Fit Malaysia Selangor Run



Assalamualaikum



Baru-baru ni aku & the geng telah menyertai kempen FIT Malaysia Selangor iaitu merupakan siri terakhir Fit Malaysia bagi sesi 2015. Larian FIT Malaysia ni diadakan pada 15.11.2015 di Dataran Amcorp Mall, Petaling Jaya.



Follow medal to...

Menariknya kempen FIT Malaysia bukan hanya melibatkan aktiviti larian tapi juga melibatkan aktiviti berbasikal yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, YB Khairi Jamaludin.


Yuran adalah Percuma. Sambutan pelari dan riders sungguh menggalakkan. Larian 10km dilepaskan hampir 7:50 am selepas kategori basikal 30km & 10km dilepaskan.

Tiada T.shirt diberi kepada para peserta sebabnye, nak masuk run ni FREE jer! heheee.. Semua peserta yang mendaftar akan di berikan No Bib Larian, medal finisher, sijil dan snack pack makan. 


 Cuaca baik, terik & mentari meninggi. Memang burn lah muka aku! ;p Laluan untuk larian ada rata, berbukit, laluan kawasan perumahan dan kawasan utama. Sempot mak nak!


Line up Running buddies harini. Ayu, Yaya, Yana, Yana & Nadz. 

Ceria dengan medal masing-masing!

Aku tamat 10km dengan masa 1:45 kot. Berhenti sana sini, jalan kaki banyak giler dari berlari. Lenggang mak jemah ajer! Nampak sangat gua tak fit! hahaa... Kene mantapkan lagi stamina untuk trip menggunung taon depan nih! lol


Dah tamat larian, pusing khemah yang ada. Macam-macam aktiviti fitness boleh dilakukan, body combat, parkour, tadom madness, muay thai dan lain-lain. Aku & Ayu join Zumba! Best giler! Dah lama tak berzumba kat gym! Rindu.. hahaaa

With hott guy, Ayin! hahaa
Jumpa ramai gak geng2 hiking yang join running ni.



 Sekian, tamat kalender marathon untuk tahun ni! hahaa


See ya, Fit Malaysia Run 2016!




Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS