok Rhu. Pokok kat sini ala-ala di Pulau Nami, Korea. Tah bila dapat pergi sana ye? hahaa


Candid!
Mungkin pihak tertentu perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keindahan Pantai Senok. Sekiranya tiada langkah yang diambil, pastinya lama-kelamaan tempat ini akan tercemar dengan sampah sarap yang banyak.  Selain itu, boleh sediakan tong sampah supaya sampah tidak dibuang merata-rata.


On the way nak balik ke KB, kami singgah sebentar di Pantai Irama (Beach of Melody). Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok, kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit. 

Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai. Tengok ombak kat pantai ni seakan-akan berirama pulak! Ombak nampak cantik! hehee

Pantai ni memang meriah dan amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini terutama pada waktu petang. Macam ala-ala dekat pantai Port Dickson. Kat sini boleh mandi manda dan ada beberapa aktiviti air seperti banana boat, jet ski dan macam-macam lagi.



In a Nutshell, kat Kelantan ni memang ada banyak pantai. Next kita jelajah pantai lain pulak!


 Till then, adios!




Comments

  1. Alhamdulillah semalam mencatat sejarah bila aku dibawa oleh anakku yg balik bercuti menjejakkan kaki di Pantai Senok.
    Mmg cantik dn mmpesonakan.Cuma yg menyedihkan terdapat banyak longgokan sampah sarap tinggalan pengunjung yg tidak bertanggung jawab.
    Kalau ada penguatkuasaan dri pihak berwajib perkara seperti ini tdk mungkin berlaku.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Jumaat Di Kota Mekah

Gunung Silipat, Betong Thailand

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha